Keane Label Haaland Seperti Pemain Divisyen 4

Roy Keane mengkritik prestasi Erling Haaland ketika menentang Arsenal sebagai terlalu teruk dan seperti pemain liga divisyen keempat.

Penyerang antarabangsa Norway itu melalui hari yang sukar di Etihad ketika melayan kunjungan Arsenal.

Keane telah membuat penilaian ke atas prestasi Haaland sambil melabel pemain itu seperti pemain League 2 yang merupakan divisyen keempat dalam piramid Liga Inggeris.

“Tahap permainan dia secara keseluruhan, sangat sangat teruk. Bukan hari ini je, saya rasa dia macam putus asa. Tandukan dia buat, apa sahaja la.

“Di hadapan gol dia adalah terbaik di dunia. Namun kita bercerita permainan secara keseluruhannya, untuk pemain sehebat dia, ianya sangat teruk. Dia harus memperbaikinya.

“Dia hampir seperti pemain League 2, itulah cara bagaimana saya melihat dia hari ini. Permainan keseluruhannya harus diperbaiki, dia pemain yang hebat namun dia harus memperbaikinya dan ianya akan dilakukan dalam beberapa tahun lagi,” tegas bekas kapten legenda United itu.

Bukan sahaja Roy Keane, seorang lagi legenda United, Gary Neville turut geleng kepala melihat aksi Haaland. Dalam ulasannya ketika perlawanan, Neville kedengaran sedang tergelak kecil ketika Haaland terlepas peluang keemasan dan melabel Haaland: “Seperti pemain yang tidak pernah bermain bola sepak sebelum ini.”

Haaland kini sudah gagal mencetak gol dalam tiga perlawanan terakhir. Dia juga masih gagal menembusi gawang Arsenal dalam 3 pertemuan terakhir dengan kelab itu musim ini.

Namun dia pastinya akan bangkit selepas ini. Man City akan berdepan dengan satu lagi tugas berat iaitu berdepan Aston Villa dalam aksi yang seterusnya.

Selepas keputusan seri semalam, Man City di tempat ketiga di belakang Arsenal dan Liverpool yang berada di puncak liga.

Baca yang lain