Katil Di Perkampungan Olimpik Tokyo 2020 Adalah Diperbuat Daripada Kadbod

Atlet yang akan bersaing di Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan tidur di atas katil yang diperbuat daripada kadbod.

18,000 bingkai katil ‘single’, yang akan mengisi kediaman Atlet Village yang dibina di sebelah Tokyo Bay.

Katil tersebut sudah dipamerkan pada hari Khamis lalu oleh penganjur. Dan katil itu hanya akan dihantar ke perkampungan sukan, sebaik sahaja perkampungan sukan tersebut siap sepenuhnya pada Jun ini.

Menurut Associated Press, katil ini dihasilkan oleh syarikat kasut Jepun, Airweave.

Ia diperbuat daripada kadbod yang dikitar semula yang. Malah pembuat katil mengesahkan  bahawa ianya lebih kuat daripada bingkai kayu.

Takashi Kitajima, pengurus besar Atlet Village, memberitahu wartawan, bahawa katil tersebut boleh menampung berat muatan sehingga 200 kilogram.

Hanya ada beberapa atlet sahaja yang melebihi had tersebut. Ditanya tentang adakah katil itu mudah pecah, Kitajima menjawab: “Mana-mana katil kayu pun akan runtuh jika kamu melompat ke atasnya.”

Katil-katil itu akan dikitar semula selepas sukan olimpik itu nanti. Ia adalah satu lagi cara Tokyo mengurangkan penggunakan sumber semulajadi dengan menggunakan barang kitar semula.

Sebelum ini mereka sudah mengesahkan bahawa pingat kejohanan nanti akan diperbuat daripada bahan buangan seperti telefon pintar terpakai yang didermakan di seluruh dunia.

Usaha yang harus dipuji dilakukan oleh Tokyo 2020.

Baca yang lain