Keajaiban Di Sungai Hudson Kerana Juruterbang Yang Hebat

Anda pernah tengok filem Sully: Miracle on the Hudson? Jika ya, pasti anda sudah tahu ianya berdasarkan kisah benar, bagaimana seorang seorang juruterbang dan juruterbang kedua telah membawa semua penumpang mengelak nahas, cheats death kata orang putih.

Pada hari itu, kapten pilot Chesley B “sully” Sullenberger, bertugas untuk menerbangkan pesawat Airbus A 320 yang menempatkan 155 penumpang dan anak kapal.

Sully merupakan seorang kapten yang memiliki pengalaman sangat luas dalam bidang penerbangan termasuk pernah menjadi juruterbang pesawat tempur US Airways pada 1980-an.

Sully menerbangkan pesawat dari LaGuardia New York menuju bandar Charlotte, Carolina Utara pada 15 Januari 2009.

Namun ketika di atas udara, terdapat kegagalan pada enjin.

Seorang penumpang yang bernama Jeff Kolodjay berkongsi detik cemas dan penuh kepewiraan oleh Sully.

“Beliau memberitahu kamu semua agar kami bersedia dengan impak daripada hentakan, dan menundukan badan.”

“Beliau berjaya mendaratkan pesawat kami naiki di sungai. Itu sangat hebat.”

Pada 3.15 petang, pesawat pun berlepas dengan dipandu oleh juruterbang yang ketika itu sudah berpengalaman 40 tahun dalam bidang penerbangan dan memiliki jam penerbangan hampir 20,000 jam.

Pembantu beliau ialah Jeff Skiles, baru sahaja lulus latihan dengan Airbus 320. Penerbangan itu dijadualkan mengambil masa sekitar 2 jam. Kira-kira macam kau terbang dari KLIA ke Kuching, Sarawak la.

Pada 3.24 petang, pesawat itu berjaya diterbangkang setinggi seperti biasa. Dan ianya mencecah kelajuan sekitar 274kmj.

Ketika pesawat itu berada pada ketinggian 3,000 kaki di atas The Bronx dan terbang pada kelajuan sekitar 40 kmj, ianya telah terlanggar sekawanan burung yang terbang pada kelajuan 80kmj.

Burung-burung ini telah disedut oleh kipas di sebelah enjin kedua. Ini telah memberikan impak kepada enjin tersebut.

Pengawal trafik udara, Patrick Harten menerima kontak daripada pesawat yang diterbangkan oleh Sully itu. Harten mendengar Sully menghantar isyarat: “Aduh, Cactus 1549, terlanggar burung. Kami hilang teras pada kedua-dua enjin.”

“Sekarang kami akan berpatah balik ke La Guardia.”

Harten terus menghubungi lapangan terbang di LaGuardia, mengarahkan agar lapangan terbang bersedia untuk menerima pendaratan cemas dan mengosongkan trek.

Pada pukul 3.28, Sully kemudian meragui kemampuan mereka untuk sampai ke lapangan terbang itu dengan kerosakan yang mereka alami.

“Saya tak pasti kalau kami boleh sampai dekat trek penerbangan di LaGuardia. Itu bukan pilihan yang baik.”

“Apa yang ada di sebelah kanan kita? Apa-apa sahaja di New Jersey? Mungkin boleh mendarat di Teterboro? ”

Beberapa saat kemudian, Sully menerima maklum balas daripada pusat kawalan trafik.

“Cactus 1549, pusing ke kanan 280, kamu boleh mendarat di trek 1, Teterboro.”

Sully dengan pantas menjawab: “Kami tak sempat nak buat benda tu.”

Harten: “O.K, jadi mana satu trek yang kamu mahu gunakan di Teterboro?”

Sullenberger: “Kami akan cuba ke Hudson.”

Harten: “Ulang sekali lagi Cactus?”

Sully kemudian memutuskan untuk mendaratkan pesawat  itu di Sungai Hudson. Namun halangan utama beliau adalah jambatan George Washington yang melintasi sungai itu.

Jika tersilap langkah, beliau akan memberikan impak lebih besar kepada orang awam yang ada di sana.

Sully cuma ada satu pilihan itu sahaja dengan jarak sekitar 900 kaki sahaja.

Pada 3.30 petang Sullenberger membuat pengumuman kepada para penumpang dan anak kapal: “Brace for impact.”

Para anak kapal turut mengulangi arahan itu: “Brace! Brace! Heads down! Stay down!”

Para penumpang hanya mampu berserah dan berdoa pada ketika itu. Sully kemudian dengan tenang meluncurkan pesawat itu melepasi jambatan.

Foto dari filem Sully:Miracle on the Hudson

Para penumbang merasai impak dan gegaran. Pada 3.31, pesawat tersebut mendarat di sungai dengan enjin terpadam.

Agak ironi, ianya betul-betul di hadapan muzium Udara dan Angkasa. Hanya 3 minit daripada jarak mereka berlepas dari LaGuardia.

Tanpa berlengah Sullenberger memberikan arahan evakuasi pesawat.

Para anak kapal juga melakukan tugas mereka dengan sangat baik. Menenangkan para penumpang dan hampir keseluruhan penumpang tidak panik untuk keluar. Hanya beberapa yang panik, itu sudah biasa.

Suhu air sungai ketika itu sangat sejuk. Beberapa penumpang mulai keluar dan berenang kerana risau pesawat akan meletup.

Kapten Sully menjadi orang terakhir meninggalkan pesawat. Beliau memastikan dahulu kesemua penumpang dan anak kapalnya sudah dikeluarkan dari pesawat itu.

78 orang mengalami kecederaan ringan dan hypothermia. Ini merupakan kes ke-4 pesawat mendarat di atas air.

Datuk Bandar New York, David Paterson dalam ucapannya menyatakan: “Kita baru menyaksikan keajaiban di Lorong 34, saya percaya kita sekarang memiliki keajaiban di Hudson.”

Walaupun ramai yang memberikan pujian kepada Sully, namun ada juga mengutuk tindakannya. Namu apa sahaja kutukan itu, Sully lebih dijulang sebagai wira kerana kecekapan, dan kejayaannya memastikan kesemua anak kapalnya selamat.

Kisah Sully ini dibukukan oleh Jeffrey Zaslow dalam buku yang berjudul, The Highest Duty. Ia kemudian menjadi buku yang dirujuk oleh Clint Eastwood dalam filem yang bertajuk Sully: Miracle on the Hudson

Baca yang lain