Kejayaan Chelsea untuk membeli Robert Sanchez dengan harga cuma £25 juta dilaporkan boleh memberikan impak kepada Arsenal untuk meminta kurang lagi harga David Raya.
Pada Khamis The Blues telah bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani penjaga gol Brighton Robert Sanchez untuk £25 juta dan tambahan bonus yang mencecah £25 juta.
Chelsea have agreed fee around £20m fixed for Robert Sánchez — it includes add ons up to £25m package 🚨🔵
Long term deal verbally agreed with Sánchez who always wanted to join #CFC.
🇪🇨 Caicedo talks continue in separate deal.
🇺🇸 Slonina will now leave on loan.
Here we go ✔️ pic.twitter.com/aJn5BDF1oe
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 3, 2023
Jadi, dipercayai Arsenal akan menjadikan harga yang dibayar oleh Chelsea untuk Sanchez sebagai penanda aras terbaik untuk harga David Raya.
Ramai memuji Chelsea kerana bijak dalam menentukan harga Robert Sanchez.
Memandangkan kedua dua penjaga gol dipercayai memiliki kualiti yang hampir sama. Maka Arsenal kini menjadikan Chelsea sebagai penanda aras.
Chelsea telah mencari penjaga gol baharu dalam skuad mereka berikutan penjualan Edouard Mendy kepada kelab Liga Pro Saudi Al-Ahli.
Ketibaan Sanchez adalah untuk mencabar Kepa Arrizabalaga untuk tempat sebagai penjaga gol utama kelab.
Pemain berusia 25 tahun itu sudah biasa dengan kakitangan kejurulatihan yang ada di Chelsea, dengan jurulatih penjaga gol Ben Roberts pernah bekerja dengannya di Brighton sebelum ini.
Sanchez telah bersama dengan Seagulls sejak dia berusia 15 tahun lagi. Sebaik sahaja dia menyertai akademi Brighton dari Levante, dan pada November 2020, dia menjadi penjaga gol pilihan utama Seagulls.
Bagaimanapun, pemain antarabangsa Sepanyol itu kehilangan tempat kepada Jason Steele pada separuh kedua kempen Liga Perdana Inggeris Brighton pada musim 2022/23.
Perjanjian itu akan menyaksikan Brighton memperoleh bayaran yang besar tetapi juga menetapkan penanda aras untuk saingan Liga Perdana Chelsea mengenai harga yang berpatutan untuk penjaga gol bertaraf antarabangsa.
Pada hari Rabu Fabrizio Romano melaporkan bahawa Arsenal telah bersetuju secara prinsip kontrak untuk mendapatkan rakan sepasukan antarabangsa Sanchez, iaitu David Raya.
Dengan penjaga gol itu berminat untuk berpindah ke Emirates musim panas ini.
Sementara Arsenal bersedia untuk memulakan perbincangan kelab ke kelab untuk pemain itu, Tottenham dan Bayern Munich kedua-duanya telah mencadangkan tawaran berpotensi untuk menaikkan lagi harga yang diminta Brentford bernilai £40 juta tidak termasuk bonus sebelum ini.
Brentford didakwa percaya bayaran yang diminta adalah munasabah memandangkan perpindahan Andre Onana ke Manchester United bernilai £47.2 juta.
Bagaimanapun, Arsenal kini mungkin cuba menggunakan tanda harga Sanchez £25 juta sebagai cara untuk menurunkan harga permintaan Raya.
The Bees dilaporkan selesa jika pemain berusia 27 tahun itu boleh pergi dengan perpindahan percuma pada musim panas depan dengan hanya tinggal satu tahun dalam perjanjian semasanya.
Jadi mereka masih tidak berganjak dengan tanda harga mereka.