Keane Harap Messi Julang Piala Dunia: “Tanpa Dia Team Argentina Tak Mampu Layak Sekalipun”

Roy Keane percaya bahawa Lionel Messi adalah pemain terbaik Piala Dunia 2022 walaupun dia mungkin tidak akan memenangi kasut emas Piala Dunia 2022.

Kini terdapat empat pemain yang berpeluang untuk memenangi Kasut Emas Piala Dunia 2022. Kylian Mbappe dan Lionel Messi masing masing terikat dengan 5 gol.

Manakala Olivier Giroud dan Julian Alvarez pula masing masing dengan 4 gol.

Roy Keane menyatakan bahawa peranan Messi di Argentina jauh lebih sukar berbanding dengan bintang lain di pasukan serba bintang.

Keane malah berpendapat bahawa, tanpa Messi, Argentina tak mampu layak ke Piala Dunia sekalipun.

“Tidak kira la sapa yang akan memenangi Kasut Emas Piala Dunia, jika Lionel Messi bermain di final, saya yakin dia akan memenangi Bola Emas Piala Dunia [Anugerah Pemain Terbaik Pertandingan] 2022.”

“Lihatlah skuad Perancis, Brazil, Portugal dan England. Mereka semua sarat dengan pemain berbakat. Malah, jika Mbappe tak dapat menjaringkan gol, Giroud akan melakukannya. Jika Harry Kane tak dapat skor, Saka akan melakukannya.”

“Brazil dan Portugal ada beberapa pemain pencetak gol dalam pasukan mereka.”

“Sementara itu Argentina bergelut jika Messi dikawal ketat. Menunjukkan betapa pentingnya peranan Messi untuk pasukan Argentina. Kamu keluarkan Messi daripada pasukan ini, mereka malah tak mampu untuk layak ke Piala Dunia sekalipun.”

“Saya benar-benar berharap Lionel Messi akan memenangi Piala Dunia kali ini. Ianya akan menjadi ibarat aising di atas kek untuk pertandingan ini dan kariernya. Ianya satu keberuntungan untuk melihat Messi beraksi.”

Baca yang lain