Kegilaan Taktikal Emeryball, City Cuma Cetak Cuma 2 Shots, Villa Cetak 22 Shots

Unai Emery sekali lagi membuktikan bahawa dia tactician yang baik jika pemain pemainnya berada di tahap kecergasan terbaik.

Walaupun dia mungkin tidak setanding Guardiola, namun Unai Emery telah membuktikan aksi menentang City semalam sebagai bukti bahawa dia boleh menyakitkan Guardiola dengan attacking football versi ciptaannya.

Dia berjaya mengimbangi penguasaan bola Manchester City dengan pecahan 48:52%.

Kemudian paling padu, Aston Villa mencatatkan 22 percubaan ke gawang Man City sementara City cuma ada 2 sahaja. Dua percubaan itu hanya daripada Haaland yang memaksa Dibu Martinez melakukan double saves.

Separuh masa pertama Villa sudah melakukan 13 percubaan ke gawang pasukan Man City.

Mesti anda yang tidak menyaksikan perlawanan ini membayangkan Aston Villa akan bertahan sepanjang malam terutama sekali selepas menjaringkan gol?

Tidak.

Kerana mereka menyerang dari awal dan mencipta lebih banyak peluang. Ini adalah gambaran di mana percubaan yang dilakukan Aston Villa dan Man City.

Opta Analyst sendiri hilang kata kata, apa yang sedang berlaku di dalam perlawanan ini melibatkan Aston Villa. Mereka melakukan rentetan serangan demi serangan melibatkan ramai pemain termasuk Emi Martinez yang melibatkan diri dalam binaan serangan itu.

Statistik Opta menunjukkan ini adalah kali pertama skuad bimbingan Pep Guardiola mencatatkan hanya 2 percubaan dalam liga utama eropah. Kemudian Villa mencatat shot paling tinggi – rekod bersama – ke atas pasukan bimbingan Guardiola dalam aksi ke-533 dia kendalikan sebagai pengurus.

Aston Villa menjajah kawasan sepertiga akhir atau di kawasan pertahanan City sebanyak 13 kali dalam perlawanan ini. Paling banyak dilakukan oleh pasukan EPL ke atas pasukan Man City sejak diambil alih Guardiola sebagai pengurus mereka.

Maka tak hairanlah Pep Guardiola pun tak banyak cakap dan menerima kekalahan ini dengan terbuka. Guardiola sendiri mengakui pasukannya tidak mampu berbuat apa apa terutama sekali ketika mereka ketinggalan.

Biasanya ketika ketinggalan, Man City akan menggila untuk menyerang. Namun Villa berterusan mematikan langkah mereka.

Beliau berkata: “Aston Villa adalah pasukan terbaik di atas padang malam ini. Mereka bermain bola sepak luar biasa. Kami bergelut untuk membina proses dan sukar untuk lebih agresif ketika kami ketinggalan. Pasukan lebih baik telah menang.”

Saksikan rangkuman aksi di sini: