Sebanyak mana pun sesebuah pasukan itu melabur untuk menambah baik pasukannya, Tidak semestinya mereka akan selalu menang.
Pasukan Liverpool telah membuktikan pada musim ini mereka bukan lah pasukan yang kaya tetapi mereka kini adalah pasukan yang berjaya.
Dengan kejayaan Liverpool sekarang sudah tentu akan ada yang berfikir Liverpool adalah pasukan kaya dan banyak melabur untuk mengecapi kejayaan seperti sekarang.
Hakikatnya pemilik Liverpool hanyalah individu ke-12 terkaya di seluruh Liga Perdana.
Siapa yang memiliki pasukan bola sepak kesayangan anda adalah hal yang terpenting untuk anda tahu.
Sejak beberapa tahun ini, kita melihat semakin ramai orang-orang terkaya dunia sudah memiliki pasukan bola sepak dan menghabiskan wang yang banyak untuk pasukan mereka.
Pep Guardiola:
"This club is what it is because of the old players like Mike Summerbee and Colin Bell, incredible people here. Since Shiekh Mansour took over and Khaldoon is leading this club, there are so many players changed the club. " pic.twitter.com/nqX201ccEh
— Man City Report (@cityreport_) June 7, 2019
Di dalam Liga Perdana Inggeris terdapat 15 bilionair yang memiliki kelab dan ia telah didedahkan. Siapa pemilik paling kaya dalam Liga Perdana?
1) Shiekh Mansour | Manchester City | £23.3bn
2) Roman Abramovich| Chelsea | £9.6bn
3) Stan Kroenke | Arsenal | £6.8bn
4)Guo Guangchang | Wolves | £5.2bn
How’s that? Guo Guanchang is not our owner. Fosun International is? pic.twitter.com/9PcyQI6U7S
— Mitchell Leary (@LearyMitchell) January 24, 2019
5)Nassef Sawiris | Aston Villa | £5bn
6) Aiyawatt Srivaddhanaprabha | Leicester | £4.6bn
7)Joe Lewis | Tottenham | £3.9bn
8)The Glazers | Manchester United | £3.6bn
9)Gao Jisheng | Southampton | £3.1bn
10)Joshua Harris | Crystal Palace | £2.7bn
11)Mike Ashley | Newcastle | £2.3bn
12)John Henry | Liverpool | £2.1bn
Emirates trip that convinced John Henry to make Anfield decision to change Liverpool history. https://t.co/wcD1MEdmzY
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 13, 2020
13)Farhad Moshiri | Everton | £1.5bn
14)Tony Bloom | Brighton | £1.3bn
15)David Sullivan & David Gold | West Ham | £1.2bn
16)Maxim Demin | Bournemouth | £900m
17)Abdullah Bin Musa’ed | Sheffield Utd | £198m
18)Gino Pozzo | Watford | £93m
19)Mike Garlick | Burnley | £62m
20)Delia Smith & Michael Wynn-Jones | Norwich | £23m
Here is an image of Mike Garlick Burnley Football Club
https://t.co/V7WYLmvXBz #MikeGarlickBurnleyFootballClub pic.twitter.com/5qbcPn5thg— Clarets Fan (@claretsfan_) February 13, 2020
Tidak hairanlah melihat apa yang berlaku di Manchester City, pemilik pasukan mereka, Sheikh Mansour adalah individu paling kaya dalam senarai pemilik pasukan di Liga Perdana.
Mansour dan Abu Dhabi United Group telah membeli City pada tahun 2008 dan mereka telah membawa suasana berbeza di sana.
Mereka juga telah menaikkan taraf Manchester City sebagai salah sebuah pasukan gergasi di dunia kini.
Mereka banyak membelanjakan wang untuk pemindahan pemain serta menaik taraf segala hal di Stadium Etihad, pelaburan yang membuahkan hasil apabila pasukan City kini semakin berjaya dan peminatnya sudah kembali ramai.
🙌 #OnThisDay in 2008, the Abu Dhabi United Group led by Sheikh Mansour bought Man City for £200m and changed the landscape of English football… #MCFC pic.twitter.com/Kr1CBS9iev
— thesportsman (@TheSportsman) September 1, 2018
Sebelum City dibeli, kali terakhir kelab itu memenangi Liga adalah pada tahun 1968 dan mereka telah menghabiskan banyak masa menjadi pasukan bawahan Liga serta pernah jatuh ke Liga Division Dua pada tahun 1997.
Sejak pengambilalihan ini berlaku, mereka telah menjadi kuasa besar dalam kancah bola sepak Inggeris, mereka telah memenangi empat gelaran liga, empat kejuaraan Piala Liga dan mereka juga telah memenangi dua Piala FA.
City telah mengatasi Chelsea apabila mereka memiliki pemilik pasukan yang lebih kaya.
Ketika Mansour mengambil alih pasukan City, era dominasi pasukan Chelsea dalam Liga sudah tidak sama lagi, seperti mula-mula Roman Abramovich melabur untuk mereka.
Jutawan Rusia itu sudah tidak berbelanja lebih untuk urusan perpindahan lagi dan beliau juga telah menghentikan pembinaan Stadium baru untuk pasukan The Blues selepas Visa British beliau gagal diperbaharui.
https://twitter.com/Chelsea4Pidgin/status/1187670935601582080?s=19
Pemilik pasukan Wolves Guo Guangchang berada didalam kedudukan antara yang terkaya juga didalam senarai pemilik pasukan di Liga Perdana.
Ini menunjukkan bahawa mereka juga mampu untuk melakukan sesuatu agar pasukan mereka menjadi lebih disegani sejak kembali beraksi semula dalam kancah Liga Perdana ini.
Hubungan mereka dengan super ejen, Jorge Mendes telah banyak membantu mereka untuk beraksi dalam liga.
Tetapi tidak tahu sejauh mana mereka boleh pergi dalam Liga atau pun pentas Eropah lain sekiranya pemilik benar-benar komited untuk melabur buat pasukan.
Pasukan Liverpool telah membuktikan bahawa menjadi kaya tidak bermakna akan berjaya. Pemilik mereka John Henry hanya berada di kedudukan ke-12 dalam senarai.
Tetapi dengan perbelanjaan yang cermat dan pengurusan yang cemerlang mereka telah menjadi pasukan terbaik dalam liga serta terbaik di dunia.
Setelah mencapai satu demi satu kejayaan bermula dari Liga Juara-Juara kemudian Super Cup dan FIFA Club World Cup. Mereka juga bakal memenangi Liga Perdana yang pertama untuk tempoh 30 tahun.
First thing John Henry did after FSG bought Liverpool in 2010 https://t.co/ipIlBGpb2Y
— John Houghton (@John1Houghton) February 13, 2020
Bah kan Klopp mungkin akan memenangi Liga perdana dengan Invicible, dan dengan mudah dapat memecahkan rekod 100 mata City dalam satu musim Liga.
Namun harus di ingat juga, sekaya mana pun sesebuah pasukan itu, UEFA ada menetapkan peraturan FFP.
Jadi jangan sampai melanggar peraturan itu untuk mempermudahkan kelangsungan pasukan.