Kecewa Ditahan Polis Kerana Tetamu Datang Tanpa Diundang, Tetapi Tetamu Mendakwa Diundang

Seorang lelaki didapati telah melayan 18 tetamu di dalam rumahnya ketika Hari Raya kedua pada hari ini.

Kejadian itu berlaku di Taman Selayang Mutiara, Gombak, Kuala Lumpur.

Ianya merupakan satu kesalahan di bawah PKPB. Ini kerana kerajaan hanya membenarkan ziarah Aidilfitri pada Hari Raya pertama sahaja dengan tetamu kurang 20 orang untuk satu masa.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan kebenaran untuk menjalankan aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya pertama sahaja membabitkan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun abang tuan rumah tersebut memberikan alasan, dia tidak menjemput tetamu itu.

Mereka sendiri yang datang mengetuk pintu rumahnya dan dia pun terpaksa melayan sebagai tetamu.

Dia memberitahu polis bahawa kehadiran tetamu itu untuk berhari raya di rumahnya adalah tanpa pengetahuannya.

Namun kenyataan itu bercanggah dengan kenyataan tetamu. Di mana salah seorang tetamu memalumkan kepada polis bahawa mereka dijemput pemilik rumah untuk datang beraya hari ini.

Dipetik dari Harian Metro, tetamu tersebut berkata: “Saya datang ke rumah saudara ini sebab tidak sempat untuk ke sini semalam kerana bekerja,” katanya.

Seorang lagi tetamu lelaki berusia 19 tahun berkata, dia dijemput rakannya yang juga anak kepada pemilik rumah berkenaan untuk datang beraya.

“Saya tinggal di kawasan perumahan ini dan datang selepas dijemput rakan untuk beraya. Saya tahu beraya hari kedua adalah satu kesalahan, tetapi saya datang juga dan tidak menyangka polis akan datang untuk periksa rumah ini,” katanya yang ketika itu baru sahaja tiba di rumah berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan.

Polis menahan tuan rumah dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut.

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan