Kecewa Dengan Keraian Biadap Enzo Millot, Pemain Argentina Bergaduh Dengan Pemain Perancis

Suku akhir Jumaat antara Perancis dan Argentina dalam kejohanan bola sepak Olimpik lelaki diwarnai dengan keadaan huru-hara besar di atas padang.

Tuan rumah Perancis, yang diuruskan oleh Thierry Henry, memenangi perlawanan itu 1-0 untuk menempah pertembungan dengan Mesir.

Perancis mencipta kemenangan menerusi jaringan awal oleh Jean-Philippe Mateta yang bermain untuk kelab Crystal Palace.

Permainan ini merupakan babak terbaru dalam permusuhan panas antara dua negara bola sepak yang kuat pada masa ini.

Ketegangan antara kedua-duanya memuncak sejak Argentina menewaskan Les Bleus dalam penentuan sepakan penalti untuk memenangi perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2022 yang epik pada Disember 2022.

Sebahagian daripada peminat Argentina meraikan kemenangan itu dengan laungan menghina tentang Perancis yang telah dikutuk secara meluas sebagai rasis, hom***bik dan transf*b*k.

Keadaan menjadi lebih panas apabila lagu itu dinyanyikan semula oleh peminat Argentina pad Copa America baru baru ini. Lebih memburukkan keadaan selepas Argentina memenangi Copa America musim panas ini di Amerika Syarikat, pemain pemain mereka menyanyikan lagu tersebut. Dan ianya dimuat naik oleh Enzo Fernandez di IG miliknya.

Jadi, tidak hairanlah peminat dan pemain Perancis sangat menyampah dengan Argentina.

Sebelum sepak mula pad hari Jumaat, lagu kebangsaan Argentina diejek secara meluas oleh orang ramai di Nouveau Stade de Bordeaux.

Di atas padang, pengadil meniup 30 wisel kekasaran serta 10 kad kuning.

Apa yang berlaku selepas wisel penamat juga mengundang cemuhan daripada penonton, di mana terdapat kehadiran polis yang lebih ramai, jelas dengan tujuan untuk mengehadkan potensi pergaduhan antara kumpulan penyokong kedua dua negara.

Ketika pemain dilihat boleh dikawal, ternyata keadaan tegang berlaku pada akhir perlawanan, di mana pemain pemain Argentina dan Perancis bertembung dan bergaduh.

Keraian berlebihan Enzo Millot dianggap telah membuatkan pemain pemain Argentina tidak berpuas hati kerana dianggap biadap dan melampau. Pemain itu dianggap tidak mengamalkan semangat kesukanan atau fairplay.

Ketika lawannya sedang sedih meratapi kekalahan, dia pula meraikan kejayaan Perancis berlebih lebihan yang didakwa provokatif di hadapan pemain dan jurulatih Argentina.

Millot dilayangkan kad merah kerana keraian di hadapan pemain pemain dan pegawai Argentina. Pengurus Perancis, Thierry Henry kurang gembira dengan perangai pemain tersebut.

Ini kerana ianya dianggap kad kuning sangat sia sia.