Kebangkitan Epik Derby Della Madonnina Hantar Inter Ke Puncak Liga

Kebangkitan epik Inter Milan dalam perlawanan Derby Della Madonnina selepas ketinggalan 0-2 menyaksikan skuad Antonio Conte merampas takhta Serie A dari Juventus.

Juventus yang turun sehari lebih awal tumpas kepada Hellas Verona 1-2 walaupun mendahului 1-0 ketika permainan berbaki 25 minit.

Inter Milan melebarkan rekod kemenangan Derby Della Madonnina kepada 4 perlawanan berturut-turut. AC Milan gagal menang dalam 7 perlawanan derby ini sejak 31 Januari 2016.

  • Inter 4-2 Milan (10.2.20)
  • Milan 0-2 Inter (21.9.19)
  • Milan 2-3 Inter (17.3.19)
  • Inter 1-0 Milan (21.10.18)
  • Milan 0-0 Inter (4.4.18)
  • Milan 0-0 Inter (27.12.17)
  • Inter 3-2 Milan (15.10.17)
  • Inter 2-2 Milan (15.4.17)
  • Milan 2-2 Inter (20.11.16)
  • Milan 3-0 Inter (31.1.16)

Pertembungan kali ini mempunyai nilai yang agak besar. Mampu membawa Inter Milan ke tangga teratas liga ataupun meletakkan AC Milan di tangga ke-6, kedudukan terakhir ke pertandingan kelab eropah.

Selepas babak pertama berakhir AC Milan mendahului hasil jaringan Ante Rebic dan Zlatan Ibrahimovic.

Sejak ketibaan Zlatan, AC Milan tidak tewas dalam 7 perlawanan berturut-turut

Kehadiran Ibrahimovic cukup memberi motivasi kepada pasukan ini apabila tidak mencatat sebarang kekalahan sejak 7 perlawanan lepas, selepas dibelasah 0-5 oleh Atalanta.

Ibrahimovic terus memberi impak apabila membuat tandukan kepada Rebic dan pemain ini menjaringkan gol pertama AC Milan.

Beliau sekali lagi menggunakan ketinggiaannya apabila berjaya menanduk masuk gol ke-2 pada masa kecederaan separuh masa pertama.


“Ibrahimovic telah membuktikan kemampuan sepanjang kerjayanya, kami tahu dia akan menjadi lawan yang sukar. Kami sangat menghormati.

“Dia sangat kuat secara fizikal, baik di udara. Tapi masalahnya kami tidak cukup kuat dan Milan meletakkan pemain sebaris dengan pertahanan kami. ” kata de Vrij sebelum perlawanan

Bagaimana pun Inter kembali bangkit apabila berjaya menjaringkan 4 gol pada separuh masa ke-2 hasil jaringan Marcelo Brozovic, Matias Vecino, Stefan de Vrij dan Romelu Lukaku.

Lukaku kini sudah mengumpul 21 jaringan dalam semua pertandingan berbanding hanya 15 ketika bersama Manchester United pada musim lepas

Jaringan Lukaku meletakkanya di tempat ke-3 penjaring terbanyak dengan 17 gol dibelakang Ciro Immobile (25) dan Cristiano Ronaldo (20).

Brozovic dan Vecino menjaringkan 2 gol pantas dalam tempoh 2 minit selepas babak kedua baru bermula 6 minit. Karektor Inter terus berubah.

Pada minit ke-70, tandukan terbang cantik de Vrij meletakkan Inter mendahului Milan 3-2. Jaringan tersebut hasil dari sepakan penjuru.

Keempat-empat penjaring gol Inter telah menjaringkan 2 gol pada 3 pertemuan Derby della Madonnina.

Derby kali ini menyaksikan banyak pergerakan individu berbanding permainan secara berpasukan. 33 percubaan terhasil dan 28 darinya datang dari permainan terbuka.

Ketiadaan Lautaro Martinez akibat digantung kerana mengutip kad merah ketika seri 1-1 menentang Cagliari ditampung dengan baik oleh Alexis Sanchez.

Sanchez menjadi punca kebangkitan Inter apabila melorongkan bola ke belakang dan disudahi oleh Vecino, gol penyamaan selepas 2 minit Brozovic menjaringkan gol.

Selepas 23 perlawanan, Inter kini berada di depan terikat 54 mata bersama Juventus. Namun mempunyai kelebihan jaringan +28 berbanding Juventus +21.

“Masih terlalu awal untuk bercakap apa yang kami mampu lakukan sekarang. Kami boleh bermimpi.”

“Kami akan melalui tempoh getir selepas ini. Kami akan menghadapi (beberapa) perlawanan penting.”

“Bermula dengan menentang Napoli di separuh akhir Copa Italia pada Rabu dan Lazio pada hujung minggu.”

“Mereka adalah pasukan yang kuat sejak bertahun-tahun.”

Apabila ditanya apa yang dilakukan pada rehat separuh masa pertama sehingga menjadi kebangkitan epik derby kali ini, Conte menjawab,

“Saya tidak bercakap banyak, semua pemain harus mengambil tanggungjawab.”

Conte juga mengatakan beliau juga bertanggunjawab apabila pasukan ketinggalan 0-2 selepas babak pertama.

“Kami kekal bersama dari mula hingga akhir dan mencari jalan keluar dari situasi sukar.”