Tamparan buat Arsenal apabila kapten mereka Martin Odegaard mengalami kecederaan buku lali yang diklasifikasikan sebagai ‘kelihatan teruk’ setakat ini.
Kapten Norway penuh emosional ketika terpincang-pincang keluar padang kerana kecederaan buku lali menjelang perlawanan derby London Utara Arsenal menentang Tottenham hujung minggu depan.
Kecederaan Odegaard itu menambah satu lagi senarai kecederaan Arsenal pada minggu antarabangsa selepas Riccardo Calafiori turut mengalami kecederaan ketika bertugas di Itali. Mikel Merino dan Gabriel Jesus juga mengalami kecederaan.
Cabaran keras daripada pemain Austria Christoph Baumgartner memerangkap kaki Odegaard dengan buku lali kirinya terkehel dan pemain Gunners itu menjerit kesakitan.
Odegaard memegang kakinya dan menutup matanya, sambil menahan kesakitan tersebut.
Ødegaard off with an nasty injury. Screaming in pain. Doesn't look good at all.
Hate internationals with a passion 🤬🤬pic.twitter.com/SfRgnRoEAn
— 🇳🇴 kimmoFC (@kimmoFC) September 9, 2024
Odegaard, 25, meninggalkan permainan pada minit ke-67 digantikan oleh Kristian Thorstvedt dan pengurus Norway, Stale Solbakken mengeluarkan kemas kini selepas perlawanan ketika penyokong Arsenal menunggu dengan penuh semangat untuk berita positif.
Arsenal akan pergi ke Spurs pada hari Ahad untuk perlawanan derby menentang saingan panas mereka, kemudian menuju ke Atalanta dan Manchester City, masing masing untuk perlawanan besar dalam pertarungan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris.
Doktor Norway Ola Sand menggelarnya sebagai “terseliuh di buku lali kecil” selepas Solbakken mengakui bahawa kecederaan itu “kelihatan agak teruk di bilik persalinan” dalam komen yang dikongsi oleh Fabrizio Romano.
Sand berkata mungkin terdapat laporan MRI pada hari Selasa untuk Odegaard, dan kenyataan itu membuatkan ramai yang berspekulasi. Video kejadian itu menunjukkan Odegaard jelas menunjukkan reaksi dia merasakan kecederaan itu agak serius.
🚨🇳🇴 Norway coach Solbakken: “Martin Ødegaard’s injury looked bad in the dressing room as well”.
Norway doctor Ola Sand: “He got a small ankle sprain. We will see, maybe we use ultrasound to look at it”.
“If we are unsure, there will be an MRI tomorrow”, Sand told TV2. pic.twitter.com/tRsE7nvqda
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 9, 2024
Odegaard menjadi playmaker penting Arsenal sejak menyertai pasukan itu. Dan Mikel Arteta sedar bahawa kini dia boleh melupakan seketika khidmat ayam tambatannya itu.
Arsenal sekali lagi dianggap sebagai calon pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini setelah mereka menamatkan persaingan sebagai naib juara di belakang City dalam dua musim berturut turut.