Rentak bekas pemain badminton no.1 dunia, Kento Momota pada Kejohanan Dunia 2022 telah terhenti pada pusingan 32.
Ianya boleh dikatakan ‘bungkus awal’ memandangkan statusnya sebagai salah seorang peserta pilihan dan berada di ranking kedua dunia.
Beraksi di halaman sendiri, ternyata strategi terlalu berhati-hati sebenarnya memberi kesan buruk kepadanya.
Kento Momota antara harapan tuan rumah Jepun untuk merangkul kejuaraan pada kejohanan Kejohanan Dunia 2022 daripada acara perseorangan lelaki.
Beraksi di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Tokyo, Jepun, Momota dikalahkan oleh wakil India, Prannoy H. S.
Kedua dua mereka beraksi selama 54 minit, yang akhirnya Momota terpaksa mengakui keunggulan Prannoy dengan kekalahan 2 set terus. Dengan keputusan akhir 17-21, 16-21.
Dari statistik perlawanan yang berlangsung, jelas Momota tidak mampu menyaingi permainan Prannoy sejak game pertama.
Pemain perseorangan India itu terlalu unggul untuknya kali ini.
Malah pada perlawanan set pertama Momota tidak pernah sekali pun mengatasi Prannoy sehingga permainan set pertama tamat.
Bukan itu sahaja, bekas raja badminton dunia itu hanya mampu menyamakan kedudukan sekali apabila kedudukan 4-4.
Selepas itu, Momota sentiasa bermain dengan mata di belakang Prannoy, yang secara keseluruhan pada permainan pertama berjaya menguasai permainan.
BWF World Championships 2022: HS Prannoy 🇮🇳 wins 21-17, 21-16 against Kento Momota 🇯🇵 in the Round of 32. 🔥
This is his first win in eight meetings against the two time World Champion! Massive result. 😎💪
He will play Lakshya Sen in Round of 16! 🇮🇳🇮🇳#BWFWorldChampionships pic.twitter.com/O8oClS2AHc
— Sportskeeda (@Sportskeeda) August 24, 2022
Memasuki permainan set kedua, harapan peminat Jepun untuk melihat kebangkitan Momota berkecai. Di mana skripnya hampir sama. Strategi Momota tidak menjadi, walaupun Momota yang beraksi cemerlang pada awal permainan kedua tidak dapat mengekalkan kelebihannya.
Selepas Prannoy menyamakan kedudukan dan mendahului, Momota mulai kelihatan gugup dan cemas.
Dan akhirnya Momota terpaksa mengakui bahawa dalam pertemuan ini Prannoy bermain lebih baik daripadanya.
Dan terpaksa melepaskan harapannya untuk memenangi Gelaran Dunia tahun ini di tempat sendiri telah gagal.
Selepas perlawanan itu Momota mengakui bahawa dia bermain terlalu berhati-hati dan ia sebenarnya memakan dirinya.
“Saya rasa punca saya kalah adalah kerana saya terlaly takut melakukan kesilapan,” kata Momota.
“Walaupun saya memahaminya, saya tidak dapat melawannya kerana perasaan saya yang rapuh hari ini.”
“Saya sangat kesal,” tutup beliau.
Kento Momota mengakui, selepas ketinggalan pada set kedua dia cuba menukar corak permainannya agar menjadi lebih berani seperti yang dia biasa lakukan.
Namun ternyata Prannoy sudah mendapat motivasi yang luar biasa selepas kemenangan dalam set pertama.
Beberapa smash Momota dengan mudah ditangani oleh Prannoy.
Momota menambah: “Saya cuba meningkatkan serangan saya dengan beberapa smash dan serangan lain. Saya tidak fikir smash adalah satu-satunya teknik serangan dalam badminton.”
“Saya tidak fikir smash adalah kemahiran utama saya, jadi saya mahu menekannya dengan cara lain.”
“Tetapi saya rasa kekurangan kekuatan saya yang saya tidak boleh melakukan dengan baik.”
Sejak mengalami kemalangan pada 2019, Momota telah meningkatkan aspek permainannya agar tidak bergantung kepada smash. Ini kerana tangannya sudah tak sekuat dahulu untuk melakukan smash berterusan.
Kento Momota is not back in his form, yet. Obvious frustration can be seen because this is his homegrown.
What has gone wrong…?#BWC2022 pic.twitter.com/dL2ka9j2Wh
— Z 💎🇲🇾 (@theone_xyz) August 24, 2022