Carlo Ancelotti akhirnya menggunakan kuasa veto sebagai pengurus melantik Kylian Mbappe sebagai pengambil utama untuk sepakan penalti pasukan mereka.
Ini selepas Vini Jr gagal menyempurnakan penaltinya dalam aksi La Liga baru baru ini menentang Valencia.
Vini dilihat tidak mahu menyerahkan penalti itu kepada Mbappe yang beradaa dalam prestasi terbaiknya pada ketika ini. Dan pada masa yang sama, Mbappe sedang bersaing untuk kasut emas La Liga.
Malah segelintir peminat Real Madrid sendiri kecewa tindakan Vinicius yang dianggap tamak tidak mahu memberikan tugasan itu kepada pemain lebih pakar iaitu Mbappe.
Vini juga dianggap mementingkan diri sendiri kerana tidak mahu membantu Mbappe dalam usaha mengejar Robert Lewandowski dalam carta penjaring gol.
🇬🇪🧤 Valencia goalkeeper Giorgi Mamardashvili saved Vini Jr's penalty! (@LaLiga) pic.twitter.com/0ZJNGB4Xjs
— EuroFoot (@eurofootcom) April 5, 2025
Pada permulaan musim, pengambil sepakan penalti utama untuk Real Madrid sentiasa berubah ubah. Dengan Carlo Ancelotti memberikan kebebasan kepada bintangnya untuk menentukan siapa yang harus mengambil sepakan penalti.
Namun selepas Vini gagal dalam tugasannya baru baru ini, situasi itu berubah. Kerana Ancelotti sudah memutuskan bahawa sepakan penalti akan diambil oleh Mbappe sebagai pelaksana utama mereka.
Vinicius merupakan pengambil sepakan penalti utama untuk Real Madrid sejak musim lalu. Namun kini pemain itu bergelut dengan statistik sepakan penaltinya. Dia gagal dalam 2 penalti terakhirnya.
Dan satu lagi adalah dengan Brazil pada November lalu menentang Venezuela dalam Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan. Membuatkan Brazil terlepas 3 mata.
Di peringkat kelab, kesilapan pertama berlaku ketika menentang Atlético de Madrid di dalam aksi Liga Juara-Juara semasa perlawanan timbal balik di Metropolitano.
Mujur Real Madrid menang menerusi penentuan penalti dalam aksi tersebut. Sementara kegagalan yang kedua, pada minggu lalu menentang Valencia, Vini terus mengambil bola untuk mengambil sepakan penalti.
Mbappe tidak pernah mempersoalkan tindakan pemain itu yang tidak mahu menyerahkan penalti kepadanya. Sebaliknya, Mbappe satu satunya pemain yang menenangkan Vinicius selepas pemain itu gagal dalam tugasannya.
Kylian was the only one to comfort Vini after his penalty miss. 🤍🫂
I love how he’s always there for his teammates, he’s been there before and knows the mental turmoil. My leader.
— 𝓛 (@kyliancore) April 6, 2025
Ancelotti mahu sepakan penalti mereka lebih baik. Di mana Bellingham turut gagal dalam penalti menentang Valencia dalam perlawanan pusingan pertama.
Sertakat ini, Real Madrid telah terlepas lima daripada 16 penalti yang mereka lakukan musim ini. Jumlah kesilapan tertinggi mereka sejak musim 2013/14.
Setiap butiran kecil seperti ini penting dalam bola sepak moden. Dan Ancelotti mahukan ianya diselesaikan segera dengan mengamanahkan tugasan itu kepada Kylian Mbappe.
Why doesn't Ancelotti make Mbappé the main penalty taker? He scored 3 penalties in the world cup final on the highest stage with the highest pressure. https://t.co/30QFY219Bm
— The Screenshot Lad (@thescreenlad) April 6, 2025