Bukan lagi rahsia, memang perpindahan Erling Haaland ke Manchester United memang gagal.
Beberapa koresponden, mostly yang korespoden Man United telah menegaskan. Isu perpindahan Erling Braut Haaland ke Manchester United ini gagal kerana demand dariapda ejen.
Boleh dikatakan, titian hubungan yang dibina oleh Mino Raiola dengan Man United sebelum ini agak retak.
Sebelum ini Manchester United adalah lubuk mencari duit oleh Mino Raiola. Korang bayangkan dia mendapat 20-23% daripada perpindahan Paul Pogba ke Man United.
Ianya angka paling besar diterima seorang ejen dalam perpindahan seorang pemain.
Beliau juga mensupply pemain seperti Ibrahimovic dan Lukaku ketika ini. Lukaku kemudian melantik ejen baharu kerana tidak tahan dengan sikap Raiola yang sukan melakukan deal sendiri tanpa pengetahuan pemain.
Lukaku pernah menyatakan beliau mahu ke Chelsea menyertai Conte. Namun perbincangan itu gagal kerana Marina Granovskaia tidak setuju dengan banyak syarat diletakkan Raiola.
Kesannya, Lukaku tidak dapat bercakap sendiri dengan Antonio Conte ketika itu. Dan Raiola memberitahu Lukaku Chelsea tidak serius mahukan beliau.
Lalu Lukaku memilih opsyen terbaik ketika itu iaitu ke Man United. Sedangkan Raiola memang lebih suka menghantar Lukaku ke United kerana mereka sedia membayar angka lebih besar.
Terbaru, Erling Braut Haaland merupakan pemain yang sangat diinginkan Ole Gunnar Solskjaer. Namun pemain itu gagal untuk ke Man United.
Ianya kerana Man United enggan memasukkan klausa pelepasan yang diminta oleh Raiola di dalam kontrak pemain itu.
Berdasarkan kenyataan daripada mamat bawah ni, dia memberikan kita bayangan klausa pelepasan itu tak tinggi sangat. Dan ia membolehkan ejen mengawal perpindahan tersebut.
Kalau masukkan beratus juga rasanya tiada masalah kot.
#mufc felt the terms of the buyout proposed for Haaland meant the agent effectively controlled the sell-on, rather than the club. United weren’t prepared to put themselves in that position.
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) December 29, 2019
Ini bukan pertama kali Man United menolak pemain Raiola kerana klausa pelepasan. Sebelum ini dilaporkan Matthijs De Light juga meminta klausa pelepasan untuk dimasukkan ke dalam kontrak.
Ini membuatkan Man United menarik diri. Ianya dah seperti, baru masuk dah fikir bila nak keluar.
Juventus sedia menerima klausa pelepasan itu namun tiada jaminan untuk jadi pemain kesebelasan utama. Mereka tawarkan €30 juta untuk Erling Haaland, jauh lebih tinggi daripada apa yang Dortmund bayar sekitar €20 juta.
Apa yang pasti Erling Haaland mahukan jaminan minit perlawanan.
Berbalik kepada Man United tadi, Mino Raiola dikatakan tidak mahu meminta komisyen secara peratusan kali ini. Dia mahukan angka tetap €15 juta daripada Man United untuk Erling Haaland sebagai bayaran khidmat ejen.
Ianya sangat tinggi sedangkan harga Haaland cuma €20 juta dapat ke Salzburg. Dia dapat €15 juta wei. Kira €35 juta harga termasuk ejen.
Namun tak pasti dia makan berapa daripada Borussia Dortmund.
Akibat sudah 2 kali perbincangan Raiola dengan Man United gagal kerana klausa pelepasan ini, maka aku boleh rasakan Raiola kini dah tak sebulu dengan Old Trafford.
Dan impak dia mungkin kepada Pogba? Pemain yang terus dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan beberapa kelab lain.
Korang kena ingat, Raiola ni dia punya racun dan pengaruh dekat pemain sangat tinggi.
Raiola sendiri sudah beberapa kali menyatakan Pogba ni hanya memakai jersi MUFC tetapi hatinya sudah di tempat lain.
Cuma beberapa minggu lalu dia cakap bahawa Pogba memang nak kekal di Man United. Pogba nak menang banyak piala dan mahu melakukannya bersama Manchester United.
Raiola bukan sahaja pernah bermasalah dengan beberapa pasukan. Tetapi turut bermasalah dengan FIFA dan FFP.
Raiola pernah digantung oleh FIFA kerana salah laku manipulasi dalam perpindahan pemain.
Dan hukuman itu dikurangkan. Itu yang dia kembali aktif.
Dahulu Sir Alex pernah berkata:
🏴 Sir Alex Ferguson:
🗣 “There are one or two football agents I simply do not like, and Mino Raiola is one of them. He is a sh*tbag.”
— SPORF (@Sporf) August 21, 2018