Kecewa Hasil Siasatan AFF, PSSI Kembali Ancam Sertai EAFF

Setiausaha Agung PSSI Yunus Nusi akhirnya memberi kenyataan balas berhubung rancangan Indonesia meninggalkan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF). Ini selepas dia kecewa dengan hasil siasatan AFF berkenaan insiden Vietnam dan Thailand U-19 yang dianggap tidak melanggar fairplay seperti didakwa PSSI.

Seperti yang diketahui, AFF akhirnya secara rasmi menyatakan perlawanan antara Vietnam dan Thailand pada pusingan awal Kumpulan A Piala AFF B-19 2022 tidak melanggar peraturan.

Perlawanan yang berkesudahan dengan jaringan 1-1 itu menimbulkan kontroversi. Sebabnya, kedua-dua pasukan itu seolah-olah sengaja tidak menyerang antara satu sama lain sejak minit ke-80 sehingga permainan tamat.

Peminat Indonesia menuduh kedua dua pasukan sedang bercumbu dan bermain sabun. Ini apabila kedua dua pasukan hanya menghantar bola kepada satu sama lain dan cuba melengahkan masa masa.

PSSI failkan aduan rasmi

Akibatnya, PSSI memfailkan bantahan keras terhadap AFF. Perlawanan ini dianggap melanggar aspek fair play kerana kedua-dua pasukan tidak bermain dengan semangat kesukanan.

Sebelum ini, PSSI pernah menghantar surat bantahan berhubung dakwaan aksi ‘main sabun’ antara Thailand vs Vietnam dalam Piala AFF B-19 2022. Aduan itu dihantar sendiri menerusi Ketua Umum / KETUM PSSI,  Mochamad Iriawan pada 12 Julai yang lalu.

Perlawanan antara Vietnam B-19 vs Thailand B-19 yang berkesudahan seri 1-1 dalam Kumpulan A memang mengundang kecaman kem Indonesia. Ini kerana keputusan seri 1-1 itu membuatkan Indonesia tersingkir di peringkat kumpulan atas peraturan head to head.

Jurulatih Indonesia, Shin Tae Yong antara yang lantang bersuara. Dia mempersoalkan nilai fairplay dan juga sistem penentuan tie breaker menggunakan head to head. PSSI mencadangkan agar sistem head to head digantikan terus dengan perbezaan jaringan.

Malah, PSSI menghantar surat kepada AFF supaya perlawanan ini dikaji semula. Impak perlawanan ini dan desakan penyokong, Ketua Umum PSSI Mocahamad Iriawan mempertimbangkan pilihan supaya Indonesia meninggalkan AFF.

Jika dengan perbezaan jaringan, Indonesia akan mara kerana memiliki perbezaan jaringan luar biasa.

Tidak cukup dengan tuduhan bahawa Vietnam dan Thailand mencabuli nilai Fairplay, PSSI malah mengugut akan meninggalkan AFF dan menyertai EAFF.

AFF: Perlawanan clean

AFF akhirnya mengeluarkan keputusan rasmi perlawanan Vietnam Vs Thailand yang diisytiharkan fairplay.

Dalam surat jawapan yang diterima PSSI, AFF telah melantik Sports Radar untuk mencari tanda-tanda penipuan.

AFF juga berunding dengan pakar analisis teknikal untuk mengkaji laporan penyelia dan daripada pegawai perlawanan.

Bukan itu sahaja, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib AFC turut terlibat dalam membuat keputusan.

Akhirnya, AFF membuat kesimpulan bahawa tiada peraturan dilanggar dalam 12 minit terakhir perlawanan Vietnam Vs Thailand. Di mana ianya sudah menjadi kebiasaan mana mana pasukan yang merasakan mereka mara akan cuba melengahkan perlawanan atau menjaga kepentingan mereka.

Steve Darby antara yang memberikan komennya. Dengan menegaskan langsung tiada kesalahan dalam perlawanan antara Thailand dan Vietnam. Di mana kedua dua pasukan mendapat keputusan yang sah.

Sebaliknya ada juga yang meminta Indonesia menyalahkan diri sendiri kerana gagal memenangi salah satu aksi menentang Thailand dan Vietnam.

Dari awal, matlamat PSSI adalah untuk mempersoalkan sama ada perlawanan Vietnam Vs Thailand adalah fair play.

“Kami berterima kasih kepada AFF kerana telah membalas surat rasmi daripada PSSI,” kata pengurus pasukan kebangsaan Indonesia, Endri Erawan, menerusi laman web rasmi PSSI.

“Selepas surat rasmi daripada AFF, kami (PSSI) menerima keputusan itu.”

“Pada asasnya surat itu hanya ingin mempersoalkan sama ada perlawanan itu adil atau tidak.”

“Kini semuanya sudah jelas dan tiada lagi masalah,” tambahnya.

PSSI kecewa

Menerima bermaksud mereka sudah menerima laporan itu di pejabat mereka. Tetapi bukan bermakna mereka bersetuju. PSSI menegaskan bahawa mnereka mengambil langkah serius dengan berkomunikasi dengan Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF).

Baru-baru ini, Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi, mengulas mengenai rancangan Indonesia meninggalkan AFF. Jelasnya, rancangan meninggalkan AFF masih dalam kajian PSSI. Jadi, buat masa ini, sehingga kini PSSI masih lagi menganggotai AFF.

Idea untuk meninggalkan AFF itu timbul, namun selepas itu kembali reda. Dan kini Yunus Nusi pula membangkitkan semula perkara itu selepas AFF mengeluarkan hasil siasatan mereka.

“Jadi selepas ini kita akan berbincang dengan ahli Exco PSSI untuk membincangkan kebaikan dan keburukan keluar AFF atau tidak. Selepas itu, kita akan putuskan nanti,” kata Yunus Nusi menerusi laman PSSI.

Yunus Nusi menambah bahawa PSSI masih memerlukan masa untuk membincangkan perkara ini. Beliau berjanji selepas keputusan dibuat ia akan diumumkan kepada umum.

“Beri kami sedikit masa. Selepas semuanya jelas, pada masanya kita akan sampaikan kepada umum,” tegasnya.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.