Kegilaan Spurs ‘Hijack’ Danjuma Dari Everton Walaupun Sudah Medikal, Bergambar Dan Rakam Video

Tottenham telah meng-hijack atapun memintas Everton daripada menandatangani Arnaut Danjuma secara pinjaman sehingga akhir musim ini, menurut laporan Fabrizio Romano.

Ianya antara kisah hijack paling menyakitkan Everton.

Pemain sayap Villarreal itu telah tiba di UK untuk mengadakan perbincangan dengan The Toffees dan melengkapkan perpindahan ke Goodison Park awal bulan ini.

Bagaimanapun, kini nampaknya dia akan bermain bola sepaknya di utara London untuk baki musim ini dengan pakar perpindahan Fabrizio Romano dan wartawan The Athletic David Ornstein kedua-duanya melaporkan Tottenham telah merampas Danjuma daripada perpindahan ke Everton.

Fabrizio Romano mendakwa bahawa Everton telah melakukan “ujian perubatan dan urusan media [bergambar dan rakaman video pengenala]” sebagai persediaan untuk pengumuman rasmi.

Tetapi kini bekas pemain sayap Bournemouth itu dalam perjalanan ke London untuk pemeriksaan perubatan lain di London pula.

Danjuma diktakan telah menolak untuk menghantar borang dari pihaknya kepada FA Inggeris sebaik sahaja mengetahui Spurs mahukan khidmatnya.

Pakar perpindahan itu menulis tweet: “Tottenham cuba merampas perjanjian Danjuma. Bintang Villarreal mempunyai perjanjian dengan Everton dan ujian perubatan dilakukan dan Ahad, hanya menunggu untuk menandatangani dokumen rasmi.”

“Kesepakatan hampir dimuktamadkan, namun Spurs cuba memasuki perlumbaan sejurus sebelum langkah rasmi terakhir dibuat.”

“Tottenham telah menawarkan perjanjian pinjaman untuk Danjuma, juga membincangkan klausa pilihan beli tetap — Spurs merasakan mereka boleh menyelesaikannya dan merampas perjanjian itu selepas perjanjian Everton.”

“Danjuma, kini dalam perjalanan ke London — selepas perubatan dan urusan media selesai dengan Everton pada hari Sabtu/Ahad.”

Fabrizio Romano kemudiannya memberikan pengesahan klasiknya ‘here we go’ dan mengisytiharkan ‘rampasan selesai’.

Kemudian, David Ornstein yang juga sumber boleh dipercayai, terutama untuk berita dari England, juga mengesahkan berita itu dalam satu bahagian untuk The Athletic, dia menulis: “Arnaut Danjuma sedang dalam perjalanan ke Tottenham Hotspur untuk pemeriksaan perubatan untuk perpindahan pinjaman, selepas kelab London utara itu membuat percubaan lewat untuk menggagalkan bidaan Everton untuk pemain Villarreal.”

“Danjuma, 25, kelihatan hampir berpindah ke Everton dan telah membuat pemeriksaan kesihatan pada hari Sabtu.”

“Bagaimanapun, perpindahannya ke Merseyside tidak dirasmikan, dengan beberapa kertas kerja rasmi perlu disiapkan.”

“Itu membuka pintu kepada Tottenham untuk merampas bekas pemain Bournemouth itu.”

Baca yang lain