Kecewa Keane Panggil Walker Bongok Depan Jutaan Manusia, City Buat Aduan Rasmi Kepada Sky Sports

Manchester City dilaporkan telah menghantar aduan rasmi kepada Sky Sports berkaitan dengan pundit bola sepak merkea Roy Keane yang memanggil Kyle Walker sebagai bongok / “idiot”.

Keane yang terkenal dengan ulasan panasnya telah membuatkan pengurusan Man City kali ini tidak dapat menerima komennya yang dianggap tidak profesional.

Lebih teruk, komen Keane itu adalah ketika siaran langsung yang disaksikan berjuta juta peminat seluruh dunia – memandangkan aksi Liverpool dan Man City adalah aksi tumpuan.

Keane meluahkan kekecewaannya dengan aksi pemain pertahanan England itu setelah dia menjatuhkan Sadio Mane untuk memberikan sepakan penalti pada babak pertama seri 1-1 City dengan Liverpool pada 8 November.

Keane melancarkan serangan pedas pada Walker semasa analisis Sky pada separuh masa, ketika menjawab pertanyaan tentang bagaimana Mane boleh memenangi tendangan penalti itu.

Keane dengan wajah kecewa mengatakan: “Kerana dia [Mane] melawan orang yang bodoh. Dia [Walker] adalah kereta yang  kemalangan, dia terus melakukan kesalahan seperti ini dan dihukum kerana kesalahan itu,” kata Keane merujuk kepada kecenderungan Walker membuat kesilapan seperti itu.

 

Bagi Keane, Sadio Mane mendapat manfaat daripada kebodohan Kyle Walker. Komen itu yang membuatkan Man City mahu tindakan diambil oleh Sky Sports ke atas Roy Keane.

Ini kerana mereka merasakan Keane sudah melampaui batas dengan memanggil pemain mereka bodoh.

Pengurus England Gareth Southgate juga kelihatan kurang selesa dengan komen Keane dan memuji aksi pemain tersebut ketika aksi berdepan Liverpool.

“Saya rasa dia bermain dengan sangat baik,” kata Southgate mengenai kritikan ke atas Walker.

“Pemerhatian dan analisisnya baik, saya rasa kritikan peribadi kurang baik. Saya rasa kita harus berhati-hati dengan perkara itu.”

“Saya sangat gembira dengan apa yang dilakukan Walker. Dia bermain setiap perlawanan untuk kelabnya kerana pengurus mempercayainya dan merasakan dia memerlukannya.”

“Oleh itu, jika dia melakukan itu untuk Pep, itu adalah petunjuk kepada kualitinya di atas padang.”

Sky Sports setakat ini masih enggan mengulas mengenai aduan City. Namun dalam beberapa aduan ke atas pundit mereka sebelum ini. Sky selalu berkata bahawa setiap pundit mereka berhak menyatakan pandangan masing masing.

Tetapi, dalam kes sebelum ini, Sky Sports terpaksa meminta maaf kepada penyerang sayap Crystal Palace, Wilfried Zaha. Ini setelah pundit mereka, Patrice Evra memberi komen mengenai spekulasi mengenai percintaannya dengan anak perempuan David Moyes ketika dia berada di Manchester United – membuatkan pemain itu hilang tempat di Old Trafford.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan