Keane Tibai Soutghate Yang Melayan ‘Fans’ Bodoh & Troll Di Media Sosial Ke Atas Maguire

Roy Keane telah membidas pengurus England, Gareth Southgate yang menurutnya bersikap double standard dan sengaja memperbesar besarkan isu melibatkan Harry Maguire.

Keane turut menganggap Southgate telah melayan sekelompok penyokong yang bodoh di dalam stadium serta melayan ejekan di media sosial ke atas pemainnya.

Sebelum perlawanan lagi, Southgate sudah membangkitkan isu Maguire dengan menyatakan bahawa dia memilih Maguire kerana pemain itu antara bek tengah terbaik di dunia pada ketika ini dan sangat penting untuk England.

Kemudian selepas tamat perlawanan yang menyaksikan England menang 3-0 ke atas Ivory Coast, Southgate mengkritik penyokong England yang mengejek Harry Maguire.

Sebelum sepak mula lagi Maguire sudah diejek penyokong sendiri di dalam Wembley. Ianya membuatkan Southgate sangat marah.

Dia melabel boo daripada penyokong England itu sebagai jenaka yang mutlak.

Tetapi Roy Keane menganggap Southgate sebagai hipokrit dan pilih kasih dengan melayan Maguire lebih baik ketika berdepan boo oleh penyokong sendiri.

Keane mengingatkan Southgate, di mana mana stadium pasti akan ada penyokong bodoh yang tiba tiba mengejek pemain tanpa sebab. Namun Southgate tidak perlu melayan perkara seperti itu. Dan mengabaikannya.

Keane berkata dalam ulasannya di ITV: “Saya rasa Gareth sengaja memperbesar besarkan cerita daripada yang sebenarnya berlaku. Semua pemain borpotensi kena boo di dalam stadium. [Kerana] Pastinya akan ada orang bodoh di dalam stadium [yang suka menge-boo-kan pemain tanpa sebab].”

“Penyokong England pun ada juga yang bodoh sama seperti penyokong lain.”

“Dan jika mereka mahu menge-boo Harry Maguire, saya rasa Gareth seharusnya dengan mudah menyatakan itu bukan masalah besar. Maguire sebenarnya bermain sangat bagus, maka fokus sahaja kepada prestasinya itu.”

“Saya rasa dia membuatkan cerita ini lebih sensasi daripada sepatutnya. Dan Gareth hampir bersikap pilih kasih dalam sokongannya ke atas pemainnya.”

“Raheem Sterling bergaduh dengan rakan sendiri [Joe Gomez] pada 3 tahun lalu, dia disisihkan dari skuad. Dia menyisihkan pemain lain.”

“Saya masih ingat apabila Harry dibuang padang [pada Oktober 2020] berdepan Denmark. Dia tak begitu memberikan sokongan kepadanya ketika pemain tersebut [Maguire] berjalan keluar dari padang.”

Seterusnya Keane menganggap Gareth Southgate bertindak kebudak budakan dalam isu Maguire. Di mana dia seolah olah melayan ejekan peminat dan troll di media sosial ke atas Maguire.

Di mana perkara tersebut tidak sepatutnya diendahkan Southgate yang seharusnya menumpukan sepenuhnya perhatian ke atas prestasi pasukan dan juga pemainnya termasuk Maguire.

“Jadi, saya berpendapat, Gareth yang sahaja memperbesarkan cerita daripada apa yang sebenarnya berlaku.”

“Fokus sahaja kepada apa yang berlaku dalam perlawanan. Dia bermain baik. Dan dia akan mendapat sokongan daripada penyokong kerana prestasinya, bukan kerana orang seperto Southgate melenting hanya kerana beberapa boo ataupun [troll / ejekan] di media sosial. Lupakanlah.”

“Tolonglah bersikap dewasa dan matang untuk berdepan dengan perlawanan. Dia bermain baik, itu benda paling penting.”

Baca juga: Declan Rice dan Southgate Bidas Penyokong Ejek Maguire

Pengurus pasukan England, Gareth Southgate dan pemain tengah harapan bangsa 3 Singa, Declan Rice tampil bersuara di atas apa yang menimpa Harry Maguire.

Gareth Southgate meluahkan rasa jijiknya kepada penyokong England yang mengejek Harry Maguire dalam kemenangan persahabatan 3-0 ke atas Ivory Coast. Pagar Selatan menggelar tindakan mereka itu sebagai “jenaka yang melampau”.

Pergelutan prestasi Maguire dengan Manchester United telah menjadi topik hangat dalam minggu rehat antarabangsa kali ini dan terdapat ejekan daripada seksyen penyokong apabila namanya dibacakan sebelum sepak mula, dengan lebih banyak ejekan ditujukan kepada pemain pada beberapa sentuhan pertamanya terhadap bola.

Pemain pertahanan itu tidak mengendahkan ejekan itu dengan mempamerkan persembahan yang kemasn, termasuk memainkan peranannya dalam dua gol pertama England.

Lantas Southgate tidak dapat menerima tindakan segelintir penyokong yang menyerang pemain sendiri di atas padang. Southgate menganggap ‘penderaan’ yang tidak boleh diterima.

“Saya fikir sambutan seperti itu adalah jenaka,” kata Southgate.

“Suatu jenaka yang mutlak. Saya tidak faham. Apa yang dia lakukan untuk kita [pasukan kebangsaan England] adalah luar biasa.”

“Kami sama ada semua yang ada di dalam ini bersatu atau tidak. Dia berbaju England dan bukan sahaja kamu perlu menyokong pemain berbaju England.”

“Apabila kamu telah bermain sampai ke tahap yang dia miliki dan mempamerkan persembahan yang dia ada, ianya dicapai dengan komitmen penuh.”

“Pasukan ini benar-benar bersatu dan kami menyedari setiap orang mempunyai saat sukar, dan dia akan melaluinya. Mereka adalah peminat sebenar England dan ada yang dipengaruhi oleh segelintir penyokong yang.. saya tidak tahulah, [mungkin] media sosial atau pandangan bekas pemain mempengaruhi pendapat mereka [penyokong].”

“Ia adalah tindakan yang tidak pernah diterima. Mengapa pemain itu akan bermain lebih baik? Ianya kerana sokongan daripada peminat. Maka peminat harus berada di belakang pasukan mereka.”

Southgate turut menzahirkan kebimbangan bahawa reaksi penyokong boleh memberi kesan yang lebih teruk.

“Jangan fikir beberapa pemain lain tidak akan melihat situasi itu dan berfikir: ‘Itu boleh terjadi kepada saya satu hari nanti’,” katanya lagi.

“Itu adalah salah satu masalah yang dihadapi pemain yang dengan bermain untuk England. Adakah ianya memberikan kebaikan kepada sesiapa – itu yang saya tidak faham.”

Jack Grealish, yang mencipta dua gol untuk Raheem Sterling, turut menyuarakan sentimen Southgate.

“Saya fikir ia tidak masuk akal,” katanya.

“Harry menunjukkan prestasi yang sukar dipercayai untuk negara ini dalam Piala Dunia, Euro, dia cemerlang. Saya rasa malam ini pun dia cemerlang.”

“Ia tidak menyenangkan untuk mendengar ejekan ke atas Harry dan seluruh pasukan tidak menyukainya sedikit pun.”

Seterusnya, Declan Rice memuat naik status di Twitternya dengan berkata: “Sememangnya sangat melakukan daripada mereka yang menge-boo [Harry Maguire] malam ini. Harry Maguire sangat luar biasa setiap kali dia menyarung jersi England.”

“Perkara ini sudah menjadi benar benar mengarut. Sokong pemain pemain kamu. Terutama sekali kejohanan major semakin hampir.”

Selain itu, kapten Liverpool, Jorda Henderson turut bersuara menyatakan sokongan tidak berbelah bagi semua pemain di kem England untuk Harry Maguire.

Henderson tak faham apa yang dah jadi? Pemain sendiri kena boo di gelanggang sendiri oleh penyokong sendiri.

Namun ada peminat Man United sendiri mengingatkan Jordan Henderson: “Kau tak berkongsi padang dengan Harry Maguire ni setiap minggu, boleh la kau sembang bukan bukan.”

Southgate sebelum ini sudah menyatakan pendiriannya tentang pemilihan Harry Maguire. Di mana menurutnya dia tak pernah terdetik dan terlintas untuk menggugurkan nama pemain itu kerana Maguire sentiasa tampil cemerlang bersama dengan 3 Singa.

Baca yang lain