Kebanggaan Malaysia! Dr Noor Hisham Diiktiraf 3 Terbaik Dunia Dalam Perangi Covid-19

Rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) menyenaraikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai antara tiga doktor terbaik dunia yang ‘lahir’ dari pegawai kesihatan awam dalam mengendalikan wabak COVID-19 bersama Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat (AS) and Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Dalam laman webnya semalam, CGTN menyatakan ia “menobatkan” Dr Noor Hisham sebagai antara doktor terbaik di dunia berikutan pendekatannya yang berterus terang dan tenang dalam mengendalikan wabak COVID-19 di Malaysia.

Menurut CGTN, beberapa bulan lepas, tidak ramai yang mengenali Dr Noor HIsham, 56, dan dua lagi tokoh berkenaan, namun kini mereka menjadi sumber maklumat dan fakta yang paling “dipercayai” bagi pandemik itu di negara mereka.

“Setiap kali saya melihat Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, saya merasa yakin. Beliau menjadi menjadi tempat bergantung bagi ramai rakyat Malaysia,” menurut CGTN yang memetik wartawan portal tempatan sebagai berkata demikian, sambil menambah bahawa Dr Noor Hisham juga “mempunyai wajah yang dipercayai”.

Menurut CGTN, Fauci, 79, merupakan Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS (NIAD) manakala Bloomfield, 54, Ketua Pengarah Kesihatan di New Zealand.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba turut mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham penghormatan yang diberikan tersebut.

Dr Adham dalam muat naik terbaharu di Facebooknya berkata: “Satu penghargaan dan penghormatan yang tinggi kepada bidang perubatan negara apabila Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan diiktiraf oleh China Global Television Network sebagai antara tiga doktor terbaik dunia menangani situasi COVID-19.”

CGTN iktiraf 3 doktor hebat

Ketika pemimpin dunia bergelut dengan COVID-19 dan orang ramai mahukan fakta dan jaminan; tanpa disangka-sangka bintang baru muncul dari musiim wabak ini: mereka adalah pegawai kesihatan awam.

Dari Anthony Fauci di A.S. hingga Ashley Bloomfield di New Zealand dan Noor Hisham Abdullah di Malaysia, profesional perubatan ini terus tenang dan jelas dalam memberikan nasihat kesihatan tanpa berpolitik selama berminggu-minggu.

Dan mereka telah mendapat ramai pengikut setia dalam proses tersebut.

Watak yang meyakinkan

Dua bulan yang lalu, hampir tidak ada yang kenal siapa mereka. Hari ini, mereka telah menjadi nama penting dan telah disebut sebagai pujaan hati, bintang rock dan pahlawan nasional di media sosial, cetak dan TV.

Anda menantikan mereka tampil dengan pakaian suti hampir setiap hari dan bercakap berasaskan fakta dan data.

Fauci, 79, adalah pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara A.S. (NIAD) sementara Bloomfield, 54, dan Hisham, 56, masing-masing adalah ketua pengarah kesihatan di kementerian kesihatan New Zealand dan Malaysia.

Tidak seorang pun dari mereka merupakan menteri kabinet. Namun mereka bertiga telah menjadi imej utama negara masing-masing dalam memberikan respon kepada Covid-19.

Dalam taklimat sidan media harian, telah menjadi siaran TV yang wajib ditonton. Mereka telah memberikan informasi kepada orang ramai mengenai kes-kes baru, dengan tenang menjelaskan mengapa langkah-langkah penguncian diperlukan.

Dan dengan sabar menjawab pertanyaan mengenai bagaimana virus itu dapat tersebar dan bila agaknya vaksin mungkin siap.

Di tengah pandemik global yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan ketika pemerintah di seluruh dunia kadang-kadang lambat bertindak balas mahupun memperkenalkan langkah-langkah yang tidak jelas dan menyampaikan fakta yang bertentangan, Fauci, Bloomfield dan Hisham telah menjadi suara dan sumber yang memberikan ketenangan dan keyakinan rakyat.

Fauci adalah “satu-satunya lelaki yang boleh anda percayai,” catat seorang pengguna Facebook.

“Setiap kali saya melihat ketua pengarah kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah, saya merasa yakin.”

“Beliau telah menjadi menara kekuatan bagi kami rakyat Malaysia,” tulis wartawan A. Kathirasen dalam komen di Free Malaysia Today,  dan memanggilnya sebagai ” watak yang dipercayai “dan” benteng menentang kekeliruan. ”

Di New Zealand, Menteri Kesihatan mereka – David Clark – diturunkan dari pangkat minggu lalu setelah dua kali melanggar perintah kuarantin dengan pergi berbasikal dan pergi ke pantai bersama keluarganya.

Sementara itu, Presiden A.S. Donald Trump telah beberapa kali menjaja cerita half-truths dan berulang kali membuat janji palsu mengenai ujian dan penawar COVID-19.

Tanyalah doktor

Dengan reputasi ahli politik yang semakin kurang dipercayai, orang ramai telah beralih kepada Hisham, Bloomfield dan Fauci sebagai rujukan untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang boleh dipercayai.

Ketiga-tiganya mereka adalah doktor perubatan sebenar, dengan adanya “Dr.” di hadapan nama mereka. Pakar sebenar dalam bidang masing masing.

Fauci telah memimpin NIAD sejak 1984, menasihati enam presiden A.S., dan telah membantu negaranya memerangi banyak wabak sebelum ini, seperti HIV / AIDS, Zika dan Ebola.

Hisham pula merupakan ketua pengarah kesihatan Malaysia sejak 2013 dan terus bekerja sebagai doktor pakar bedah payudara dan endokrin di Hospital Putrajaya, di Kuala Lumpur.

Bloomfield, bekerja di beberapa hospital di UK dan New Zealand sebelum menyertai kementerian kesihatan. Beliau juga pernah bekerja dengan World Health Organization di Geneva.

Selain daripada kepakaran mereka dalam bidang perubatan, mereka juga membuatkan ramai kagum kerana kerja keras mereka.

Kerja keras

Fauci bekerja selama 16 hingga 18 jam sehari selama beberapa minggu terakhir, memberikan wawancara di setiap rangkaian yang ada.

Hisham sentiasa menyiarkan kemas kini di akaun Twitter dan Facebooknya sehingga larut malam walaupun beliau semakin letih.

Ini telah membuatkan banyak mesej dari pengikutnya memintanya untuk berehat kerana nampak di dalam sidang media matanya menunjukkan beliau tak cukup tidur.

Akhbar New Zealand bulan lalu menjadikan berita utama bulan lalu dengan menyatakan: “Ashley Bloomfield Akhirnya Bercuti.” Menunjukkan betapa ramai yang kasihankan mereka setelah kerja keras mereka.

Tidak takut bercakap benar

Mereka bertiga sentiasa bercakap berterus-terang tanpa ketakutan, dan secara konsisten memberi tumpuan kepada fakta. Mereka tidak dibebani oleh dasar tertentu, segala kenyataan dan mesej mereka adalah jelas sepanjang masa.

Hisham baru baru ini, telah menentang idea pembukaan sektor seperti kedai gunting dan kedai cermin mata, walaupun kerajaan mengumumkannya sehari sebelum itu.

“Kita periksa data, data akan memberitahu kita sama ada kita perlu panjangkan lagi (PKP) atau tidak,” kata Hisham pada taklimat awal bulan ini.

“Saya boleh meramalkan, tetapi kenyataannya adalah kita harus berdasarkan sains dan fakta.”

Terus diikuti

Ramai yang selesa mendengar maklumat dengan loghat Brooklyn Fauci, dalam keterangan taklimat Bloomfield – diadakan pada jam 1 petang setiap hari – dan kemaskini harian Hisham di media sosial.

Malah ramai yang resah apabila tidak melihat mereka dalam 24 jam atau lebih.

Setiap kali Fauci tidak hadir dalam taklimat di White House, terus ramai yang bimbang, takut beliau dipecat kerana seringkali tak sehaluan dengan pandangan Trump.

Laman web berita The Spinoff pada Jumaat lalu menulis: “Hari ini New Zealand memulakan dua hari sepi tanpa kemaskini daripada Ashley Bloomfield.”

Malah ramai yang meminta kerajaan New Zealand untuk sedar bahawa, orang seperti Bloomfield adalah yang diperlukan dalam kabinet menteri mereka.

‘Cinta hati’ masyarakat

Dengan separuh daripada populasi dunia terkurung, bosan dan mencari tarikan, prestasi trio tersebut sejak beberapa minggu kebelakangan ini buka hanya membuat mereka dihargai, malah menjadikan mereka bintang dan idola.

“Anthony Fauci Adalah Coronavirus Crush Amerika,” tulis The Atlantic minggu lalu, yang bertanya: “Adakah dengan krisis ini, dapat mengubah seorang ahli imunologi berusia 79 tahun menjadi pujaan hati ramai?”

The New York Times memanggil beliau “national treasure” dan hampir 15,000 orang telah menandatangani petisyen di Change.org untuk mengundi beliau sebagai lelaki paling seksi dalam People Magazine’s Sexiest Man Alive for 2020.

Di New Zealand, seorang kolumnis, suka suka menukar akau Twitternya kepada “Ashley Bloomfield Fan Club” dilaporkan tiba tiba mendapat ramai pengikut.

Dan beliau melabel Bloomfield ibarat lelaki menawan, bintang rock dan juga pujaan hati New Zealand.

Malah ada yang melancarkan petisyen untuk menobatkan Bloomfield sebagai New Zealander of the Year.

Dalam laman sosial Hisham pula, tak putus putus mengucapkan terima kasih. Menggelar beliau wira, inspirasi dam hero sebenar.

Malah semakin ramai yang menulis “I love you so much Datuk,” menyatakan kekaguman mereka kepada Dr Hisham.

Dan Fauci, mungkin baru sahaja mendapat penghormatan terbesar kepada pegawai kesihatan awam.

Ini apabila sebuah kedai donat di New York mula menjual pastri dengan gambar Fauci pada bulan lalu dan sejak itu telah membantu beliau menjalankan melariskan produknya.

“Saya belum pernah lagi bertemu lelaki yang sangat disayangi di seluruh dunia ini,” kata pemilik kedai Nick Semeraro kepada CNN.

“Dan sebulan yang lalu, kami tidak pernah tahu nama depan dan belakang beliau sekalipun.”

“Agenda ‘politiknya’ adalah bersifat perubatan. Ini fakta … masyarakat Amerika memerlukan fakta sekarang.”

Sumber: BERNAMA / CGTN

Baca yang lain