Kebangkitan Ole, Menang Kesemua 4 Perlawanan Terakhir Selepas Hanya Menang 2 Dari 7 Perlawanan Awal

Manchester United bangkit dari ketinggalan 0-1 dengan mencetak 3 gol pada baki 25 minit perlawanan.

Sekali lagi skuad Ole Gunnar Solkjaer memerlukan kecemerlangan separuh masa kedua untuk melakukan kebangkitan dramatik.

Dihadapan 2,000 penonton lawan Manchester United ketinggalan selepas Thomas Souchek menjaringkan gol pada minit ke-35.

Sebelum itu Jarrod Bowen sudah menjaringkan 1 gol namun dibatalkan akibat offside.

West Ham boleh menggandakan pendahuluan namun Sebastian Haller gagal menyudahkan satu peluang terhidang walaupun gawang Manchester United sudah terbuka tanpa penjaga gol.

PELAN GUNNAR SOLKSJAER

Gunnar Solksjaer merehatkan beberapa pemain utamanya bagi persediaan menentang RB Liepzig pertengahan minggu ini.

Perlawanan tersebut amat penting kerana Manchester United masih belum layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Bruno Fernandes dan Marcus Rashford merupakan pemain paling penting mereka musim ini diletakkan di bangku simpanan.

Manchester United menamatkan babak pertama dengan keputusan 1-0 dan memaksa Gunnar Solkjaer membawa masuk Fernandes dan Rashford.

Ternyata perubahan itu berhasil dan Manchester United menjadi cukup baik pada separuh masa kedua.

5 KALI BANGKIT

Ia merupakan kebangkitan ke-5 di Liga Perdana dilakarkan oleh Manchester United selepas ketinggalan.

Pada minggu lepas Southampton mendahului 2-0 namun Manchester United bangkit untuk menang perlawanan itu dengan keputusan 3-2.

Manchester United juga melakukan kebangkitan di Goodison Park selepas ketinggalan 0-1 dan menang 3-1.

St James Park mengalami situasi sama apabila Newcastle mendahului 1-0 tetapi tewas 1-4 kepada skuad Gunnar Solkjaer.

Kebangkitan Manchester United kali ini berlaku dari jaringan kelas dunia dari Paul Pogba.

Pemain Perancis itu meluru mendapatkan bola hantaran Fernandes dengan melakukan sepakan lencong yang mustahil dicapai oleh mana-mana penjaga gol terbaik dunia.

Sudah lebih sebulan Pogba tidak pernah diturunkan dalam kesebelasan utama sejak tewas kepada Arsenal pada 1 November lepas.

Pemain ini hanya berfungsi sebagai pemain simpanan. Kesebelasan pertamanya semalam menghadirkan momen istimewa buat dirinya.

GOL DEBUT

Tiga minit selepas jaringan Pogba, Manchester United mendahului perlawanan Mason Greenwood.

Jaringan Pogba dan Greenwood masing-masing merupakan jaringan pertama peribadi mereka di liga.

Pemain muda itu melakukan sentuhan luar biasa untuk meletakan bola dalam keadaan untuk disepak menggunakan kekuatan badan.

Rashford melengkap kemenangan 3-1 apabila berjaya memecah blok pertahanan Wesh Ham dengan larian dan melakukan kuisan menewaskan Lukas Fabianski.

Walaupun Manchester United sedang bergelut di Liga Juara-Juara namun keputusan perlawanan mereka di Liga Perdana meningkat dengan drastik.

Manchester United hanya menang 2 kali dari 7 perlawanan awal liga dan kini kesemua 4 perlawanan terakhirnya.

9 MENANG BERTURUT-TURUT

Sementara itu rekod menang di tempat lawan kelab dipanjangkan menjadi kepada 9 perlawanan berturut-turut.

Hanya Liverpool berjaya menewaskan Manchester United pada Januari tahun ini.

Kebangkitan kali ke-5, 9 perlawanan menang di tempat lawan dan menang 4 kali berturut-turut di liga menjadi topik perbincangan minggu ini.

Disamping itu jaringan pertama Pogba dan Greenwood menjadi berita baik bagi peminat kelab ini.

Selepas ini Manchester United akan bertemu RB Leipzig bagi menentukan nasib mereka di Liga Juara-Juara.

Selepas itu derbi Manchester akan mewarnai perlawanan liga pada minggu depan. Berikut jadual Manchester United sepanjang Disember.

  • UCL: RB Liepzig lwn Man United
  • EPL: Man United lwn Man City
  • EPL: Sheffield United lwn Man United
  • EPL: Man United lwn Leeds United
  • LC: Everton lwn Man United
  • EPL: Leicester lwn Man United
  • EPL: Man United lwn Wolves