Kecewa Chelsea Nak Ketuk Mereka Harga Gallagher, West Ham Beralih Ke McTominay, Itupun Kena Ketuk Dengan United Pula

West Ham sebelum ini mahukan Conor Gallagher dari Chelsea, namun berdepan dengan potensi kena ketuk harga oleh kelab itu.

Chelsea tiba tiba menaikkan harga Gallagher dari £35 juta kepada £50 juta untuk West Ham.

Kenaikan harga itu benar benar mengejutkan West Ham kerana Chelsea sebelum ini benar benar berusaha mahu menjual pemain itu.

Beberapa minggu lalu, West Ham pernah bengang dengan Fulham yang mahukan £90 juta untuk Palhinha. Ianya gara gara Fulham menilai Palhinha tak jauh nilainya dengan Declan Rice yang diletakkan tanda harga £100 juta oleh West Ham.

West menilai Palhinha sebagai pemain pada nilai £30 juta sahaja.

Selepas menjual Rice, West Ham membida Palhinha dengan nilai £45 juta. Dan ia mentah mentah ditolak Fulham.

Pemain itu kemudian cedera dan West Ham beralih kepada Conor Gallagher. Namun situasinya, Chelsea meletakkan harga berbeza untuk West Ham selepas pengurusan tertinggi Chelsea berbincang dengan Mauricio Pochettino.

Pochettino sebelum ini diminta menjual Gallagher untuk mengimbangi akaun kelab dan juga membantu dia menampung dana untuk mendapatkan pemain lain.

Namun pengurusan tertinggi terpaksa campur tangan soal harga Gallagher jika ianya bidaan dari West Ham. Chelsea mahukan £50 juta dan Pochettino setuju.

Mungkin itu angka balas dendam Chelsea kepada West Ham sebelum ini yang pernah menolak usaha mereka mahu membeli Declan Rice beberapa musim lalu. Di mana West Ham meminta nilai £100 juta untuk pemain itu.

Kini nama Scott McTominay mulai menjadi sasaran David Moyes.

Man United sebelum ini sedia mempertimbangkan tawaran bermula £20 juta untuk pemain itu. Tetapi kini, mereka memberitahu West Ham harus menawarkan harga tinggi kepada United.

Hal ini kerana United mulai sedar bahawa McTominay adalah pemain yang bekualiti tinggi dan merupakan pemain utama skuad kebangsaan Scotland. Dan dia tidak harus dijual dengan harga lelong.

Kini United menaikkan harga Tominay lebih dua kali ganda. Mereka mahukan sekurang kurangnya £45 juta untuk pemain itu. Dan berharap akan mendapat £50 juta secara keseluruhan selepas bonus.

David Moyes sudah memberitahu kelab dia mahukan pemain tengah dengan segera untuk menggantikan Declan Rice.

Namun adakah Moyes akan membelanjakan hampir separuh daripada harga Rice untuk mendapatkan McTominay?