Penjaga gol muda Boca Juniors yang menjadi sasaran Inter Milan, Leandro Brey sejak musim lalu, telah melakukan 4 penyelamatan penalti luar biasa.
Brey yang bermain dalam aksi suku akhir Copa Argentina menentang Gimnasia menjadi wira pasukannya dalam penentuan penalti.
Perlawanan terikat 1-1 selepas 90 minit aksi. Dan peminat kemudian disajikan dengan aksi memukau penjaga gol berusia 22 tahun itu yang turut disaksikan penjaga gol veteran, Sergio Romero.
Pengurus Boca, Fernando Gago membuat kejutan dalam kesebelasan utamanya. Leandro Brey memulakan perlawanan berbanding dengan Romero. Seterusnya seorang lagi bintang mereka Christian Medina disisihkan kerana dia sedang meminta untuk dijual. Kevin Zenón turut direhatkan kerana krisis prestasi.
Brey membalas kepercayaan Gago dengan prestasi memukau di hadapan gawang ketika penentuan penalti. Dan ia dianggap salah satu masterclass terbaik dalam sejarah bola sepak.
Saksikan:
🔝HISTÓRICO, MAGNÍFICO, SENSACIONAL.
🔥LEANDRO LEONEL BREY. CUATRO PENALES ATAJADOS POR PRIMERA VEZ PARA UN ARQUERO EN LA HISTORIA DE #BOCA. pic.twitter.com/WoaYS7CI7C
— Boca Juniors – La12Tuittera (@la12tuittera) October 24, 2024
At the Copa Argentina QF; Boca Juniors goalkeeper Leandro Brey saved four penalty kicks in the shoot-out to give his side the win against Gimnasia.
byu/Mulderre91 insoccer
Pada Jun lalu, laporan di Itali menyebut bahawa Inter Milan sudah lama mengikuti perkembangan penjaga gol muda itu. Tidak banyak kelab besar eropah yang memnatau pemain tersebut.
Leandro Brey sebelum ini melanjutkan kontrak 5 tahun lagi di Boca Juniors pada 2022. Dianggap bintang masa depan yang dikatakan calon pengganti Emi Martinez.