Ademola Lookman dilaporkan mahu meninggalkan kelab Atalanta pada jendela perpindahan akan datang.
Pemain itu benar benar kecewa namanya dipetik untuk dipersalahkan sepenuhnhya di atas kegagalan Atalanta mara ke pusingan 16 akhir.
Pengurus Atalanta, Gian Piero Gasperini secara terbuka mengejutkan ramai pihak apabila dia mengutuk Lookman sebagai penyepak penalti paling teruk pernah dia lihat.
Pengurus itu tidak berpuas hati menuduh Lookman sebagai merampas tugasan itu daripada dua rakannya yang sudah dilantik menjadi penyepak penalti utama pasukannya iaitu Retegui dan De Katelaere.
Gasperini benar benar mengamuk dan memperlekehkan Lookman sebagai pengambil sepakan penalti paling teruk pernah dia saksikan.
“Dia nak ambil penalti selepas menjaringkan gol. Dia ambil terus bola sedangkan ada Retegui dan De Keteleare berada atas padang untuk tugasan itu. Saya tidak suka apa yang Lookman buat.
“Dia adalah penyepak penalti paling teruk pernah saya lihat. Di pusat latihan pun selalu tak masuk penaltinya,” tegas Gasperini mengecam Pemain Terbaik Afrika 2024 dan penjaring hatrik final UEL yang memberikan Atalanta piala eropah pertama kelab itu.
Ia juga menamatkan rekod tanpa kalah Leverkusen musim lalu dalam semua pertandingan dan menafikan mereka meraih treble.
Lookman akhirnya tampil mempertahankan dirinya dan menganggap kenyataan Gasperini itu sangat mengecewakannya. Lebih lebih lagi Lookman menjadi wira yang memberikan kelab itu trofi pertama sejak 1963, dan trofi pertama Gasperini sebagai pengurus.
Lookman: Sedih wei
“Saya sedih pada hari seperti ini kerana terpaksa menulis kenyataan ini – paling penting kerana apa yang telah kami capai bersama sebagai satu pasukan dan sebagai sebuah bandar,” tulis pemain itu.
“Dipersalahkan secara spesifik seperti yang saya alami bukan sahaja menyakitkan tetapi berasa sangat tidak dihormati, apatah lagi kerana kerja keras dan komitmen yang besar yang saya sentiasa berikan setiap hari untuk membantu membawa kejayaan kepada kelab ini dan kepada peminat luar biasa Bergamo.
“Sebenarnya, saya telah menangani banyak detik sukar sepanjang berada di sini – sebahagian besarnya tidak pernah saya perkatakan kerana pada pendapat saya pasukan mesti sentiasa dilindungi dan mesti didahulukan. Ini menjadikan apa yang berlaku semalam lebih menyakitkan.
“Bersama-sama peminat kami yang luar biasa, kami sebagai satu pasukan juga berasa sakit hati dengan keputusan malam tadi. Semasa perlawanan, pelaksana penalti yang sudah ditetapkan sendiri telah mengarahkan saya untuk mengambil penalti; dan untuk menyokong pasukan saya mengambil tanggungjawab pada masa itu untuk berbuat demikian.
“Kehidupan adalah tentang cabaran dan mengubah kesakitan menjadi kuasa yang akan terus saya lakukan,” kata Lookman.
Nampaknya Gasperini perlu menyiasat sendiri 2 pelaksana penalti yang dia sudah tetapkan, kerana telah menolak tugasan mereka kepada pemain lain.
Pada masa yang sama, perkara ini boleh meretakkan hubungan dia dengan pemain terbaik kelab itu ketika ini.
Peminat juga membandingkan layanan Gasperini ketika Retegui gagal menyempurnakan penalti sebelum ini. Di mana penalti itu menjadi punca Atalanta terpaksa bermain di play off.
Gasperini when his fellow white Italian missed a penalty.
He’s racist. pic.twitter.com/CosXwFjkne
— 𝙆𝙖𝙮™️ #HUGHESOUT (@KayLFC05_) February 19, 2025
Kini pemain itu telah patah hati dan mahu meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan akan datang.
Sebelum ini Lookman masih tidak melanjutkan kontrak di kelab itu.
Atalanta akan cuba berbincang dengan Gasperini dan mahukan penjelasan pengurus itu tentang kenaytaan pedasnya yang dianggap terlalu celupar di hadapan media.
Namun pemain itu dikatakan sudah menetapkan pendiriannya mahu meninggalkan kelab itu. Keinginan itu sudah ada sebelum ini, cuma kali ini ianya lebih tinggi.
🚨🇳🇬 Understand plan remains for Ademola Lookman to LEAVE Atalanta this summer.
Atalanta will try to clarify the situation with Gasperini in the next 24h after strong quotes… but won’t change future plans.
It was already planned last summer, transfer to happen this year. pic.twitter.com/f06kx2yVj6
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 19, 2025