Kegilaan Piala Dunia: Tunisia Tewaskan Perancis Selepas VAR Semak Insiden Selepas Tamat Perlawanan

Tunisia hampir mara ke pusingan kalah mati selepas mereka menewaskan Perancis dalam perlawanan terakhir kumpulan D.

Kemenangan ini dicapai dengan cara sangat dramatik. Di mana Tunisia yang mendahului pada minit ke-58 menerusi Khazri.

Menjadikan dia pemain Afrika pertama menjaringkan gol dalam 3 edisi Piala Dunia berturut turut.

Pada ketika itu mereka berada di pusingan kalah mati.

Namun 2 minit kemudian Australia menjaringkan gol pendahuluan dalam aksi berdepan Denmark membuatkan Tunisia kembali ke tangga ketiga.

Tunisia tetap berusaha untuk memenagi perlawanan menentang juara bertahan dan juga gergasi bola sepak dunia, Perancis.

Ketika perlawanan berada di minit akhir masa kecederaan, Antoine Griezmann menyamakan kedudukan dan peminat Perancis lega kerana ianya menyelamatkan maruah pasukan mereka.

Ketika pemain pemain dan pegawai Tunsia sedang berduka, tiba tiba pengadil mendapat isyarat daripada VAR agar menyemak kedudukan Griezmann.

Pengadil mendapati pemain itu ofsaid lebih awal. Dan gol dibatalkan.

Dengar sendiri ulasan pengulas Arab ini, memang another level sentiasa:

Walaupun gagal mara, namun Tunisia mencipta sejarah luar biasa menewasakan Perancis di pentas Piala Dunia.

Di Perancis, siaran TF1 sudah pun menamatkan siaran serta merta sebaik sahaja wisel penamat. Peminat kemudian terkejut melihat di livescore dan perkongsian di media sosial menyatakan bahawa Perancis kalah dan gol Griezmann dibatalkan.

Ramai meminta TF1 membuat permohonan maaf terbuka kerana melakukan perkara yang mempermainkan hati dan perasaan peminat.

 

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan