Ernest Nuamah telah menghilangkan diri setelah kecewa disuruh menyertai Fulham. Nuamah jelas tidak sanggup meninggalkan Lyon untuk Fulham.
Menurut laporan, pemain tersebut menangis ketika Lyon memaklumkannya agar terbang ke London untuk medikal di Fulham. Kedua dua kelab sudah mencapai kesepakatan harga untuk Nuamah.
Setibanya di Fulham, dia menghilangkan dirinya membuatkan perjanjian itu akhirnya gagal. L’Équipe kini telah memperincikan bagaimana perjanjian itu gagal pada peringkat akhir.
Ernest Nuamah was 'in TEARS' on the day of his Fulham medical – with the Lyon star 'going MISSING on deadline day' before move collapsed and owner John Textor 'apologised for the events' https://t.co/Ptk5bkH6JV
— Mail Sport (@MailSport) September 4, 2024
L’Equipe kemudian melaporkan bahawa, Nuamah sebenarnya mahu menyertai Everton yang dimiliki John Trextor, pemilik Lyon. Tetapi pada saat akhir, Fulham mengemukakan tawaran lebih baik dan Lyon memutuskan untuk menjualnya ke Fulham.
Fabrizio Romano sudah menulis: Nuamah ke Fulham sebagai Here We Go. Ayat keramat yang merujuk kepada perpindahan tersebut jadi.
🚨⚪️⚫️ EXCL: Fulham agree deal to sign Ernest Nuamah on permanent move from Olympique Lyon, here we go!
Verbal agreement done, working on the paperwork to be completed in time. pic.twitter.com/SWqXAWqfBb
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 30, 2024
Fabrizio Romano segera membuat laporan terbaru menegaskan bahawa sebenarnya perjanjian antara Everton dan Lyon hampir dimeterai tetapi ‘isu terbaru’ muncul dengan Fulham mahu mendapatkan pemain itu.
Semasa menjalani ujian perubatannya sebelum berpindah ke Fulham, bernilai €19 juta, Nuamah kemudiannya tiba-tiba hilang di peringkat akhir rundinga.
Dia malah tidak dapat dikesan oleh ejennya yang turut mencari di mana pemain asal Ghana itu. Selepas perjanjian itu gagal, Textor kemudiannya memohon maaf atas situasi di mana Nuamah rasa terpaksa keluar dari kelab.
Trextor akui tindakannya membuatkan pemain itu kecewa kerana dia sudah bersungguh sungguh mahu menyertai Everton yang dianggap kelab lebih besar.
Tetapi Lyon menukar keputusan di saat akhir kerana mahukan wang perpindahan yang besar ditawarkan oleh Fulham. Ianya demi kepentingan kelab tersebut.
Trextor akui dia yang memaksa pemain itu menerima perpindahan ke Fulham. Walaupun pemain itu sejak awal lagi tidak berminat mahu menyertai kelab tersebut.
🗞️Everton Deadline Day target, Ernest Nuamah cried during his Fulham medical on Deadline Day as he did not want to leave Lyon. He then disappeared without telling anyone during his medical
John Textor was pressuring Nuamah to move. Textor has now apologised
(Via – @lequipe ) pic.twitter.com/Rwys9QHXUG
— 𝗧𝗵𝗲 𝗧𝗼𝗳𝗳𝗲𝗲 𝗕𝗹𝘂𝗲𝘀 (@EvertonNewsFeed) September 3, 2024
Nuamah dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan berbakat besar. Oleh sebab itu Fulham sanggup membayar nilai sebesar €19 juta untuk mendapatkan pemain tersebut.
Fulham melihat potensi yang besar pada pemain itu yang dianggap bakal menjadi pemain jauh lebih mahal dalam beberapa tahun akan datang.