Kecewa Terus Disisihkan Argentina, Garnacho Sedia Tukar Kewarganegaraan

Alejandro Garnacho kini dikatakan sedang kata dua mengenai pasukan kebangsaan yang akan diwakilinya.

Penyerang itu dipercayai ‘kecewa’ selepas diketepikan daripada skuad Piala Dunia Argentina. Di mana dia terlepas panggilan pada saringan akhir.

Sedangkan ketika itu Garnacho beraksi cemerlang dan merasakan dia berhak untuk berada dalam skuad Argentina.

Paling mengecewakan Garnacho, dia turut terlepas peluang menjadi juara dunia bersama Argentina.

Dia dikatakan sedang mempertimbangkan untuk tidak mewakili Argentina.

Garnacho sedia untuk menukar kewarganegaraan dan mewakili Sepanyol.

Garnacho membuat penampilan sulungnya pada penghujung musim lalu, ketika United seri 1-1 dengan Chelsea di Old Trafford.

Pemain berusia 18 tahun itu tidak menoleh ke belakang sejak itu, berjaya mengagumkan pengurusnya, Ten Hag musim ini dan menjadi pemain utama untuk Red Devils dengan gaya permainan direct, serta kepantasan dan semangatnya.

The Mirror mendakwa bahawa Garnacho sedang mempertimbangkan pusingan U apabila melibatkan pasukan mahu diwakilinya di peringkat antarabangsa.

Pemain nombor 49 Manchester United, yang menjaringkan gol pembunuh dalam kemenangan 2-0 ke atas Leeds di Elland Road hujung minggu lalu, sebelum ini mewakili pasukan B-18 Sepanyol sebanyak tiga kali.

Dia merupakan pemain yang pernah beraksi dengan pasukan akademi Atletico.

Dia bagaimanapun, memilih untuk bertukar dan bermain dengan pasukan B-20 Argentina musim lalu, yang dia layak melalui ibunya yang merupakan warga Argentina walaupun dilahirkan di Sepanyol.

Pemain sayap itu masih belum membuat penampilan senior untuk Argentina, bermakna dia masih boleh menukar kesetiaan jika dia mahu.

Selain itu peraturan baharu FIFA membenarkan pemain yang tampil 3 kali dan kurang daripada itu untuk menukar negara yang mereka wakili.

Malah dalam Piala Dunia 2022 yang lalu, Garnacho hampir sahaja mewakili Sepanyol. Di mana dia bersedia untuk menggantikan salah seorang pemain yang cedera, walaupun akhirnya Thiago Almada dipilih untuk pergi ke Qatar.

Sejak daripada itu, dia dilaporkan telah rapat dan banyak berhubung dengan pegawai Sepanyol.

Sepanyol menyataka kekaguman mereka dengan prestasinya musim ini, dan bintang muda itu sekali lagi menyinar dalam aksi dalam seri 2-2 yang mendebarkan menentang Barcelona di Camp Nou pada Khamis.

Sepanyol bersedia untuk memberikan kap senior Garnacho pada peluang pertama, sesuatu yang gagal dilakukan oleh Argentina.

Garnacho mungkin juga boleh bermain untuk Sepanyol dalam kelayakan Euro 2024 akan datang menentang pasukan seperti Scotland dan Norway.

Pasukan baharu Sepanyol ini sedang membina masa depan selepas gagal mara ke suku akhir Piala Dunia 2022, disingkirkan oleh Maghribi menerusi penentuan penalti selepas seri 0-0.

Baca yang lain