Kejam! Gajah Bunting Yang Kelaparan Ini Mati Kerana Makan Nanas Berisi Mercun

Entah apa agaknya di dalam fikiran manusia seperti ini. Memberikan gajah nanas dan mengisinya dengan mercun.

Dalam satu kejadian di India, seekor gajah bunting, tidak tahu bahawa nanas itu adalah makanan terakhirnya.

Gajah tersebut kelaparan dan mencari makanan. Gajah yang sudah 2 bulan bunting itu telah berjalan di sekitar perkampungan yang berdekatan dengan hutan simpanan, Silent Valley National Park di wilayah Palakkad, Kerala, di India.

Gajah yang berusia 15 tahun itu telah memaka sebiji nanas yang berisi mercun.

Dalam satu post di facebook oleh pegawai perhutanan, Mohan Krishnan menyatakan gajah itu mati kerana mercun itu meletup di dalam perutnya.

Gajah yang kesakita itu segera berlari ke arah sungai berdekatan.

“Apabila saya melihat dia berada di atas sungai dan tidak mengeluarkan bunyi langsung. Dia kemungkinan sedang merasa sedikit kelegaan dengan meminum air.”

Pihak pegawai perhutanan telah berusaha untuk memastikan gajah itu sembuh daripada kesakitan. Gajah itu berdiri di atas sungai itu selama 4 hari, tak bergerak, tak makan dan mati pada 27 Mei lalu.

Di Kerala, para petaninya, keran mengisi buah buahan mereka dengan mercun untuk membunuh ular sawa, babi hutan dan haiwan lain yang menceroboh kebun mereka.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada gajah itu memakan buah itu secara tak sengaja ataupun ada pihak tak bertanggungjawab yang sengaja memberikannya.

Berita itu mendapat perhatian meluas oleh netizen dan media, termasuk BBC.

Kapten kriket India, Virat Kohli bersedih di atas kematian gajah itu.

Sementaran itu, aktor Bollywood, Akshay Kumar mempersoalkan di mana kemanusiaan?

Gajah terus menjadi spesis yang semakin terancam. Bostwana yang sebelum ini dianggap negara paling selamat untuk gajah, juga menunjukkan peningkatan mendadak kes memburu dan membunuh gajah di mana 365 gajah mati di tangan pemburu di antara 2017-2018 – menurut National Geographic.

Salah satu sebabnya adalah mahu mendapatkan gading gajah.