Penjaga gol Cameroon, Andre Onana dilaporkan telah meninggalkan kem pasukannya di Qatar.
Penjaga gol Inter Milan itu benar benar kecewa apabila pengurus pasukan, Rigobert Song tidak menyenaraikannya lagi dalam pasukan utama untuk tugasan penting mereka./
Onana dan Song sebelum ini berbalah soal taktikal. Pengurus Cameroon itu mahukan Onana bermain dengan corak permainan lebih tradisional.
Dilaporkan perbalahan mereka memang tegang. Cuma tak sampai bertumbuk je.
Song mahukan Onana menghormati taktikal pasukan yang dimahukannya.
Antaranya, dia meminta Onana terus melakukan hantaran panjang ke pemain di atas berbanding dengan hantaran pendek ke pemain pertahanan.
Cameroon sent Onana home from the World Cup for refusing to take long goal kicks and then conceded from a set piece after the keeper booted it long, spectacular
— John Muller (@johnspacemuller) November 28, 2022
Onana pula penjaga gol dengan falsafah taktikal moden. Suka mengekalkan bola dan bertukar hantaran dengan rakan rakannya di bawah. Selain itu Onana juga gemar untuk keluar awal bagi membantu pertahanan.
Corak permainan itu tak digemari oleh Song.
Maka Song meminta penjaga gol itu menukar cara permainannya atau dia akan disisihkan.
Onana berkeras bahawa dia tak mahu menukar cara dia bermain. Dan akhirnya, dalam aksi antara Cameroon dan Korea Selatan, nama Onana disisihkan. Dia diberitahu bahawa dia bukan lagi pemain utama atau pilihan kedua.
Onana tidak mahu banyak cakap. Dia terus beredar dan meninggalkan kem Cameroon lebih awal.
FA Cameroon turut mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa Onana dikeluarkan daripada tugasan pasukan. Dan mereka menyatakan sokongan kepada Rigobert Song.
Cameroon official statement on André Onana situation. 🚨🇨🇲 #Qatar2022 pic.twitter.com/vu6d8f1oru
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 28, 2022
Ramai berpendapat bahawa Onana selepas ini tidak akan bermain untuk Cameroon lagi selagi lagi Rigobert Song menjadi pengurus.
Onana mengesahkan bahawa dia tak akan kembali lagi ke kem Cameroon walau apa yang berlaku.
André Onana has decided to leave the World Cup with permanent effect and he will not be back, confirmed. ⛔️🇨🇲 #Qatar2022 https://t.co/0LH0CYZsr3
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 28, 2022
Dalam aksi antara Korea Selatan dan Cameroon, kedua dua pasukan terikat 3-3.
Ada segelintir peminat Ghana percaya, jika Onana berada di gawang gol, mereka akan menang.
Peminat berbelah bahagi tentang konflik Onana dan Song.
Ada yang mempertahankan Song dan meminta Onana bermain mengikut kehendak jurulatih.
Ada juga yang membidas Song sebagai pengurus yang tidak bagus kerana tidak tahu cara menggunakan Onana. Sambil menyifatkan Song baru sahaja membuang pemain terbaik mereka.