Kasma Daniel Tiada Masalah Unggul FP1 Dalam Hujan

Kasma Daniel melakar kejutan apabila beliau menjadi pemenang dalam sesi latihan bebas pertama Moto 2 di Le Mans dalam GP Perancis.

Pelumba dari Malaysia itu beraksi untuk pasukan Onexox TKKR SAG Team mencatatkan masa terpantas dalam keadaan trek licin.

Kasma Daniel berjaya menewaskan Hector Garzo dengan catatan 1:51.279, hanya selepas beberapa saat pelumba itu berada di kedudukan teratas.

Kasma Daniel memastikan nama Malaysia hari ini menjadi sebutan di acara Moto2.

Kasma Daniel ternyata tiada masalah beraksi cemerlang dalam hujan. Biasalah, orang Malaysia kan? Hujan tu mainan je.

Sesi latihan kali ini diwarnai beberapa insiden kemalangan. Pendahulu kejuaraan iaitu Luca Marini (SKY Team Racing VR46) menjadi pelumba pertama yang terbabas.

Diikuti oleh Andi Izdihar (Indemitsu Honda Team Asia) dan Marcel Schrotter (Liqui Moly Intact GP), serta Lorenzo Dalla Porta (Italtrans Racing Team).

Rakan sepasukan Izdihar iaitu Somkiat Chantra juga gagal menamatkan perlumbaan.

Turn 14 terus memakan mangsanya lagi apabila
Fabio Di Giannantonio (Termozeta Speed Up) terkeluar daripada trek.

Hafizh Syahrin (Openbank Aspar Team) berjaya menamatkan sesi ujian bebas pada kali ini di tangga ke-10.

Sekaligus melengkapkan pencapaian cemerlang pelumba Malaysia hari ini.

Berikut adalah carta 10 teratas untuk FP1 di Le Mans:

1. Kasma Daniel (ONEXOX TKKR SAG Team) – 1:51.279
2. Hector Garzo (Flexbox HP 40) + 0.253
3. Lorenzo Baldassari (Flexbox HP 40) + 0.256
4. Joe Roberts (Tennor American Racing) + 0.550
5. Jake Dixon (Petronas Sprinta Racing) + 0.572
6. Jorge Martin (Red Bull KTM Ajo) + 0.633
7. Marco Bezzecchi (SKY Racing Team VR46) + 0.927
8. Thomas Luthi (Liqui Moly Intact GP) + 0.959
9. Nicolo Bulega (Federal Oil Gresini Moto2) + 0.980
10. Hafizh Syahrin (Inde Aspar Team Moto2) + 1.094

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi