Kegilaan Terbaru China, Haramkan Mesut Ozil Dari Pro Evolution Soccer (PES) China

Rasanya semua dah tahu pasal Ozil ni kan? Kenapa kerajaan, media dan rakyat China menjadikan dia musuh no.1?

Ianya gara-gara gesaan Ozil kepada negara Islam untuk membantu etnik Uighhur di China. Dari sudut lain, Ozil bercakap atas dasar kemanusiaan.

Ini selepas kerajaan China melakukan kekejaman, brainwash kepada etnik minoriti di sana.

Minggu lalu, siaran langsung perlawanan Arsenal semalam diharamkan serta merta di China kerana Ozil

Mesut Ozil menyeru agar negara Islam melakukan sesuatu kepada etnik Uighur di China yang dilayan dengan teruk.

Status Ozil tersebut dimuatnaik oleh beliau pada 13 Disember yang lalu.

Ozil  menyatakan di dalam statusynya: “Al Quran mereka dibakar. Masjid mereka ditutup. Sekolah mereka ditutup. Mereka membunuh para agamawan dan cendikiawan.”

“Yang lelaki dipaksa pergi ke kem, dan keluarga dipaksa tinggal dengan orang China. Wanita dipaksa berkahwin dengan orang Cina.”

“Itupun orang Islam [dari negara lain] masih berdiam diri, tidak bersuara langsung? Membiarkan saudara kita di sana.”

“Tidakkah mereka sedar bahawa, mempersetujui penganiayaan itu juga salah satu penganiayaan.”

Arsenal sudah menyatakan pendirian mereka bahawa, pandangan Ozil itu hanyalah pandangan peribadi dan mereka tidak campur tangan isu berbentuk poiltik.

Tindakan Ozil itu mendapat banyak reaksi positif terutama sekali dari kalangan orang Islam.

Sebagai salah seorang pemain bola sepak yang berpengaruh, Ozil telah memberikan lebih kesedaran kepada dunia.

China menentang Ozil

Namun di China, Ozil menjadi watak paling dibenci.  TV berbahasa Inggeris di China iaitu CGTN dengan terang mengutuk Ozil.

Mereka telah menyalahkan media sebelah barat yang menurut mereka membenarkan tindakan Ozil itu.  Mereka menggelar media barat sebagai merestui kebencian.

 

Ramai peminat Ozil di China mengucapkan selamat tinggal kepada kelab dan pemain itu, tanda menghentikan sokongan ke atas pemain itu.

Sampai ada ajak putus cinta

Salah seorang peminat wanita di China memuat naik status di Weibo menyatakan beliau menamatkan minatnya ke atas Ozil selepas 10 tahun meminati bintang Jerman-Turks itu.

“Siapa yang tak pernah jatuh cinta dengan lelaki bangsat ketika remaja? Saya menghabiskan 10 tahun remaja saya. Dan saya sayangkan anjing.”

“Masa untuk sedar, daripada sekarang, saya nak ucapkan selamat tinggal kepada Ozil. Saya harap ‘sampah’ ini tidak merosakkan Arsenal yang saya cintai.

Hantaran beliau disertakan dengan gambar di mana beliau menyimpan cendera mata Ozil termasuk jersi, dan figurines serta banyak lagi.

Ada juga peminat wanita yang lain memuat naik status mereka menagis dengan teruk sambil mengoyakkan poster Ozil.

“Kau telah membuatkan cinta 10 tahun saya kepada kamu berakhir dengan teruk,” luah seorang wanita lagi.”

Ini bukanlah pertama kali China mengambil tindakan drastik ke atas mereka yang mengkritik dasar dalaman negaranya.

Sebelum ini, mereka pernah membatalkan tajaan dan juga tayangan perlawanan pra musim NBA-China kerana ada beberapa pegawai dan pemain NBA yang menyatakan sokongan mereka kepada Hong Kong.

Banyak penaja yang menarik diri dengan serta merta. Mereka menganggap itu sebagai bukti patriotisme dalam diri mereka.

Mesut Ozil pastinya sudah menilai terlebih dahulu sebelum berbicara. Beliau bukan sahaja bercakap berdasarkan soal agama, tetapi berdasarkan kemanusiaan.

Ozil dikeluarkan dari PES

Terbaru, kerajaan China telah meminta agar Mesut Ozil dikeluarkan daripada permainan video Pro Evolution Soccer di China.

Pro Evolution China telah mengumumkan bahawa mereka mengeluarkan Ozil daripada kesemua permainan video milik mereka.

Ozil merupakan penggemar permainan video Pro Evolution Soccer / PES.

Sebagai tambahan EPL memiliki kepentingan kewangan sehingga £564 daripada penyiaraan dan tajaan dari China.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan