Kecewa Tak Dapat Emas Selepas Terlebih Yakin, Petinju GB Enggan Kalung Pingat Perak

Petinju Team Great Britain (GB) Ben Whittaker membuat kontroversi apabila menolak untuk mengalungkan pingat perak di lehernya.

Ini selepas dia kecewa tewas di tangan peninju Cuba, Arlen Lopez dalam kelas berat-ringan / light-heavyweight semalam.

Pertarungan ini sangat sengit. Di mana peminat tidak pasti siapakah yang bakal dinobatkan pemenang. Peninju juga dengan penuh debaran menunggu keputusan juri.

Ben Whittaker sebenarnya sangat yakin bahawa dia adalah pemenang emas itu. Dan sempat melakukan aksi fancy pada pusingan ketiga.

Namun malangnya, pengadil mendapat perkiraan daripada juri yang berbeza keputusan / split decision dalam menentukan siapakah pemenang sebnar.

Dan pengadil mengangkat tangan Arlen Lopez sebagai pemenang pingat emas. Whittaker sangat kecewa dan mulai sugul.

Jurulatihnya meminta dia menikmati saat ketika acara penyampaian pingat dengan kedengaran berkata: “Come on Ben! Nikmati saat ini, bukannya selalu kamu berada seperti ini.”

Namun Ben Whittaker tetap tidak menunjukkan sebarang reaksi gembira. Sebaliknya, dia berkata kepada wartawan BBC, dia malu untuk meraikan pingat perak yang meruju kepada pencundang / loser.

“Kamu tak dikira memenangi perak, tetapi kamu kehilangan pingat emas.”

“Dia peninju yang bagus. Namun dalam sukan ini, kamu bertanding untuk memenangi emas dan bukannya perak. Ini sangat mengecewakan, tetapi ini akan melekat dalam diri saya sekarang.”

“Saya tak mahu merasai detik ini lagi selepas ini.”

“Saya tak nak kelihatan seperti seorang bayi menangis ataupun budak yang teruk, tetapi saya sangat sedih kerana tak menang emas. Bagi saya, saya terasa lebih kepada kehilangan pingat emas. Jadi saya tak boleh meraikan sekadar pingat perak sahaja.”

Kenyataan Ben itu ternyata menimbulkan perdebatan di kalangan netizen. Ada yang menganggap ianya mentaliti juara sebenar.

Namun ada yang menganggap mentaliti juara sebenar bukan seperti itu, tetapi mereka akan menerima kekalahan dengan terbuka.

Di ruangan komen netizen menganggap Ben sebagai seorang yang tak boleh menerima kekalahan dan kurangnya semangat kesukanan.

Judy Cooper menganggap sukan tinju mungkin sudah membuatkan otak Ben jadi rosak. Kerana ramai atlet lain akan gembira mendapat pingat perak di pentas olimpik.

Seorang lagi peminat berkata: “Saya sudah menyaksikan beberapa sukan Olimpik dalam 25 tahun terakhir ini. Banyak skali acara penyampaian pingat yang sudah saya saksikan. Namun tak pernah tengok perkara seperti ini.”

“Tindakan dia sangat tak adil kepada petinju lain dan Olimpik. Dia harus belajar menerima kekalahannya dan bangkit lebih kuat di masa akan datang.”

Ramai lagi yang berkongsi pandangan mereka di atas talian tentang tindakan Ben itu. Ada juga yang terkejut, kerana mereka selama ini mengikuti perkembangan Ben Whittaker dan tak sangka dia akan melakukan tindakan seperti itu.

Tokoh terkenal, Piers Morgan pula memuji sikap Ben Whittaker itu. Morgan menulis kembali apa yang dikatakan oleh Ben dan mengulas:

“Saya sukakannya, akhirnya, ada atlet di Olimpik ini yang bersedia memberitahu kebenaran sebenar tentang bertanding dalam sukan peringkat Elite.”

Ben menitiskan air mata kekecewaannya ketika majlis penyampaian pingat. Ketika bergambar dia cuma menunjukkan pingat perak di tangannya, itu pun atas permintaan jurugambar.