Kehebatan Fernandes Antara 5 Perkara Dalam Kemenangan Man United

Manchester United menjamu kunjungan Watford dalam aksi ke-27 EPL di Old Trafford.

Man United perlu menang untuk memastikan mereka di landasan bagi mengejar slot ke Eropah musim depan.

Man United menang 3-0 ke atas Watford. Sekaligus mendapat 3 mata berharga.

Manchester United kini hanya dibezakan 3 mata di belakang Chelsea yang berada di tangga keempat.

Berikut adalah 5 perkara

1. Bruno Fernandes merecik

Pemain bintang baharu United iaitu Bruno Fernandes berjaya menjaringkan gol pertama beliau bersama Man United.

Bruno berjaya menyempurnakan penalti dengan gerakan ‘hop’ macam yang selalu dibuat Jorginho.

Keyakinan tu penting nak buat benda macam ni.

Beliau juga mencipta satu assist serta mencipta satu peluang gol kepada Martial.

MOTM performance terpelihara ok!

2. Mason Greenwood remaja paling bernafsu

Greenwood mencetak satu lagi gol dalam perlawanan ini. Beliau menerima bola daripada daripada Bruno Fernandes dan melakukan rembatan sesedap rasa.

Greenwood kini berjaya menjaringkan 11 gol musim ini. Pemain remaja paling banyak gol setakat ini.

Ketenangan Greenwood memang sangat baik dan keyakinan ketika melakukan rembatan.

3. Martial terus cemerlang

Anthony Martial berjaya meneruskan aksi cemerlang di hadapan gol.

Beliau kini sudah menjaringkan gol dalam 3 perlawanan berturut-turut.

Kali terakhir beliau melakukannya adalah pada 2017.

Gol beliau pun cantik nak mampus. Satu dribble gelek sana sini dan kemudian lob cantik.

Prestasi beliau ini sedikit sebanyak melegakan fans United yang meratapi kehilangan Marcus Rashford.

4. Clean sheets lagi

Man United mencatatkan 3 clean sheets berturut turut dalam EPL. Mereka bertahan dengan baik sekali lagi dalam perlawanan ini.

Ianya satu pencapaian yang sangat baik. Dan satu perkara yang unik juga, setiap kali Bruno Fernandes bermula, mereka akan clean sheets.

5. Watford terus jadi mangsa

Man United terus menjadikan Watford mangsa mereka. Daripada 7 pertemuan terakhir, United menang 6 daripadanya.

Rumusan

Ini antara aksi yang terbaik Man United pada musim ini.

Berjaya mendominasi perlawanan dan lebih dinamik.

United juga menerima perkhabaran gembira dengan kehadiran semula Scott McTominay.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan