Kecewa Sikap Kerajaan, Gangster City Of God Mahu Kuatkuasa Kuarantin Sendiri

Di Brazil ketika ini, tidak ada tindakan pencegahan awal untuk covid-19.  Malah lebih mengecewakan ramai pihak apabila Presiden Brazil, Jair Bolsonaro menganggap ancaman wabak ini sebagai fantasi dan flu yang biasa-biasa je.

Sedangkan di seluruh dunia, wabak itu sudah mengorbanka beribu ribu nyawa.

Lalu satu kumpulan gangster paling bahaya di Rio De Janeiro mengambil keputusan untuk menguatkuasakan kuarantin dengan cara mereka.

Gangster di City Of God. Ya nama yang sama dengan tempat filem gangster City Of God yang ditayangkan pada 2002, marah dengan sikap pandang remah oleh kerajaan.

City Of God mengesahkan kes pertama koronavirus di kawasan itu.

Menurut laporan Extra, kumpulan in telah bertindak untuk mengarahkan penduduk di sekitar Rio Di Janeiro untuk berkurung di rumah kerana mereka tahu nyawa adalah penting.

Mereka yang degil tak nak duduk di rumah mungkin akan dibelasah dan dibantai.

Kongsi gelap ambil tugas kerajaan

Gangster City Of God berkata kepada akhbar Extra: “Kami terpaksa campur tangan urusan ini kerana tak seorang pun yang ambil serius.”

“Sesiapa sahaja yang kami nampak merayau rayau di lorong, kami akan berikan mereka sedikit nasihat dan anggap ia sebagai pengajaran.”

“Lebih baik korang stay je kat rumah tu. Dan tidak berbuat apa apa. Mesej ini sudah disampaikan kepada semua.”

Selain itu, beberapa kumpulan gangster lain di Rio, Muzema dan Tijuquinha menyokong usaha ini dan menguatkuasakan kuarantin di tangan mereka sendiri.

Mereka sudah menyampaikan mesej kepada portal berita G1, mendesak kerajaan segera memerintahkan lockdown. Dan mereka berkata: “Jika kerajaan tidak melakukan apa apa perkara yang betul pada masa ini, maka kumpulan penjenayah akan melakukannya.”

Akibat daripada desakan gangster gangster ini, dua kota terbesar di Brazil iaitu Rio de Janeiro dan Sao Paulo mengenakan lockdown separuh, alam macam perintah pergerakan kita di Malaysia.

Datuk Bandar Sao Paulo, João Doria, mengisytihar kuarantin 15 hari.

Sementara Datuk Bandar Rio, Marcello Crivella, mengumumkan penutupan sekolah dan kedai kedai selain daripada kedai keperluan harian.

Namun kumpulan gangster ini masih berpendapat, 2 bandar ini sahaja tak cukup. Ianya memerlukan satu negara untuk mengenakan penguncian dan dasar social distancing.

Gangster ini mulai marah apabila Presiden Bolsonaro menegaskan bahawa Brazil tak akan dilanda oleh COVID-19. Dan tak perlu panik.

Malah beliau mengarahkan rakyatnya kembali bekerja seperti biasa.

Menurut The Guardian, Bolsonaro berkata: “Dalam beberapa kes, saya sebagai bekas atlet kerapkali dijangkiti virus. Saya tak perlu terlalu risau, kerana kebanyakkan jangkita virus ini adalah flu biasa.”

Bolsonaro juga memberikan jaminan bahawa kes di Itali itu tak akan berlaku di Brazil. Kerana menurut beliau, virus seperti ini tak akan merebak cepat di tempat yang memiliki purata umur penduduk yang lebih muda dan juga di iklim yang lebih panas.

Kenyataan ini disangkal oleh World Health Organization (WHO), yang menyatakan COVID-19 setakat ini menunjukkan ia boleh merebak di kesemua tempat, tak kira ianya kawasan sejuk ataupun panas.

Dia tak tahu ke Malaysia pun panas, boleh kena juga.

Rujukan: Reuters