Syarikat milik anak perempuan Bruce Lee telah memfailkan saman ke atas kedai makanan segera popular di China kerana isu hak cipta imej.
Ini bukan benda baru di China. Lambakan benda tiruan dan penggunaan harta intelek orang lain tanpa kebenaran.
Bruce Lee Enterprises, milik Shannon Lee mahu menyaman Real Kungfu kerana logo menggunakan gambar / imej ayahnya tanpa kebenaran mereka. Firma tersebut mahu Real Kungfn segera menanggalkan imej Bruce Lee daripada kedai mereka.
Real Kungfu juga dikehendaki membayar pampasan sekitar $30 ataupun RM123 juta. Imej Bruce Lee yang ikonik dengan baju kungfu telah menjadi perhatian ramai.
Syarikat mereka kemudian mempertahankan tindakan mereka menggunakan gambar Bruce Lee. Menurut mereka, kedai mereka sudah 15 tahun menggunakan imej tersebut yang menjadi ikonik kepada mereka.
Real Kungfu dalam kenyataan mereka berkata: “Logo Real Kungfu ini kami sudah dapatkan hak cap dagang daripada pihak berkuasa. Dan kami sudah menggunakannya selama 15 tahun lamanya,” tegas mereka menerusi Weibo.
“Kami tak faham, selepas bertahun tahun lamanya, kenapa sekarang baru mereka nak menyaman kami? Dan ketika ini kami sedang belajar tentang kes ini serta menyediakan respon kami kepada masalah ini.”
Chinese fast-food chain Real Kungfu, or Zhen Gong Fu in Chinese, said on Thursday that it will fight the accusations that it has used the image of late martial arts film star Bruce Lee as its logo without permission. https://t.co/sal25DbzPr pic.twitter.com/kEUb3zxZBe
— China.org.cn (@chinaorgcn) December 28, 2019
Real Kungfu ataupun Zhen Gongfu dalam Mandarin, merupakan kedai makanan segera dari China. Mereka sudah memiliki banyak cawangan di seluruh Cihna.
Zhen Gongfu ditubuhkan sejak 1990 lagi. Dan kini sudah memiliki sekitar 600 cawangan.
Mereka juga menyatakan kedai makan mereka menggunakan imej itu atas tujuan yang baik dan berkongsi semangat Bruce Lee.
Macam ni punya alasan pun boleh, untuk menggunakan gambar orang sesuka hati.
Bruce Lee Enterprises merupakan syarikat yang mengendalikan isu cenderamata, dan lesen untuk penggunakan hak cipta imej legenda tersebut.
Kes ini dijangka akan dipandang berat oleh Kerajaan China. Ini kerana dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan China sudah berikrar untuk lebih pro aktif dalam melindungi hak cipta dan harta intelek.