Kasut Emas Euro Boleh Dikongsi Kata UEFA

UEFA sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan dengan kasut emas Euro 2024 – anugerah untuk penjaring terbanyak kejohanan.

UEFA menyatakan bahawa Kasut Emas Euro 2024 akan dikongsi jika ada lebih daripada seorang penjaring berkongsi jumlah gol yang sama.

UEFA tidak akan menggunakan penilaian lain untuk memilih pemenang, selain daripada gol. Jadi jika ada 2 atau lebih pemain yang berkongsi jumlah gol tertinggi dalam kejohanan, maka kesemua mereka akan menerima kasut emas.

UEFA tak akan mengira jumlah assist atau minit permainan sebagai syarat yang menentukan pemenang tunggal.

Menjelang aksi final Euro 2024, terdapat 3 pemain yang terikat sebagai penjaring terbanyak dengan 3 gol.

Mereka ialah, Dani Olmo (Sepanyol), Cody Gakpo (Belanda), Mikautadze (Georgia), Harry Kane (England), Jamal Musiala (Jerman) dan Ivan Schranz dari Slovakia.

Daripada senarai tersebut hanya 2 pemain yang masih bermain iaitu Kane dan Dany Olmo yang akan bertemu di final melibatkan perlawanan Sepanyol vs England.

Jika Kane dan Olmo masing masing gagal mencatatkan gol dalam aksi final yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, maka terdapat enam pemenang Kasut Emas Euro 2024.

Uefa berpendapat adalah tidak adil untuk memilih pemenang tunggal berdasarkan jumlah assist atau aspek lain, jika mereka memiliki jumlah gol yang sama sebagai penjaring terbanyak.

Ini kerana anugerah Kasut Emas adalah untuk penjaring terbanyak. Maka aspek gol harus dijadikan pertimbangan semata mata dalam perkara ini.