Sebelum ini Roy Keane telah melabel Erling Haaland sebagai pemain bertaraf pemain League 2 atau pemain divisyen keempat Liga Inggeris.
Keane berkata: “dia harus perbaiki aspek permainan keseluruhan dalam pasukan. Dia bermain seperti pemain League 2. Permainan secara keseluruhan Haaland harus diperbaiki dalam masa beberapa tahun ini.
“Di hadapan gol dia pemain yang berkelas dunia, namun serius dia harus perbaiki aspek permainan keseluruhan.”
Pep Guardiola kecewa dengan komen Roy Keane. Guardiola berkata: “Saya tidak ada hak memberikan komen atau mengajar Haaland cara menjaringkan gol. Kerana saya sendiri tak banyak gol ketika saya bermain.
“Saya tak setuju dengan Keane. Ianya seperti saya melabel dia [Keane] seperti pengurus pasukan divisyen kedua atau ketiga. Saya tak rasa begitu.
“Haaland adalah penyerang terbaik di dunia. Dia membantu kami memenangi treble musim lepas.”
Haaland kemudian menyindir Keane dengan berkata: “Saya tak ambil peduli sangat pendapat orang tersebut.”
🔵 Erling Haaland on Roy Keane’s “League Two level” comments: “I really don’t care about that man”, told ViaPlay. pic.twitter.com/xBpgfhqZX5
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 4, 2024
Haaland beraksi cemerlang ketika menentang Wolves. Dengan menjaringkan 4 gol dalam perlawanan itu. Namun Keano tetap mengecam Haaland seperti anak manja atau anak yang dah rosak.
Ianya kerana tindakan Haaland yang tidak berpuas hati dikeluarkan Guardiola dalam perlawanan itu.
Keane berkata: “Kita tengok semalam, Erling Haaland ketika dia dikeluarkan, dia tak begitu gembira. Bersikap seperti anak manja.
“Namun dia lupa bahawa Man City sudah pun memenangi perlawanan dan dia sudah menjaringkan gol.”
Dalam kedudukan semasa, Haaland kini 4 gol di hadapan Cole Palmer untuk perebutan kasut emas.
"Behaving like a spoilt brat"
Roy Keane is not holding back about Erling Haaland 😬 pic.twitter.com/GKiGV44zR8
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 5, 2024