Keane Dikaitkan Jawatan Celtic, Micah Richards Harap Kabel Jadi Pembantu

Micah Richards sejak akhir akhir ini memang kuat menganjing Roy Keane. Gandingan kedua duanya di punditry memang mendapat sambutan. Keane dengan ulasan penuh emosinya, disambut dengan gelak ketawa Richards yang tidak peduli keselamatan nyawanya.

Terbaru Roy Keane dikaitkan dengan jawatan di Celtic menggantikan Neil Lennon yang dipecat bulan lalu. Selain daripada Roy Keane beberapa nama lagi dikaitkan dengan Celtic.

Dan Micah Richards sudah sedia untuk mengemas barangnya untuk menjadi pembantu Keane kerana rindu dengan kawannya itu nanti. Tak nak berpisah dengan kawan baiknya itu, sanggup Richards meninggalkan dunia ulasan di tv.

Richards berkata: “Saya baru je kemas beg ni!! Scotland, kami datang.”

Bayangkan jika Keane benar benar menjadi pengurus Celtic, anda rasa dia akan melantik Richards jadi pembantu? Mesti para pemain tahan ketawa je tengok Keane meroyan dan Richards pula gelak kat tepi dia.

Roy Keane merupakan bekas pemain Celtic. Dan baru baru ini dia tidak mahu mengucapkan tahniah kepada Rangers ketika pasukan tersebut menjadi juara Scotland.

Ianya membuatkan Richards ketawa besar.

Ketika dalam sesi ulasan di Sky Sports, hos Dave Jones meminta pandangan daripada Roy Keane dan kata kata tahniah untuk pasukan tersebut. Keano merupakan bekas pemain Celtic dan berjiwa Celtic sejati.

Dave: “Ada sedikit kata kata [tahniah] untuk keraian kejuaraan untuk Rangers?”

Keane berkata: “[Ucap tahniah] Untuk Rangers? Tak nak lah.”

“Korang dengar sini, tahun ni tahun yang sukar untuk Celtic, tetapi mereka akan bangkit musim hadapan, sepertimana yang dilakukan oleh kelab kelab hebat yang lain.”

Micah Richards yang duduk di sebelah Keane tergelak besar melihat reaksi otai tersebut yang langsung tidak bertoleransi dengan Rangers.

Memang agak unik persahabatan dua bekas pemain ini sekarang. Richards dianggap perantara paling santai untuk peminat mengusik Roy Keane.

Peminat merasakan Micah Richards memang jenis sempoi. Walaupun Keane kerap juga menembaknya namun dia menerima banter dengan terbuka. Lalu ada yang berpendapat, orang seperti Micah Richards mesti sangat sempoi kerana Keane pun sukar nak marah dengan dia.

Misalnya, ketika Keane membuka akaun IG, Richards terus mengusiknya. Roy Keane sebelum ini sangat tak suka dengan media sosial. Beliau kerapkali mengkritik pemain yang terlalu gilakan media sosial.

Keane pernah ditanya, apa akan berlaku jika zaman beliau dulu ada media sosial dan ada rakannya terleka dengannya. Keane menjawab: “Saya sedang dipenjara ketika ini, itu saya pasti. Ianya mimpi ngeri.”

Keane menggambarkan dia akan membelasah rakan sepasukannya yang taksub dengan media sosial, jika zaman beliau dulu ada media sosial.

Antara mangsa kecamannya termasuk Lingard dan Pogba. Keane bukan anti media sosial. Cuma dia memang jenis tak kisah sangat tentang perkara seperti itu.

Pada hari Jumaat, Keane akhirnya terbuka hati membuka akaun Instagram beliau dengan nama @officialkeane16. Tak pasti siapa meracuninya. Micah Richards kot?

Keane kini boleh menjadi influencer di IG.

Post pertama Keane adalah gambar beliau berselfie dengan anjing peliharaannya, dan mengumumkan bahawa itu adalah akaun rasmi beliau.

Netizen seolah olah tak percaya dan gempar dengan kejadian tersebut.

Akaun Keane menjadi panas. Di mana dalam masa sehari dia mengumpul puluhan ribu pengikut. Dan ketika artikel ini ditulis sudah lebih 560k pengikut Roy Keane di IG.

Keane tidak mengikuti sesiapa di IG beliau. Buat masa ini masih tiada verifikasi untuk akaun Keane.

Sebaik sahaja Keane memuat naik gambar pertamanya, terus masuk Micah Richards yang memang suka mengusik Keane dan cari pasal.

Micah Richards  menulis komen: “Dia ada kat sini — dengan emoji gelak.”

Micah Richards memang seringkali tergelak besar mendengar Keane bercakap serius dan meroyan dalam tv. Akaun rasmi Manchester United turut memberikan komen dengan menyatakan bahawa IG tersebut akan memberikan perkara yang menarik selepas ini.

Selain itu Jamie Carragher turut memerhatikan kelakuan Roy Keane dalam IG rasminya.

Malah sebelum itu, Micah Richards menyahut cabaran daripada peminat yang memintanya menunjukkan video tersebut dalam aksi Super Sunday antara Manchester City dan Liverpool.

Malang sekali Keane tidak nampak pun benda tu kelakar walaupun Micah Richards ketawa bagai nak gila.

Seorang lagi pundit, Graeme Souness juga tak dapat menahan diri daripada ketawa. Namun Roy Keane menunjukkan wajahnya yang serius.

Keane dan Micah Richards memang selalu bergaduh bergurau manja. Selalunya yang marah marah tu Roy Keane dan Richards hanya melayannya dengan gelak ketawa.

Sebelum itu, Keane ditanya apa yang dia akan buat kalau dia akan rancang jika dia dan Richards diberikan peluang bekerjasama dalam pasukan bersama sama sebagai jurulatih.

Keane dengan pantas menjawab: “Saya akan lantik dia [Micah Richards] sebagai kitman.”

Richards bahan Keane tepek bedak

Beberapa bulan lalu, Micah Richards  ketawa besar dan membahan Roy Keane. Ini apabila bekas kapten legenda Man United itu kantoi bawa alat make up.

Richards tak sangka seorang Roy Keane yang dikenali dengan gaya ganasnya di atas padang dan komen panas sampai ke tulang hitam ketika menjadi pundit – sebenarnya mementingkan penampilan di hadapan kamera.

Richards berkongsi detik di belakang tabir ketika mengulas aksi Liverpool dan Man City pada ketika itu.

Di mana Keane menyapu nyapu bedak pada mukanya sebelum live on air. Dia memegang bekas make up di tangannya.

Detik Kane cuba menjambukan dirinya itu menggeletek hati Micah Richards dan Jamie Carrager.

Richards berkongsi detik itu di IG dan dengan segera meroket lebih 168k tontonan dalam masa singkat. Mana taknya, semua orang nak tengok legenda berwajah ganas Roy Keane menepek make up di mukanya.

Micah Ricahrds bertanya dalam nada seperti tersampuk: “Apa kat tangan kau tu Roy?”

Roy Keane: “Aku harap aku tahu [bagitau kau apa nama produk ni].”

Micah Richards: “Tengokla tu muka dia [Keane] macam jijik je.”

Jamie Carragher tak mampu memberikan apa apa komen panjang kerana dia sendiri tak tahan melihat telatah Keane dan hanya berkata: “Keluar air mata aku wei.”

Dalam segmen ulasan yang sama Roy Keane turut mengutuk  Phil Foden dan mengarahkan pemain itu pergi menjalani ujian air kencing selepas Foden memuji  Micah Richards sebagai bakat elit yang berkelas dunia.

Selamat datang ke dunia media sosial Roy Keane. Adakah seterusnya Keane akan membuka akaun TikTok?