Akibat kecewa dengan sikap Dustin Poirier yang menuduhnya scammer, Conor McGregor telah menyatakan bahawa trilogi pertarungannya dengan “Diamond” Dustin Poirier MATI.
Pertarungan ulangan antara kedua-dua petarung itu dijadualkan berlangsung pada 10 Julai di UFC 264 di Las Vegas, tetapi kenyataan terbaru dari petarung Ireland ini jelas menyatakan bahawa kem beliau sudah tak berminat.
Dalam tweet McGregor, dia tersinggung dengan komen-komen yang dibuat oleh Poirier mengenai kegagalan dia Ireland untuk memasukkan dana $500,000 yang dijanjikannya kepada Yayasan Good Fight, sambil menyatakan:
“Kau dah lunyai, kau orang bodoh. Mengapa kau menggoyangkan telinga? Kau f*** otak dah mati. $500k tanpa tahu rencananya. Kamu berpautlah kuat kuat. Bodoh. Kamu mesti baru dalam [mengurus] duit. Pertarungan itu dah tak ada dah sekarang. Saya akan melawan orang lain pada 10 haribulan nanti. Semoga berjaya dengan kontrak lama kamu wahai bocah.”
Dana White dan UFC masih belum memberi komen mengenai kemungkinan pembatalan pertarungan. Tetapi berdasarkan potensi wang yang boleh dijana daripada trilogi, tidak mungkin Dana White sewenang wenang membantalkannya.
Conor McGregor, bekas juara dunia kelas ringan itu ada sejarah panjang kerap mencarut sebelum pertarungan. Namun dalam aksi sebelum ini McGregor mengambil pendekatan berbeza. Dan kini nampaknya dia kembali lagi kepada McGregor yang lama.
McGregor kemudian bertanya kepada peminatnya, siapa lawan yang harus beliau hadap seterusnya selepas ini.
Looking to start the foundations of a good fight you guys, who’s in?
McGregor Vs … ?— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) April 13, 2021
Petarung kelas ringan UFC, Dustin Poirier mendedahkan bahawa Conor McGregor masih berhutang dana amal kepada yayasannya, The Good Fight Foundation – seperti yang dijanjikan McGregor.
Kes panas tersebut timbul kerana The Notorious – McGregor, tidak pernah memberikan dana amal yang dijanjikan kepada yayasan Poirier setelah pertandingan ulangan kali kedua di UFC 257, Januari 2021.
Dikutip dari Bloodyelbow, Poirier beberapa kali bertanya mengenai dana amal sebanyak $500,000 yang dijanjikan, tetapi pihak McGregor dikatakan telah berhenti memberikan respons.
Menjelang trilogi keduanya di UFC 264 pada bulan Julai akan datang, Poirier tiba tiba menghebahkan masalah ini kepada umum melalui tweet di media sosial Twitter.
“Itu ramalan yang seronok Conor McGregor. Anda juga pernah meramalkan sumbangan untuk yayasan saya, dan anda dan pasukan anda berhenti memberikan respon setelah pertarungan pada Januari. Sampai jumpa lagi, 10 Julai [mesti] dibayar sepenuhnya,” kata Poirier.
That's a fun prediction! @TheNotoriousMMA you also predicted a donation to my foundation and you and your team stopped responding after the fight in January.
See you soon.
July 10th Paid In Full!— The Diamond (@DustinPoirier) April 11, 2021
Pada kesempatan itu, The Diamond juga bertindak balas terhadap tweet netizen yang menyebut keluhan mereka mengenai ‘hutang’ McGregor sebagai acara promosi untuk trilogi terhadap The Notorious.
Namun, perkara itu dibantah oleh Poirier, dengan mengatakan bahawa pihaknya sudah mula tertanya tanya, selepas 2 bulan pertarungan itu kerana McGregor tidak menghantar sumbangan.
Selepas berdiam diri, McGregor akhirnya membalas tuduhan Poirier. Petarung Ireland mengatakan bahawa yayasan Poirier tidak memberikan pencerahan yang jelas mengenai tujuan dana sumbangan McGregor.
McGregor yang panas menyatakan: “Sumbangan, bukan hutang. Kami sedang menunggu rancangan [pembahagian] wang [sumbangan itu dari pihak Poirier] yang masih belum diterima. Saya melakukan proses sama untuk semua wang sumbangan saya. Tahu ke mana ia pergi, titik demi titik. Jika tidak, wang itu tak akan keluar sama sekali,” kata McGregor.
Dustin pula menegaskan ianya agak pelik, kerana beliau memang cuba menjelaskan kepada pihak McGregor namun mereka tidak memberikan respon.
Poirier membalas: “100% bukan hutang langsung. Kamu yang tawarkan, kami terima, dan macam saya cakap, pasukan kamu tak pernah memberikan respon kepada email kami berkenaan dengan proses – di mana dana itu akan digunakan! 10 Julai ni, siap kau rasai kekalahan lagi.”
100% never a debt. You offered, we accepted, and like I said your Team never responded to our emails regarding the process of where funds would be put to work! July 10th you will taste defeat yet Again https://t.co/k3Cu9DG1Me
— The Diamond (@DustinPoirier) April 12, 2021
Seterusnya ejen kepada McGregor kemudian membidas tindakan Poirier sebagai teruk.
Audie Attar dari Paradigm Sports Management berkata: “”Dustin! Kenapa dengan kau ni?”
“Adakah kau sudah lupa pertemuan dengan kami secara bersemuka yang baru baru ini di Utah dengan keluarga kami? Di mana kami sentiasa berdiri di belakang kamu dan cuba mendapatkan lebih banyak wang dari UFC? Conor seorang yang sangat pemurah. Jangan nak rosakkan perniagaannya. Dia selalu akan melangsaikan segala hutangnya [kalau ada]. Ini adalah tindakan teruk dari seorang lelaki.”