Kecederaan Membuatkan Nilai Eden Hazard Kini Hanya £34.2 Juta Berbanding £150 Juta Sebelum Ini

Nilai pasaran Eden Hazard dilaporkan merudum teruk selepas pemain itu gagal menunjukkan prestasi cemerlang dan kurang aksi sejak berpindah ke Real Madrid.

Malah nilai perpindahan itu adalah yang paling rendah sejak 2013. Hazard sebelum ini dianggap salah seorang pemain paling mahal di dunia. Malah Real Madrid sanggup membayar GBP100 juta untuk pemain yang hampir percuma.

Namun sejak tiba di Real Madrid, kisah Hazard hanyalah lebih kepada cerita kecederaan, masalah berat badan, prestasi tak konsisten dan sebagainya. Beliau hanya menyumbang 7 assist dan 4 gol sejak bersama dengan Real Madrid.

Pakar penilai pasaran bola sepak, Transfermarkt mengemaskini nilai Eden Hazard kepada hanya £34.3 juta sahaja. Nilai itu sangat jauh daripada £102 juta yang dibayar Real Madrid kepada Chelsea.

Ketika di Chelsea, nilai Eden Hazard pernah mencecah £150 juta. Hazard kini bergelut untuk kecergasan beliau sekali lagi. Masalah kecederaan terus menghantui beliau.

Satu perkara yang merisaukan tentang Eden Hazard adalah kecederaan beliau yang semakin kerap. Lebih menakutkan apabila doktor pasukan kebangsaan Belgium, Kristof Sas menyatakan bahawa kecederaan Hazard kini boleh dikira kronik dan berpotensi besar untuk berulang ulang.

Diagnosis itu pastinya berita yang kurang enak untuk peminat Real Madrid yang sebelum ini berharap Hazard akan menjadi bintang utama pasukan selepas pemergian Cristiano Ronaldo.

Beberapa minggu lalu, Hazard cedera di bahagian pahanya. Difahamkan Hazard akan tersisih selama enam minggu. Real mengesahkan bahawa otot paha kirinya cedera ketika sesi latihan.

Beliau masih gagal memahatkan kariernya dengan stabil di Real Madrid sejak menyertai mereka pada 2019.

Kecederaan membunuh nilai Hazard

Dr Kristof Sas menegaskan bahawa situasi kecergasan Hazard sekarang sangat berbeza dengan sebelum ini. Dan pihak mereka masih menunggu butiran lengkap daripada kecederaan terbaru pemain itu.

“Kita masih menunggu laporan penuh, dan sudah tentunya kita risau. Kita mungkin tak risau kecederaannya akan mempengaruhi Euro, tetapi untuk Eden Hazard, ianya berbeza.”

“Ianya adalah satu lagi kecederaan berulang, situasi kronik sentiasa memberikan kesan yang buruk pada akhirnya. Pertamanya kecederaan di buku lali, kemudian kecederaan otot. Ianya sangat merimaskan untuk kita dengar.”

“Eden sekarang ini terperangkap dalam ‘vicious circle’ [kitaran masalah baharu yang mewujudkan masalah lain] dan tidak mudah untuk dia keluar daripadanya. Ianya sangat mengganggu apabila berlaku melibatkan otot.”

“Pemain bola sepak sememangnya akan terkena sepakan, berputar, melompat, kesemua itu berlaku pada kadar pantas. Dan sudah tentunya lagi sukar ketika rehabilitasi.”

“Hazard perlukan momentum dan kesinambungan. Situasinya bukanlah dramatik untuk kita, tetapi dia kena keluar segera daripada jalan mati itu.”

Hazard sebelum ini sudah mengalami pelbagai siri kecederaan sejak menyertai Real Madrid termasuk terkena jangkitan C0V-19.

Selepas pulih daripada virus itu, Hazard hanya cergas 10 hari dan cedera balik di bahagian hamstring. Hazard berehat 6 minggu untuk memulakan aksinya bersama Real Madrid menentang Osasuna pada 9 Januari.

Sejak menyertai Real Madrid, Hazard sudah mengalami 10 siri kecederaan dan sakit.

Masalah buku lali

Pakar perubatan Atletico Madrid menyatakan bahawa Eden Hazard tidak boleh lagi menjalani pembedahan buku lalinya selepas dua kali melakukannya sebelum ini.

Ini kerana, jika itu berlaku, Hazard kemungkinan besar tidak akan bermain bola sepak lagi. Risikonya tersangat tinggi, menurut Dr Jose Gonzalez.

Malah Dr Gonzales menyebut bahawa Eden Hazard tidak mungkin akan dapat lagi prestasi kemuncaknya sebelum ini. Apa yang boleh dilakukan pemain itu hanyalah mendapatkan yang terbaik daripada keadaan beliau sekarang.

Hazard sekali lagi mengalami kecederaan sehinggakan Zidane sendiri kehilangan kata kata untuk bercakap tentangnya.

Dr Gonzales juga berpandangan, perkara yang lebih penting sekarang adalah bantuan secara psikologi kepada pemain itu untuk terus bermotivasi.

“Hazard harus berlatih dengan pasukan utama sehingga 10 sesi. Mengikut pengalaman saya, sukar untuk dia kembali bermain untuk Real Madrid pada baki musim ini.”

“Sekiranya seorang pemain kembali setelah cedera dalam tempoh yang lama, tanpa berlatih sebaiknya, perkara yang paling normal adalah dia cedera lagi.”

“Dia ada mengalami kegelisahan [anxiety], dia ingin menunjukkan bahawa dia layak [dengan nilai harganya] dan ingin memberikan 100% dan dia belum lagi berpeluang  untuk tiba di sana untuk melakukannya.”

“Pembedahan ketiga di pergelangan kaki Eden Hazard sangat berisiko, ada kemungkinan pemain itu tidak akan bermain bola sepak lagi.”

Pemain Belgium itu bergabung dengan Real Madrid dari Chelsea dengan harga sekitar £130 juta pada tahun 2019. Sejak itu, dia tidak menikmati permainan yang banyak kerana kecederaan yang berterusan.

Pastinya ramai peminat bola sepak berkongsi kesedihan dengan Hazard. Pemain berbakat yang dimamah kecederaan dalam beberapa musim ini.

Semoga Hazard mampu bangkit daripada fasa ngeri dalam kariernya.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil