Juara baharu Fantasy Premier League telah diumumkan pada Selasa lalu. Ini selepas juara sebelum ini ditarik balik kejuaraannya.
Penarikan semula gelaran itu kerana juara tersebut melanggar peraturan apabila dia dituduh berkelakukan rasis. Pasukannya juga dipadam daripada data FPL.
Aleksandar Antonov telah berjaya mengumpul 2,575 mata untuk menewaskan kesemua peserta FPL dari seluruh dunia.
Namun malang sekali buat Antonov. Kerana pada Selasa Joshua Bull dengan pasukannya ‘The Bulldozers’ telah diiktiraf sebagai juara sebenar.
Joshua (gambar) mengumpul 2,557 mata. Di mana sebelum ini dia berada di tangga kedua di belakang Antonov.
Kenyataan rasmi daripada laman web mengesahkan perkara itu dengan mengiktiraf Joshua Bull sebagai juara sah Fantasy Premier League 2019/20.
“Berdasarkan penilaian pada akhir musim, kedudukan terakhir carta telah dikemaskini, membolehkan penyokong Southampton – Joshua dan pasukannya ‘The Bulldozers’ adalah juara.”
Following end of season checks, final standings have been updated. We can confirm that Joshua Bull is the official 2019/20 #FPL champion.
Congratulations @JoshuaABull 👏 pic.twitter.com/KsRO8yIi9W
— Fantasy Premier League (@OfficialFPL) August 11, 2020
\
“Pasukan juara sebelum in telah disingkirkan daripada FPL kerana melanggar peraturan yang telah kami tetapkan.”
Daily Mail menyatakan komen rasis telah dibuat oleh Aleksandar Antonov ke atas Raheem Sterling.
Antonov tampil memberikan penjelasan menerusi channel YouTube TooGoodFPL.
“Sebenarnya, pada satu ketika, ada perkara yang saya sembangkan secara peribadi dengan kawan saya menerusi chat messenger di Facebook dengan 5 rakan saya telah sampai ke pengetahuan EPL.”
“Di sini saya nak menjelaskan, apa yang kami tulis di dalam chat kami adalah banter dan troll bolasepak. Dan sudah tentunya tidak ada bezanya dengan daripada sekadar banter dengan kawan kawan.”
“Alasan saya tidak layak menjadi juara adalah kerana momen saya kecewa dengan pemain yang membuatkan saya mengeluarkan ayat tertentu. Namun ianya hanya di antara kami kawan kawan sahaja.”
“Saya tak berniat langsung untuk menyinggung perasaan mana mana pemain bola sepak dalam apa jua keadaan.”
“Saya disingkirkan daripada musim ini kerana sesuatu yang diambil keluar dari konteks menjadi isu besar. Daripada satu ruang sembang peribadi kami orang Bulgaria.”
Antonov juga menjelaskan keadaan itu menerusi Twitternya.
“Boleh tak saya nak cakap dengan ringkas, saya bukan rasis. Ok, itu sahaja yang saya nak cakap, bye.”
“Saya tak kata bahawa alasannya adalah perkauman, tetapi orang yang melaporkan saya atas apa sahaja yang dilakukannya, telah mengatakan perkara yang sama di depan saya ketika menonton bola sepak bersama.”
“Anda terlalu banyak memberi penghargaan kepada orang yang kalah … Dia hanya bangkit untuk ego yang terluka.”
“Tingkahlaku itu dijelaskan kepada EPL dalam dua halaman dan saya menghormati keputusan mereka.”
“Seperti yang saya katakan dalam video, saya tidak akan pernah mengatakan hal seperti itu kepada pemain yang bermaksud menyinggung perasaan mereka, itu adalah perbincangan kecil dengan rakan-rakan, dalam bahasa dan budaya yang berbeza.”
Antonov turut menjelaskan N-word di Bulgaria tidak merujuk kepada stereotaip rasis.