KECEDERAAN ACL ( Anterior Cruciate Ligament): Musuh No.1 Atlet

Ini adalah artikel yang di #Repost dengan improvisasi dalam konten dengan memasukkan kaedah rawatan dan fasa rawatan yg saya tak tulis dalam artikel lama. Pada yang tak pernah baca, marilah kita sama sama berbincang tentang topik kecederaan antara yang paling digeruni dalam bolasepak dan banyak membunuh karier pemain pemain.

Ini adalah antara musuh utama yang sukar dielak oleh mana mana atlet termasuk pemain bolasepak. Pemain bolasepak adalah antara atlet yang paling terdedah dengan kecederaan ini kerana melibatkan challenge, duel serta keadaan permukaan padang yang tidak konsisten.

ANTERIOR CRUCIATE LIGAMEN (ACL)

Anterior cruciate ligamen (ACL) adalah kecederaan paling biasa dalam bola sepak. Namun kira OK sebab kecederaan ACL dalam bola sepak kebanyakan melibatkan jenis kecederaan tisu lembut .
Secara purata, sekitar 50-80% daripada kecederaan pemain bola sepak adalah melibatkan kaki. Yang menggerikan ialah 40-45% daripada kecederaan kaki pula adalah melibatkan kecederaan pergelangan kaki dan sakit kaki sama ada kecederaan/terseliuh buku lali atau ligamen lutut.

25% daripada kecederaan teeseliuh kaki pemain bolasepak pula adalah melibatkan lutut atau ligamen yang dipanggil ACL. Kecederaan ACL (Anterior cruciate ligamen) adalah masalah yang paling biasa. Menisicus manusia memang amat berpotensi untuk koyak ketika bermain bolasepak.

Untuk mengurangkan impak ACL, pemain sentiasa disarankan untuk melakukan regangan otot yang sempurna sebelum perlawanan. Isu ini amat dipandang serius untuk memastikan otot lebih anjal sebelum digunakan.

Di England akan ada ahli fisio dan pakar tertentu memantau keadaan pemain dan kadang kadang pemain sendiri tak puas hati apabila gagal di saringan akhir. Pemain merasakan mereka sudah cukup fit tetapi ahli fisio mendapati keadaan fizikal atau muscle mereka ada simptom simptom ‘tak bersedia’.

Fit bukan bermaksud anda boleh berlari dengan pantas atau tak rasa sakit. Sebaliknya ada pemain yang disarankan doktor pasukan dalam doubt list akan dicheck dengan cukup rapi. Ini kerana harga pemain adalah jutaan Dollar dan perlu dijaga baik seperti kereta.

Oleh itu pemain dilarang menggunakan barang / supplement tambahan sesuka hati. Pengambilan alkohol dan dadah boleh mempengaruhi kekuatan muscle namun memberikan impak sampingan yang teruk. Orang yang mengambil dadah atau mabuk dipercayai lebih ‘rapuh’ daripada yang clean. Sebab itu merokok pun akan dijadikan isu besar oleh kelab profesional kerana ia dianggap menyuntik nikotin dalam badan dan bukan sahaja isu tentang paru paru.

Atlit lelaki lebih 10-15% risiko ACL berbanding wanita kerana faktor berat badan yg menjadi beban kepada kaki.

PUNCA

Anterior cruciate ligamen (ACL) kecederaan adalah disebabkan apabila lutut dilenturkan pada had yang luar biasa/melampau (hyperextended). Ia menyebabkan otot berpintal, atau terbengkok ke sisi dalam keadaan ‘tak bersedia’.

Keadaan-keadaan biasa yang kerap membawa kepada kecederaan ACL termasuk:

    • Menukar arah atau berputar dengan cepat dengan satu kaki dibenam terlalu kuat. Kekadang impak dari kasut juga, tapak but dan tapak kasut pemain NBA misalnya. Inilah penting pemilhan boots dan cleats yg sesuai.
    • Pendaratan / Landing yang tak sempurna selepas melompat dengan perlahan secara tiba-tiba turun, terutamanya jika kaki terlalu lurus atau sedikit bengkok (seperti dalam bola keranjang)
    • Terjatuh dari tangga, melangkah keluar dari tepi jalan yang, melompat dari ketinggian sederhana atau melampau yang selalunya kerana salah timing atau anggaran. Terjatuh/tersadung ke dalam lubang akibat losing step / silap langkah ketika berjalan mahupun turun tangga.

Rawatan

Fasa 1 : Program Pemulihan

a. Terapi fizikal

Sebelum apa-apa rawatan, fokus paling penting adalah pengukuhan quadriceps dan hamstrings, dan juga latihan Range Of Motion / ROM. Anda boleh merujuk banyak video youtube untuk RANGE OF MOTION EXCERCISE. Prestasi ROM akan membantu mengurangkan jumlah pengaliran bendalir dan membantu pesakit mendapatkan semula gerakan dan kekuatan.

b. Pembedahan

Pembedahan rekonstruktif boleh dilakukan dengan doktor akan mengambil kira faktor-faktor seperti keiinginan pesakit untuk cepat sembuh. Pembedahan akan dilakukan jika pemain ingin kembali cepat terutamanya pemain profesional. Jika orang biasa, pembedahan mungkin akan cuba dielakkan jika kecederaan tak cukup teruk. Doktor akan menilai impak pembedahan sebelum mencapai persetujuan untuk pembedahan.

Secara amnya, pembedahan cuma boleh dilakukan setelah analisis pakar perubatan. Dan tidak ada tempoh khas berapa lama kecederaan itu boleh dibedah. Namun ada yang membiarkan dahulu kecederaan ACL itu sekurang-kurangnya 3 minggu selepas terkena ACL barulah pembedahan dilakukan . Ini untuk mencegah komplikasi arthrofibrosis.

Seperti yang dinyatakan di atas, ianya bergantung kepada penilaian doktor.

Walaubagaimanapun, ada kajian menyatakan bahawa kecederaan yang terlalu serius dilengahkan sehingga setahun, ia boleh meningkatkan risiko kecederaan meniskus medial dan kadar untuk fully recover akan berkurangan.

Pembedahan ini akan memfokuskan kepasa pembinaan semula artikular ACL. Ini telah menjadi standard kriteria utama untuk merawat ACL tears. Bone-patela-bone (BTB) autografts kini kian popular kerana ia menghasilkan peratusan yang jauh lebih tinggi dalam menguatkan lutut. BTB membolehkan lutut lebih stabil dengan kadar prestasi pemain bolasepak akan mencecah peratusan yan maksimum.

c. Rawatan Bukan Pembedahan (Nonoperative)

Rawatan bukan pembedahan biasanya akan disarankan dan dipertimbangkan jika pesakit yang sudah berumur/ tua atau atlet yang kurang aktif yang tidak akan bermain dalam apa-apa jenis sukan yang seperti bola keranjang, bola sepak dan juga sukan sukan yang banyak melibatkan kekuatan lutut.

Langkah ini adalah langkah yang paling sedih untuk diambil. Terutama kali marhaen macam kita ni yang tak ada kemampuan untuk melakukan pembedahan beribu ribu ringgit. Namun ramai yang mencari inisiatif untuk melakukannya juga kerana cinta kepada padang.

Matlamat utama kaedah nonoperative ini adalah untuk mendapatkan ROM maksima dan kekuatan yang hampir sama dengan lutut yang tidak cedera. Kaedah ini penting untuk mengembalikan atlit atau orang yang mahu bekerja semula dengan rutin pergerakan fizikal.

Banyak lagi kaedah lain yang anda boleh dapatkan info daripada pakar perubatan

Fasa 2 : Rawatan Lanjutan selepas pembedahan / fasa 1

Selepas proses rawatan adalah proses rawatan lanjutan selepas pembedahan. Dalam fasa ini kita akan memfokuskan kepada

1. Terapi fizikal

Terapi dan rawatan selepas pembedahan akan dilakukan dengan Latihan tertutup. Biasanya rantai akan digunakan untuk menekankan penyelenggaraan dan regngan lutut peringkat awal dan jadual latihan berkala untuk jangka panjang sehingga latihan penuh.

Protokol terapi boleh dibahagikan kepada 4 fasa :

Fasa I: Ini adalah tempoh sebelum/pra operation. Matlamatnya adalah untuk mengekalkan ROM.
Fasa II (1-14 hari ): Tujuannya adalah untuk mencapai regangan/extension penuh, mengekalkan kawalan quadriceps, mengurangkan bengkak, dan mencapai fleksibiliti 90 darjah.
Fasa III (21-45 Hari): Mengekalkan ekstensif penuh dan meningkatkan proses akhir sehingga mencapai ROM penuh. Tangga pendaki dan basikal mungkin akan digunakan.
Fasa IV (6 minggu): Meningkatkan kekuatan dan ketangkasan, dan memastikan ada graf progresif untuk kembali bermain. Kembali semula ke padang mungkin selepas 6-9 bulan merana.

Selain Rawatan di atas kaedah kaedah lain sepertu suntikan, rawatan manipulatif, dan lain-lain fisioterapi juga boleh digunakan berdasarkan Tahap kecederaan.
Penggunaan pendakap lutut kini menjadi topik kontroversi. Kaedah pendakap Ini antara yang paling digemari ramai namun kini bererapa kajian biomekanik seakan akan tidak menyokong kaedah ini.

Kajian banyak menunjukkan bahawa kaedah ini cuma memfokuskan kepada stabiliti namun ia banyak mengehadkan regangan anterior tibia dalam beban yang rendah. Tambahan pula, kebanyakan pendakap ini akan mengurangkan kadar tindak balas otot hamstring.

Fasa 3: Fasa Penyelenggaraan/pelarasan

Ia adalah fasa selepas rawatan dan disebut program Pemulihan / rehabilitasi. Antara kaedah yang akan digunakan seperti latihan ROM dan fisioterapi. Ini untuk memastikan rawatan yang telah dijalankan dipantau kesan dan ditambahkan lagi capaian prestasi.

Dalam proses ini juga , pemain akan diberikan ubatan ubatan khas dan fasa ini akan ditamatkan dalam kadar yang tak pasti bila. Ada pengurusan akan memantau pemain berterusan walaupun dah bertahun tahun.

KESIMPULAN

Kajian menunjukkan, orang yang aktif bersukan akan lebih kebal ACL berbanding yang tidak aktif.  Oleh sebab itu ACL ini juga disebut sebagai kecederaan sukan. Ini kerana otot mereka lebih anjal dan sudah ‘dilatih’ dan dibiasakan dengan postur gerakan. Oleh sebab itu jika ada kawan anda yang kali pertama melangkah ke padang jika mereka overextended, mereka adalah 50% lebih terdedah kepada ACL berbanding anda yang dah biasa. Faktor pemilihan kasut, pengawalan berat badan juga penting.

Isu tapak kaki yang kecil biasanya saiz dibawah 6.5 untuk orang Malaysia adalah amat berisiko untuk ACL kerana memilki stand yang lebih kecil berbanding yang bertapak kaki besar. Lebih buruk lagi jika saiz but anda 6.0 dan berat badan anda kategori comel, anda harus lebih berhati hati kerana kekadang ia gagal menampung pendaratan atau beban berat badan selepas anda melompat misalnya. Tekanan berat badan akan lebih berat daripada biasa ketika landing.

Pilih kasut yang sesuai. Pemain di Eropah seperti Cristiano Ronaldo mereka mendapatkan consultancy kasut yang sesuai dan customize kasut berdasarkan kesesuaian tapak kaki. Itulah shape yang kita pakai atau shape universal. Pemain pro sepatutnya invest untuk isu ini. Jangan takat nak pakai kasut sebab fancy atau pattern glamor.

Yang penting amalkan selalu regangan otot atau warming up sebelum memulakan perlawanan dan cooling down selepas melakukan aktiviti untuk memastikan fizikal anda lebih tough. Jangan pakai kasut dan berlari counter attack di padang. Habis terus, kena rokok John dan balik. Amalkan cara hidup sihat !

Kecederaan ini boleh dipulihkan namun ia tetap mempengaruhi graf performance anda secara kadar negatif berdasarkan keseriusannya. Tetapi ramai pemain yang boleh bangkit selepas ACL ini. Ianya bergantung kepada pemulihan dan juga kepakaran pakar yang menguruskan rawatan mereka.

Terima kasih kepada dunia perubatan moden hari ini yang banyak membantu atlet daripada mati terus karier mereka selepas ACL. Dan jangan risau, tiada nanocip dimasukkan dalam lutut anda.

 

Rujukan:

Healthlink

Orthoinfo

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil