Liverpool telah mencuba segalanya dalam aksi berhadapan dengan Atletico Madrid.
Menjaringkan dua gol pendahuluan berhadapan dengan salah sebuah pasukan yang memiliki keupayaan bertahan yang luar biasa dan penjaga gol yang dalam form kelas dunia.
Namun sekali lagi Klopp dihampakan oleh goalkeeper error. Kisah yang sama berlaku ketika Liverpool gagal dalam final dua tahun lalu.
Segala perancangan sudah dirancang sebaiknya. Pada pemain sudah melakukan yang terbaik. Namun keeper error sangat besar impaknya dalam perlawanan seperti ini.
Klopp berjaya membentuk pasukan Liverpool yang hunger daripada minit pertama lagi sehinggalah ke minit 120.
Namun inilah bola sepak. Ianya bukan sukan individu. Ianya bukan sukan yang hanya bergantung kepada Klopp seorang.
Ianya bergantung kepada 11 pemain dan pengurus. Adrian sebahagian daripada pasukan. Dan beliau hadir sebagai deputy kepada Alisson yang cedera.
Kita membayar harga yang tinggi untuk fitness pemain utama musim ini. Kerana banyak sangat perlawanan dan pemain kurang rehat.
Musim lalu ramai cakap kalau diberikan pilihan penyokong akan memilih Liga Perdana Inggeris berbanding dengan kejuaraan Liga Juara Juara Eropah.
Jurgen Klopp pula menyatakan kenapa nak pilih sebab kita boleh bermain di kedua duanya. Bayangkan jika juga untuk musim lalu meletakkan prioriti kepada Liga Perdana Inggeris melebihi UCL.
Pastinya Liverpool akan tangan kosong musim lalu.
Begitu juga dengan musim ini. Klopp letakkan Liga juara-juara Eropah dengan Liga Perdana Inggeris sebagai keutamaan yang sama.
Bola sepak memang macam ni. Kau main bagus secara menyerang tetapi kau goyah bila bertahan maka kau akan kalah.
Kekadang kau main buruk tetapi tak bocor dan dapat satu dua peluang kau skor, dan kau menang. Itu selalu berlaku kepada Liverpool musim ini.
Atletico Madrid benar benar tajam dalam menghukum kesilapan Liverpool. Lupakan gol Morata tu dulu sebab masa tu fokus pemain dah hancur kerana dua gol pertama.
Gol pertama dan kedua mereka adalah momen di mana Atletico memberitahu Liverpool, ‘hei kau keluar sekarang dari ini pertandingan’.
Setiap kekalahan itu pasti akan pahit untuk ditelan. Namun ianya bukan pengakhiran dunia. Dah 3 musim Liverpool layak ke final Eropah termasuk Liga Europa dan UCL.
Dan bola sepak memang macam ni. Ianya adalah kempen semusim yang memerlukan satu pasukan sentiasa world class Dalam setiap perlawanan kalau nak menang.
Kalau setakat taktikal world class, tak jalan juga kalau ada individual error yang membuatkan pasukan kena hukum.
Tetapi itu bukan alasan untuk terlalu kecewa kepada Adrian sahaja. Kita move on. Dia memang bukan no.1 di dalam pasukan.
Dan dia datang ke Anfield sebagai pemain yang tidak ada kontrak. Ketika itu Liverpool desperate nakkan second keeper selepas melepaskan Simon Mignolet yang mahu ke Belgium.
Kita move on. Masih ada satu misi yang belum terlaksana di hadapan kita. Kau kena ingat di bawah Klopp ni kau boleh sembang pasal segala sasaran power.
Ucap selamat tinggal kepada UCL dengan rasa hormat. Dan kita move on.
Hanya enam mata memisahkan. 9 perlawanan lagi tinggal. Masih ada 27 mata untuk diambil. Cuma perlukan enam sahaja daripadanya. Seri 6 games pun tak apa.
Selamat hari duka kepada penyokong Liverpool. Kita cuba lagi next year.