Roy Keane tidak mahu membandingkan situasi Frank Lampard di Chelsea ketika ini, dengan Jurgen Klopp pada awal pengurusannya di Liverpool.
Menurut bekas kapten Manchester United, membandingkan Lampard dengan Klopp tidak masuk akal dan perbandingan naif
Hal ini kerana, Keane merasakan Klopp sudah memiliki rekod prestasi yang baik di Borussia Dortmund sebelum tiba di Anfield.
Pengalaman pengurusan Lampard hanya satu musim di Derby County.
“Jika anda melihat situasi Frank, masuk ke dalam pengurusan, dia baru dalam hal ini, dia berusia 42 tahun dan kita nak membandingkan dia dengan Klopp,” kata Keane.
“Pada usia 42 tahun Lampard masih di Derby manakala Klopp sudah memenangi trofi besar di Jerman [bersama Borussia Dortmund].”
Graeme Souness on Lampard comparing his team to Klopp’s early years at Liverpool:
“Liverpool are a different animal to Chelsea.”
Roy Keane adds:
“Frank compares himself to Klopp, he’s 42 and been at Derby. Klopp had won big prizes in Germany.” pic.twitter.com/CDkqDYYAZE
— The Anfield Talk (@TheAnfieldTalk) January 3, 2021
Sebelum menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris, Klopp diberi masa di Anfield untuk memperbaiki pasukan, dengan The Reds menduduki tempat kelapan setelah dilantik sebagai pengurus pada tahun 2015.
Dia kemudian naik ke slot empat teratas secara berturut-turut, sebelum Klopp dapat mengubah sepenuhnya pasukannya menjadi satu pasukan yang digeruni dan yang mampu mencabar piala secara konsisten.
Contoh kesabaran seperti ini sering digunakan ketika berbicara mengenai pengurusan Lampard di Chelsea.
The Blues terbukti tidak konsisten musim ini walaupun menghabiskan banyak wang untuk pemain seperti Hakim Ziyech, Timo Werner dan Kai Havertz pada musim panas dengan lebih £220 juta dibelanjakan.
Kini timbul spekulasi bahawa Roman Abramovich mungkin akan menggantikan Lampard di dengan pengurus baharu jika terus gagal memberikan prestasi yang diharapkan.
Keane menegaskan bahawa di Chelsea beliau tidak nampak ada perkataan sabar dalam pengurusan mereka. Kerana rekod kelab tersebut yang terkenal dengan pemecatan pengurus dengan secepat mungkin apabila gagal mendapatkan keputusan dalam masa singkat.
"I didn't realise the word patient existed at Chelsea."
– Roy Keane assesses the job Frank Lampard is doing at #Chelsea
[via @footballdaily] pic.twitter.com/TdkLVXqfkv
— Absolute Chelsea (@AbsoluteChelsea) January 3, 2021
Namun menurut Keane lagi jika Lampard bukan orang Inggeris, tekanan beliau adalah lebih tinggi daripada semua pihak.
Why is Lampard receiving special treatment. Why because he's English.? as Roy Keane said. pic.twitter.com/in2ESLJLXH
— YUZIKo (@YUZIKoCFC) December 29, 2020