Saya sebenarnya bertugas untuk membuat laporan perlawanan JDT dan Selangor. Sambil itu bukalah tv untuk tengok Pahang dan Kedah.
Game ni sebenarnya akan korang kenang sampai bila bila, walaupun aksi pertahanan mereka, bersepah dengan mistake.
Sudah lama tak melihat perlawanan epik dan klasik seperti ini. Kena pula pertarungan antara Pahang dan Kedah yang memang ada sejarah tersendiri dalam Piala Malaysia.
Agregate perlawanan pertama 3-3. Masuk ke Stadium Darulmakmur terus Kedah buka tirai jaringan untuk memastikan mereka berkelebihan agregate.
Secara asasnya, arahan Aidil Sharin kepada Kedah pastinya nak pemain adalah nak mereka menang agregat. Sebab tahu sukar nak kejar away gol 3 tu kalau seri.
Tapi siapa sangka perlawanan ini berakhir dengan 5-5. Ya lima sama.
Fernando Rodriguez memulakan malam berbalas gol sebanyak 10 kali. Beliau menjaringkan gol pertama seawal minit ke-8. Gol yang memang tipikal striker punya finishing. Dia halakan bola cantik je.
8'| GOL RODRIGUEZ!
Fernando Rodriguez membuka jaringan di Kuantan selepas umpanan Baddrol Bakhtiar tepat menemui beliau!@OfficialPahang 0-1 @official_kfa (AGG 3-4)#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGKED pic.twitter.com/tbl3nMSbDK
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Namun pada minit ke-33, Dickson Nwakaeme menyamakan kedudukan. Satu cut inside yang ringkas dan kemudian terus lencong ke kanan. Memang tak dapat buat apa-apa si Ifwat.
33'| GOL DICKSON!
Dickson Nwakaeme menyamakan kedudukan di Kuantan selepas rembatan cantik beliau hanya mampu diperhatikan Ifwat Akmal!@OfficialPahang 1-1 @official_kfa
(AGG 4-4)#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGKED pic.twitter.com/camyYDUkir— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Separuh masa pertama adalah 1-1. Dan Pahang pada kedudukan ini berada di final.
Bersambung babak kedua, Kedah kembali dengan pelan asal, perlu di hadapan secara agregate.
Baumann menjaringkan gol kedua sang Lang Merah.
Gol ini sebenarnya boleh dielakkan jika si Zubir Azmi bermain dengan simple. Dia agak fancy dan cuba melakukan hantaran rendah mengatasi tekanan yang datang kepadanya.
Hantaran tu sangkut dan Helmi Eliza pula keluar tetapi gagal memenangi bola. Peraturan (rule) penjaga gol adalah: kau keluar, kau kena menangi bola.
54'| GOL BAUMAN!
Jonatan Bauman kembali meletakkan Kedah dihadapan selepas menerima umpanan dari Zaquan Adha!@OfficialPahang 1-2 @official_kfa (AGG 4-5)#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGKED pic.twitter.com/pgxtLdHEQW
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Jadi, pada kedudukan 1-2, Kedah pula berada di final denga agregate 4-5.
Kaimbi menyamakan agregate pada minit ke-71. Pertahanan Kedah gagal memintas bola ini walaupun ada di hadapan Kaimbi.
71'| GOL LAZARUS KAIMBI!
Rancak di Kuantan apabila Kaimbi menyamakan kedudukan buat Tok Gajah dan kelebihan kembali buat mereka ketika ini!@OfficialPahang 2-2 @official_kfa
(AGG 5-5)#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGKED pic.twitter.com/avsfC110QF— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Kaimbi menambah 1 lagi gol, 5 minit kemudian.
Satu lagi pertahanan lemah ditunjukkan dalam perlawanan ini. Kaimbi dengan mudah memenangi bola daripada kedudukan beliau di belakang. Menerima hantaran Dikson Nwakaeme.
76'| GOL KAIMBI!
Lazarus Kaimbi sekali lagi meletakkan Pahang dihadapan selepas menyudahkan umpanan cantik Dickson Nwakaeme, kelebihan dari segi agregat buat mereka!@OfficialPahang 3-2 @official_kfa (6-5)#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGKED pic.twitter.com/Azm1W4dNgz
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Pada kedudukan ini Kedah perlu mencari 1 lagi gol. Dan secara automatik, Kelebihan peraturan gol tempat lawan yang dimiliki Pahang akan disamakan.
Dan pada minit ke-85, Kedah telah mendapat gol ketiga. Itu adalah penyamaan untuk gol tempat lawan oleh Pahan.
Satu gol yang agak kontroversi. Namun pengadil yakin bola itu sudah melepasi garisan gol. Pahang dan Kedah masing-masing bercelaru di pertahanan dalam perlawanan ini.
Namun kalau korang tengok balik, tiada seorang pun pertahanan Pahang yang memenangi bola ini.
85'| | GOL BADDROL!
Bertambah rancak di Kuantan apabila giliran Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan buat Hijau Kuning!
2 perlawanan 12 gol buat #PHGKED!@OfficialPahang 3-3 @official_kfa (AGG 6-6)#PialaMalaysia2019#MFLLive pic.twitter.com/muHVKst1Yf
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Bersambung tambahan masa 30 minit. Renan Alves memulakan siri berbalas gol di fasa ini, hanya 3 minit selepas wisel permulaan.
Pada kedudukan ini, Pahang kena cari 2 gol. Mereka tak boleh seri secara agregate. Kerana kuota away goal cuma sampai 3.
93 ET'| GOL RENAN ALVES!
Drama bertambah menarik apabila Renan Alves meletakkan Kedah kembali dihadapan selepas sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar disambut baik oleh pemain dari Brazil itu!@OfficialPahang 3-4 @official_kfa (AGG 6-7)#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGKED pic.twitter.com/ni7gUWf9ov
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Goulon menyamakan agregate pada minit ke-114 menerusi sepakan penalti.
114 ET'| GOL GOULON!
GAME ON! Herold Goulon menyamakan kedudukan buat Pahang melalui sepakan penalti setelah Renan Alves menjatuhkan Dickson Nwakaeme sebentar tadi. @OfficialPahang 4-4 @official_kfa (AGG 7-7)#PialaMalaysia2019#MFLLive #PHGKED pic.twitter.com/NqR6bqHHJE
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Ianya jaringan yang penting kerana Pahang masih ada baki 15 minit lagi nak cari 1 gol. Dan Kedah masih di final pada kedudukan ini,
Fernando Rodriguez menjaringkan gol untuk Kedah pada minit ke-118. Ianya disempurnakan daripada serangan balas yang mewujudka 2 lawan 1.
Kira pada masa ini, dah game over untuk Pahang.
118 ET'| GOL RODRIGUEZ!
Gol ke-9 malam ini di Kuantan selepas Fernando Rodriguez menjadi pemusnah Tok Gajah! Kedah kembali mendahului!@OfficialPahang 4-5 @official_kfa (AGG 7-8)#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGKED pic.twitter.com/YQ6Tfw5oYa
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Namun Dickson Nwakaeme menghidupkan semula sisa api perjuangan Pahang dengan gol penyamaan pada masa tambahan – di tambahan masa 30 minit.
Errr… walaupun gol tu seakan-akan menghidupkan, keraian Dickson pula seakan-akan tidak membenarkan harapan itu hidup.
Lazarus Kaimbi kejar dia nak suruh dia mulakan perlawanan dimulakan segera. Mana tahu boleh dapat 1 lagi gol.
Mungkin Dickson lupa, extra time 30 minit masih tertakluk kepada peraturan gol tempat lawan.
121 ET'| GOL DICKSON!
Anda rasa 9 gol sudah cukup? Ini dia gol ke-10 malam ini melalui Dickson Nwakaeme untuk Pahang menyamakan kedudukan. WOW!@OfficialPahang 5-5 @official_kfa (AGG 8-8)
#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGKED pic.twitter.com/4Tj8xh6izY
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Dickson beraksi sangat cemerlang, cuma satu sahaja yang dia tak begitu bagus kerana keraian berlari di trek pada masa tak kena. Dia buat gol dia cetak gol dan macam-macam lagi.
Tamat perlawaan Pahang 5 Kedah 5.
Kedah mara ke final berhadapan dengan JDT.
Kedah mara ke final piala domestik sekali lagi musim ni selepas piala FA.
Kedah menjadi finalis Piala Malaysia paling banyak dalam 5 tahun terakhir dengan 4 final. Padu kan?
Apapun, perlawanan Kedah dan Pahang ini cukup dengan segala rencah untuk menjadi salah satu perlawanan klasik Piala Malaysia.
Siapa yang datang stadium lagilah teringat benda ni sampai korang mati.
Kedah pasukan yang mengelak pertarungan away gol, tiba-tiba mendapat kelebihan itu pada masa tambahan 30 minit.
Gol kontroversi Baddrol Bakhtiar.
2 penjaga gol, antara yang terbaik dalam MSL bolos sampai 5 biji seorang.
Keraian gol Nwakaeme dan sebagainya. Segala emosi dan beberapa siri pertukaran tempat sapa ke final, sangat menarik.