Ketika Chanathip Songkrasin menjaringkan gol, beliau terus berlari memeluk Kawin Thamsatchanan. Ianya menunjukkan bahawa beliau mendedikasikan gol itu kepada legenda bola sepak Thailand yang baru kehilangan ayahnya.
Ianya satu tindakan yang sangat menyentuh hati dilakukan bintang Liga J itu yang menjaringkan 2 gol dalam aksi final pertama Piala AFF 2020.
One of the best moment in this tournament! After he scored a goal, Chanathip ran to hug Kawin who lost his father today. #AFFSuzukiCup2020 #บอลไทย #AFFSuzukiCup2021 #friends pic.twitter.com/fpyqq8WbNv
— วิวไงคะ วิววิวเองค่ะ (@ViewAhView1) December 29, 2021
Shukor Adan dalam analisisnya di Arena menyatakan bahawa pertukaran Thailand ini mungkin bersifat menganjing pasukan lawan selepas mendahului 3-0.
Namun sebenarnya tidak. Ianya memang sudah dirancang awal oleh Mano Polking yang mahu memberikan masa permainan 15 minit untuk Kawin beraksi.
Ianya hari yang sukar untuk Kawin yang sebelum ini terpaksa meminta pelepasan khas untuk meninggalkan kem kebangsaan Thailand atas urusan keluarga. Kerana ayahnya tenat di negaranya.
Pengurusan Mano Polking memutuskan untuk membenarkan Kawin balik kerana mereka tahu kemanusiaan itu lebih penting daripada bola sepak. Walaupun menyedari beberapa kesulitan yang mungkin akan dihadapi oleh Kawin ketika mahu memasuki Singapura semula.
Pada 12 Disember lalu, News Fox melaporkan bahawa, Kawin Thamsatchanan terpaksa meninggalkan Singapura untuk balik ke Thailand. Dia kemudian menjalani kuarantin sehari di Thailand kerana dari gelembung sukan.
Ketika itu ayahnya dikejarkan ke hospital dan meluangkan masa dengan keluarganya yang terdekat untuk menjaga ayahnya. Selepas itu Kawin terus kembali ke Singapura.
Kawin dipanggil oleh Thailand kerana pengalamannya. Sebelum ini Kawin menjadi penjaga gol utama Thailand. Tetapi sejak berpindah ke Belgium, Kawin Thamsatchanan berdepan dengan masalah kecederaan. Kawin Thamsatchanan mulai gagal menunjukkan prestasi terbaiknya.
Kawin mulai kehilangan tempat sebagai no.1 dan banyak menjadi pemain simpanan.
Tetapi Mano Polking menganggap Kawin Thamsatchanan sebagai pemain penting untuk membantu para pemain muda yang lain. Dan pada masa yang sama masih percaya dengan kualiti penjaga gol veteran itu.
Our thoughts and prayers are with Kawin Thamsatchanan and his family as the Thai international’s father sadly passed away ahead of the Indonesia 🇮🇩 match.#AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/fqQZWEWJCp
— Thai League Central (@TL_Central) December 29, 2021
Mano Polking kemudian membuat keputusan untuk memasukkan Kawin pada separuh masa kedua.
Kemasukan Kawin disambut meriah oleh penyokong dan pemain Thailand yang gembira melihat penjaga gol berbadan sasa itu masuk ke padang pada hari dia kehilangan ayahnya tercinta di negaranya.
Tidak banyak aksi daripada Kawin kali ini kerana Indonesia tidak memiliki penyudah yang bagus, tidak ada banyak percubaan tepat.
Selepas tamat perlawanan, Kawin Thamsatchanan mengucapkan terima kasih kepada jurulatih, pasukan dan semua penyokong yang memberikan sokongan kepadanya.
Dia menghargai detik beraksi 15 minit pada final. Pertukaran kali ini ternyata lebih kepada atas dasar kemanusiaan berbanding taktikal.
Kawin Thamsatchanan thanked the coach, team, and all fans.
His father passed away earlier today and Thailand manager let him came on to play for 15 minutes and kept the clean sheet.
Respect 🇹🇭🇹🇭🇹🇭
Humanity and respect over everything.
Well deserved win!#AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/1lGoscCSPz
— . (@aviusss) December 29, 2021
Kawin telah menjadi inspirasi ramai anak muda Thailand. Beliau dikenali dengan sikapnya yang suka berkongsi tips kecergasan di media sosial. Mempromosi cara hidup sihat.
Kawin sangat profesional dan sentiasa menjaga disiplinnya di dalam dan di luar padang. Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain penting dalam sejarah bola sepak Thailand.
Thailand berjaya mencipta kemenangan 4-0 ke atas Indonesia dalam aksi final pertama Piala AFF 2020. Format Piala AFF di mana ada dua perlawanan timbal balik untuk aksi separuh akhir dan akhir.
Ketua pasukan Gajah Putih iaitu Chanathip Songkrasin menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini. Sementara dua lagi gol adalah menerusi Supachok dan Bourdin Phala.
Thailand superior dari segenap segi dalam perlawanan final ini. Mereka selayaknya menang.
Kemenangan ini meletakkan Thailand di kedudukan sangat selesa untuk merangkul satu lagi Piala AFF. Sementara Indonesia kini sedang berada di landasan sukar dan bakal menerima hakikat perit jika mereka gagal menjaringkan 5 gol tanpa bolos pada perlawanan kedua.
Indonesia menjadi pasukan paling banyak kalah di final dengan 5 kali. Dan kini yang keenam semakin hampir. Lebih perit kerana Indonesia masih belum pernah menjuari piala AFF Suzuki.