Roy Keane sebelum ini sangat tak suka dengan media sosial. Beliau kerapkali mengkritik pemain yang terlalu gilakan media sosial.
Keane pernah ditanya, apa akan berlaku jika zaman beliau dulu ada media sosial dan ada rakannya erleka dengannya. Keane menjawab: “Saya sedang dipenjara ketika ini, itu saya pasti. Ianya mimpi ngeri.”
Keane menggambarkan dia akan membelasah rakan sepasukannya yang taksub dengan media sosial, jika zaman beliau dulu ada media sosial.
Antara mangsa kecamannya termasuk Lingard dan Pogba. Keane bukan anti media sosial. Cuma dia memang jenis tak kisah sangat tentang perkara seperti itu.
Pada hari Jumaat, Keane akhirnya terbuka hati membuka akaun Instagram beliau dengan nama @officialkeane16. Tak pasti siapa meracuninya. Micah Richards kot?
Keane kini boleh menjadi influencer di IG.
Roy Keane is on Instagram and yes, he follows nobody. pic.twitter.com/dYe9JTMqff
— Dale O'Donnell (@ODonnellDale) February 12, 2021
Post pertama Keane adalah gambar beliau berselfie dengan anjing peliharaannya, dan mengumumkan bahawa itu adalah akaun rasmi beliau.
Netizen seolah olah tak percaya dan gempar dengan kejadian tersebut.
Akaun Keane menjadi panas. Di mana dalam masa sehari dia mengumpul puluhan ribu pengikut. Dan ketika artikel ini ditulis sudah lebih 560k pengikut Roy Keane di IG.
Keane tidak mengikuti sesiapa di IG beliau. Buat masa ini masih tiada verifikasi untuk akaun Keane.
@MicahRichards got to show him this 🤣 pic.twitter.com/TYqHA9ENrf
— Adam Woods 🏆 💙💛 (@w_o_o_d_s_y) February 12, 2021
Sebaik sahaja Keane memuat naik gambar pertamanya, terus masuk Micah Richards yang memang suka mengusik Keane dan cari pasal.
Micah Richards menulis komen: “Dia ada kat sini — dengan emoji gelak.”
Micah Richards memang seringkali tergelak besar mendengar Keane bercakap serius dan meroyan dalam tv.
Akaun rasmi Manchester United turut memberikan komen dengan menyatakan bahawa IG tersebut akan memberikan perkara yang menarik selepas ini.
Selain itu Jamie Carragher turut memerhatikan kelakuan Roy Keane dalam IG rasminya.
— Jamie Carragher (@Carra23) February 12, 2021
Minggu lalu, Micah Richards menyahut cabaran daripada peminat yang memintanya menunjukkan video tersebut dalam aksi Super Sunday antara Manchester City dan Liverpool.
I may have an update on this request coming VERY soon… 👀 🤣 https://t.co/SD0aLnddVt
— Micah Richards (@MicahRichards) February 7, 2021
Malang sekali Keane tidak nampak pun benda tu kelakar walaupun Micah Richards ketawa bagai nak gila.
Seorang lagi pundit, Graeme Souness juga tak dapat menahan diri daripada ketawa. Namun Roy Keane menunjukkan wajahnya yang serius.
A lot of fans asked me to show Roy a funny video from TikTok and I wasn’t going to let you all down… I just can’t play you the real audio 🤣😡 pic.twitter.com/a4BbKH8UBo
— Micah Richards (@MicahRichards) February 7, 2021
Keane dan Micah Richards memang selalu bergaduh bergurau manja. Selalunya yang marah marah tu Roy Keane dan Richards hanya melayannya dengan gelak ketawa.
Sebelum itu, Keane ditanya apa yang dia akan buat kalau dia akan rancang jika dia dan Richards diberikan peluang bekerjasama dalam pasukan bersama sama sebagai jurulatih.
Keane dengan pantas menjawab: “Saya akan lantik dia [Micah Richards] sebagai kitman.”
Richards bahan Keane tepek bedak
Beberapa bulan lalu, Micah Richards ketawa besar dan membahan Roy Keane. Ini apabila bekas kapten legenda Man United itu kantoi bawa alat make up.
Richards tak sangka seorang Roy Keane yang dikenali dengan gaya ganasnya di atas padang dan komen panas sampai ke tulang hitam ketika menjadi pundit – sebenarnya mementingkan penampilan di hadapan kamera.
Richards berkongsi detik di belakang tabir ketika mengulas aksi Liverpool dan Man City pada ketika itu.
Di mana Keane menyapu nyapu bedak pada mukanya sebelum live on air. Dia memegang bekas make up di tangannya.
Detik Kane cuba menjambukan dirinya itu menggeletek hati Micah Richards dan Jamie Carrager.
Richards berkongsi detik itu di IG dan dengan segera meroket lebih 168k tontonan dalam masa singkat. Mana taknya, semua orang nak tengok legenda berwajah ganas Roy Keane menepek make up di mukanya.
Micah Ricahrds bertanya dalam nada seperti tersampuk: “Apa kat tangan kau tu Roy?”
Roy Keane: “Aku harap aku tahu [bagitau kau apa nama produk ni].”
Micah Richards: “Tengokla tu muka dia [Keane] macam jijik je.”
Jamie Carragher tak mampu memberikan apa apa komen panjang kerana dia sendiri tak tahan melihat telatah Keane dan hanya berkata: “Keluar air mata aku wei.”
Micah Richards and Jamie Carragher caught Roy Keane applying makeup and they lost it.
Micah's laugh is medicine 😅 pic.twitter.com/hPp14w1LjC
— ESPN UK (@ESPNUK) November 8, 2020
Dalam segmen ulasan yang sama Roy Keane turut mengutuk Phil Foden dan mengarahkan pemain itu pergi menjalani ujian air kencing selepas Foden memuji Micah Richards sebagai bakat elit yang berkelas dunia.
🗣"You said you would not mention him today" 🤣
Roy Keane calling out Micah Richards for name dropping David Silva in the Phil Foden debate 🇪🇸@MicahRichards | @21LVA | @PhilFoden pic.twitter.com/IlyhuotRTc
— Football Daily (@footballdaily) January 3, 2021
Selamat datang ke dunia media sosial Roy Keane. Adakah seterusnya Keane akan membuka akaun TikTok?