Kecewa Kalah, Mesin Gol Belgium Tumbuk Tempat Duduk Pemain Simpanan Sampai Musnah

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Belgium yang digelar mesin gol Belgium, Romelu Lukaku memusnahkan ruang istirahat pemain simpanan dengan satu tumbukan bak peninju WBF.

Ini selepas  aksi buruk dia dan rakan rakannya ketika menentang Croatia pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

‘Generasi emas Belgium’ bimbingan Roberto Martinez sekadar seri 0-0 denga Crotia. Mereka mempamerkan aksi yang benar benar mengecewakan menyebabkan mereka tersingkir dari Piala Dunia Qatar.

Belgium dianggap pasukan pilihan dan diramal akan mudah melepasi peringkat kumpulan. Malangnya mereka tersingkir, sebaliknya Croatia dan Maghribi yang mara dari Kumpulan F.

Lukaku telah memainkan peranan agak terhad dalam kempen Piala Dunia 2022 di Qatar. Dia turut dimasukkan sebagai pemain gantian sekali lagi ketika berdepan Croatia.

Penyerang Inter Milan itu, yang mempunyai rekod gol hebat di peringkat antarabangsa, mengalami kecederaan semasa bersama Inter Milan yang menyebabkan dia kerap diletakkan di bangku simpanan ketika menentang Kanada dan penampilan lewat perlawanan dalam kekalahan kepada Maghribi.

Lukaku sekali lagi turun sebagai pemain gantian ketika menentang Croatia ketika Belgium memerlukan kemenangan untuk memastikan harapan mereka ke peringkat kalah mati hidup.

Pada separuh masa kedua Belgium memperbaiki aspek permainan mereka. Namun masih gagal menemui jaringan.

Lukaku sendiri terlepas peluang keemasan pada saat akhir perlawanan dari jarak dekat.

Belgium akhirnya tersingkir. Dan selepas wisel penamat, Lukaku terpaksa ditenangkan oleh penyerang lagenda Perancis Thierry Henry.

Lukak dia melepaskan kekecewaannya dengan melepaslam tumbukan yang kuat ke arah pondok rehat bangku simpanan. Berderai dinding pondok tersebut dikerjakan Big Rom.

Ramai peminat berharap tenaga yang ada pada Lukaku itu sepatutnya digunakan untuk membelasah lawan di atas padang bukannya objek tak bersalah. Itu juga satu vandalisme.

Belgium berdepan pelbagai masalah ketika di Qatar. Kevin De Bruyne sebelum ini mengakui dia kehairanan kenapa dia dipilih sebagai Man Of The Match sedangkan dia beraksi hambar.

Seterusnya De Bruyne menganggap generasi emas Belgium dan tua. Kerana tahun 2018 adalah tahun terbaik mereka, namun sekadar menamatkan saingan di tangga ketiga.

Walaupun ianya pencapaian tertinggi dalam sejarah Belgium di Piala Dunia, namun mengambil kira status mereka yang kerap menjadi no.1 dunia dalam ranking FIFA, ianya masih dianggap tidak memuaskan.

Generasi emas Belgium gagal untuk memenagi Euro 2016, Piala Dunia 2018, Euro 2020 dan kini Piala Dunia 2022.

Sementara kapten Eden Hazard membuat komen yang kurang menyenangkan pertahanan Belgium sendiri iaitu Jan Vertonghen.

Hazard melabel, pertahanan mereka agak lembab dan slow kerana dan berusia. Membuatkan Vertonghen menyindir balik, barisan serangan mereka ketandusan gol kerana dah tua ke?

Baca yang lain