Kecam VAR, Ange Postecoglou Sekali Lagi Dihantui Komen Lamanya Pertahankan VAR

Pengurus Spurs, Ange Postecoglou sekali lagi meroyan tentang VAR, selepas beberapa bulan lalu dia mempertahankan VAR ketika pasukannya menentang Liverpool.

Pada masa itu, Ange memninta Liverpool menerima keputusan pengadil dengan terbuka, kerana kesilapan seperti itu adalah sebahagian daripada bola sepak.

Ketika itu VAR dengan teruknya membatalkan gol Luis Diaz yang jelas sekali bersih dan tak ofsaid.

Ange dalam sidang media berkata: “Kita haruslah menghormati pengadil. Kesilapan adalah sebahagian daripada sukan ini. Ia tidak semestinya lancar.”

Kemudian Ange Postecoglou mengecam VAR ketika pasukannya dimalukan Chelsea 4-1. Dia menegaskan bahawa VAR telah merosakkan bola sepak kerana seringkali mengganggu rentak permainan. Dalam perlawanan itu terdapat 5 gol dibatalkan melibatkan kedua dua pasukan.

Postecoglou pada masa itu menegaskan VAR telah mengurangkan fungsi pengadil di atas padang.

“Saya orang lama [old school], saya akan menghormati keputusan pengadil betul atau salah. Tetapi itulah cara permainan berjalan.”

“Saya tidak akan sesekali bercakap dengan pengadil mengenai peraturan permainan. Saya rasa amat sukar bagi pengadil untuk mengadilinya.”

“Pada satu ketika, kita harus terima sahaja keputusan pengadil sama ada betul atau salah. Ini menghakis kuasa pengadil, inilah hala tuju permainan ini sekarang. Mereka tidak ada kuasa, dan kuasa mereka akan dihapuskan.”

Pada masa itu ramai mengingatkan Ange bahawa dia sebelum ini pernah meminta semua pihak menghormati VAR dan pengadil. Kerana kesilapan seperti itu sebahagian daripada bola sepak.”

Dan terbaru, Ange Postecoglou sekali lagi mengecam VAR dan pengadil setelah pasukannya kalah 4-2 di tangan Brighton semalam. Di mana dia menegaskan bahawa VAR seperti pilih kasih ke atas mereka, dan cuba untuk menganalisis semua insiden lain yang memihak lawan mereka.

Terutama sekali bentesan Lewis Dunk ke atas Kulusevski yang dianggap boleh mencederakan pemain itu. Dia berpendapat VAR patut menghantar keluar Dunk kerana tackle itu.

“Penalti pertama itu jelas dan ketara, ianya membuatkan mereka mengambil masa hanya 3 minit untuk membuat keputusan.”

“VAR mengambil apa sahaja, kecuali satu bentesan yang boleh menyebabkan kami kehilangan seorang lagi pemain.”

Dan ada peminat yang mengingatkan dia sekali lagi tentang VAR, bahawa sebelum ini dia menyatakan tiada teknologi yang boleh menjami perlawanan itu langsung tiada kesilapan. Dan kita harus faham bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada permainan.