Erik Ten Hag masih menunggu permohonan maaf daripada Jadon Sancho. Dan ianya masih belum kunjung tiba. Dengan hanya meminta maaf, pemain itu akan dapat kembali ke dalam pasukan utama untuk latihan dan bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.
Sancho sebelum ini direhatkan daripada aksi bola sepak dan dikenakan pengasingan ketika latihan. Ini kerana pemain telah mengecam pengurusnya secara terbuka dengan menggunakan Twitter rasmi miliknya. Sancho membidas Ten Hag sebagai menipu ketika menyatakan bahawa pemain itu tak disertakan dalam kunjungan ke Arsenal kerana tidak berlatih di tahap yang diperlukan.
Minggu lalu, Erik Ten Hag mengesahkan bahawa Jadon Sancho akan terus direhatkan daripada tugasan minggu ini menentang Burnley. Ditanya sama ada pemain itu ada peluang kembali semula ke dalam pasukan, Ten Hag menegaskan bahawa dia membuka pintu kepada semua pemain dan terpulang kepada mereka untuk membuktikan bahawa mereka benar benar mahu bermain dan layak bermain.
Jadon Sancho sebelum ini membidas kritikan Ten Hag secara terbuka ke atasnya. Di mana Ten Hang menganggap Sancho tidak mencapai standard ditetapkan kelab ketika berlatih. Itulah punca kenapa pemain itu disisihkan daripada skuad menentang Arsenal.
Sancho yang kepanasan mendengar perkara itu telah menuduh Ten Hag menipu dan saja menjadikannya kambing hitam untuk menutup kekalahan menentang Arsenal. Kenyataan Sancho itu benar benar mengejutkan apabila Sancho membayangkan dia sudah lama menjadi kambing Hitam Ten Hag sambil pemain itu menyatakan ada sebab lain kenapa tidak diturunkan. Sancho menegaskan bahawa dia tak boleh mendedahkannya pada masa ini.
Kenyataan Jadon Sancho itu menimbulkan banyak spekulasi. Ternyata pemain itu tak gembira kehilangan tempat di dalam skuad utama. Selain itu terdapat juga laporan menyebut bahawa Sancho merasakan dia tak dilayan adil selama ini berbanding Antony.
United kemudian mengambil tindakan merehatkan pemain itu dan dia digantung daripada tugasan atau latihan dengan skuad utama. Kelab meminta Sancho mengeluarkan kenyataan maaf terbuka kepada Ten Hang. Pemain itu memadamkan tweetnya dan ramai awalnya menyangkakan isu itu selesai. Ternyata belum!
Sancho enggan meminta maaf dan hukuman ke atasnya dikekalkan. Dia turut menolak perpindahan ke Arab Saudi pada deadline day lalu. Dia diasingkan daripada pemain lain. Ten Hag sudah memberikan amaran bahawa masa depan pemain itu bergantung kepada dia sendiri.
Terbaru, Ten Hag mengenakan satu lagi larangan kepada pemain itu iaitu dilarang untuk berada di dewan makan atau menggunakan kemudahan coway di situ. Sancho dikatakan sangat bengang dengan hukuman terbaru itu. Ten Hag menegaskan pemain itu hanya akan dibenarkan menggunakan kemudahan dewan makan dan kembali berlatih bersama pasukan, jika dia meminta maaf.
Ten Hag mahu mengawal sikap toskik pemain itu yang dianggap boleh merebak, dalam situasinya pada masa ini.
Dan buat masa ini Sancho tidak ada tanda tanda mahu meminta maaf kepada pengurus berasal dari Belanda itu. Sancho sebelum ini menolak perpindahan ke kelab Arab Saudi yang mahu membelinya pada deadline day, selepas krisis dia dengan Ten Hag. Dia sedang mencari solusi tentang masa depannya untuk menyelamatkan tempatnya dalam skuad Euro 2024.