Keadaan Terkini Padang Bukit Jalil Meresahkan: “Boleh Main Plant vs Zombie’ Kata Netizen

Keadaan terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil benar benar meresahkan peminat dan juga pemain yang akan beraksi.

Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara JDT dan Terengganu.

Pertemuan dua gergasi itu mulai dibayangi oleh persoalan tentang kualiti padang. Perkongsian peminat dan beberapa page sukan di media sosial menunjukkan keadaan padang benar benar tidak meyakinkan dan menyakitkan mata.

Ini adalah gambar padang yang dikongsikan page Harimau Malaya. Di mana peminat benar benar kecewa dengan keadaan padang yang dianggap bukan sahaja akan merencatkan permainan pasukan yang bermain malah memberikan risiko kecederaan kepada pemain.

Kemudian beberapa gambar lain turut tular di media sosial tentang keadaan padang yang bakal menganjurkan aksi final piala tertua di Asia itu iaitu Piala Malaysia.

Ada peminat menyindir bahawa padang final Piala Malaysia boleh dijadikan tempat bermain Plant vs Zombie. Kerana jalur jalur pada padang itu seperti apa yang ada pada permainan tersebut.

Ada juga peminat memberikan pandangan bahawa penganjuran final Piala Malaysia sepatutnya ditukar ke venue lain jika keadaan padang benar benar seperti ini:

Dengan cuaca yang tidak menentu, jika esok hujan pastinya padang menjadi lebih teruk. Namun idea menukar venue itu dilihat kurang realistik pada masa ini. Kerana final itu adalah esok.

Jelas sekali sindiran TMJ sebelum ini benar benar berasas. Di mana beliau menyindir tentang formula pemulihan padang yang dijanjikan Datuk Hans Isaac yang memberikan jaminan padang akan dalam keadaan terbaik pada aksi final Piala Malaysia 2023.

Sebelum ini padang Bukit Jalil menjadi rosak dan rumput kekuningan selepas konsert Coldplay. Mujur konsert Hrithik Roshan yang dijadualkan selepas itu tidak jadi diadakan.

Jika tidak pasti Perbadanan Stadium Malaysia lebih pening.

 

 

Baca yang lain

Buffon Akui Beli Diploma

Gianluigi Buffon membuat pengakuan mengejutkan ramai apabila dia mendedahkan bahawa dia mengambil ‘diploma terbang’. Buffon menikmati karier bola sepak yang cemerlang dan